uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday 23 November 2011

5"s" Kaizen Persekitaran Berkualiti

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Di Jepun 5"s" merupakan konsep penjagaan kebersihan di tempat kerja. 5"s" tersebut adalah Seiri(Sisih), Seiton(Susun), Seiso(Sapu), Seiketsu(Seragam), Shitsuke(Sentiasa Amal). Ia juga merupakan asas untuk program peningkatan Produktiviti dan Kualiti. Kejayaan melaksanakan program ini akan memudahkan kita melaksanakan program lain secara berkesan.

Pentingnya 5"s" adalah:
1. Tempat kerja yang bersih mempunyai   Produktiviti yang tinggi
2. Tempat kerja yang bersih mempunyai Mutu yang tinggi
3.Tempat kerja yang bersih mengurangkan  Kos
4.Tempat kerja yang bersih memastikan Pengiriman tepat
    pada    masanya
5. Tempat kerja yang bersih adalah tempat bekerja yang Selamat
6. Tempat kerja yang bersih tinggi dari segi Perangsang pekerjanya

Apa itu Kaizen? Kai bermaksud "Change". Zen pula bermaksud "to became good". Oleh itu Kaizen bermakna peningkatan berterusan secara perlahan sama ada dalam kehidupan seseorang, di rumah dan di tempat kerja. Apabila dilaksanakan di tempat kerja bermakna peningkatan berterusan yang melibatkan semua orang. Budaya Jepun cenderung kepada pendekatan secara perlahan(Kaizen).

Kaizen melibatkan penyertaan pekerja dalam kawalan/zon sendiri dibawah pengawalan penyelia dan pengurus. Ia lebih murah dari pelaburan modal (inovasi). Penyertaan dan komitmen setiap pekerja menyumbang kepada penjimatan kos pengeluaran dan meningkatkan kecekapan proses.

S1: SISIH -                      Sisih barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkan
                                        secara      sistematik
S2: SUSUN -                   Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan
                                        semula
S3: SAPU -                      Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai,
                                         mesin dan peralatan
S4: SERAGAM -              Memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta
                                         mengamalkan  sistem
                                         Seiri-   Seiton-Seiso dengan berkesan
S5: SENTIASA AMAL -  Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti
                                         di tempat kerja.

Objektif  pelaksanaan sistem 5"s":
1. Penambahbaikan sistem dan proses di tempat kerja
2. Mengoptima aktiviti pembaikan berterusan
3. Mengurangkan aktiviti tiada nilai tambah setiap hari
4. Tingkatkan "speed", baiki kualiti dan jimatkan kos
5. Elakkan kos operasi tinggi bagi setiap bulan
6. Transform suasana tempat kerja stress kepada tempat kerja yang menyeronokkan
7. Mencapai tahap pertumbuhan maksima dan memperolehi potensi pendapatan yang tinggi

2 comments:

KEP1965 said...

Adalah baik sekiranya 5S ini dapat d laksanakan bukan sahaja d tempat kerja tetapi juga d kediaman kita tinggal...cubalah..

saedah said...

Segalanya bermula di rumah. Penting kerjasama semua ahli keluarga, perlu keikhlasan dan rasa tanggungjawab. Begitu juga ditempat kerja..."Senang cari, senang ambil, senang letak semula".

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...