uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 25 November 2011

Kasturi Kijang Dalam Minyak Wangi Jadi Santapan Rohani

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kandungan bintil kelenjar kijang jantan yang dipanggil kasturi kijang atau dalam bahasa Inggeris dipanggil musk digunakan sebagai bahan campuran untuk membuat minyak wangi. Ia adalah sebagai agen menyebarkan haruman dan juga menjadikan bau harum lebih tahan lama.

Berdasarkan kajian Ilmuwan dan ahli perubatan Islam terutamanya Imam Ibnu


Qayyim Al-Jauziyah ra, didapati kasturi mempunyai khasiat khususnya dalam memberi kekuatan rohani. Haruman adalah merupakan santapan rohani. Penggunaan kasturi kijang dalam campuran bahan minyak wangi adalah kerana kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman. Mencium bau kasturi merupakan salah satu kaedah untuk menenangkan roh. Oleh itu janganlah kita menzalimi roh kita sendiri dengan membiarkan diri kita terdedah dengan tercium sesuatu yang busuk atau tidak menyenangkan pernafasan kita.

Nabi Muhammad SAW sendiri telah bersabda maksudnya,"Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi"- Diriwayatkan oleh Muslim. Menurut Imam Shafie ra pula, antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum dan sudah tentunya seperti kasturi. Apa salahnya jika mencium bauan haruman wangi sekiranya adalah merupakan amalan Fardhu yang merupakan santapan roh yang haiki bagi memperkuatkan dan memperbaharui keimanan perlulah juga diberi keutamaan.

Penggunaan haruman bukan sahaja dikhususkan kepada orang dewasa bahkan perlu juga dipakaikan kepada bayi, anak kecil atau dewasa. Bagi bayi bolehlah dicalitkan sedikit minyak atar yang mempunyai bauan kasturi. Dengan cara begini sudah tentu anak-anak berasa tenang dan tenteram. Bagi anak-anak yang bersekolah, apa salahnya memakai minyak wangi. Sudah tentu guru merasa senang mendekati anak-anak kita untuk menyampaikan pembelajaran secara individu. Cubalah anda bayangkan bagaimana guru hendak mendekati anak murid yang berbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Andaikan guru mendekati pelajar yang berbau, kemungkinan tidak dapat bertahan lama walaupun sesiapa sahaja sudah sedia maklum bahaya tugas dan tanggungjawab seorang guru itu adalah memberi pendidikan tidak mengira apa jua halang.

Kepada sesiapa sahaja keluarkanlah sedikit perbelanjaan sebagai peruntukan membeli minyak wangi yang ada dipasaran. Kalau kita tinjau harga-harga minyak wangi tersebut ada yang tidak pun mencapai harga RM10. Kebiasaannya harga minyak wangi yang murah terdapat diantara RM4 hingga hanya kurang dari Rm 10.

Sebagai sunnah pakailah minyak wangi kerana ia boleh meningkatkan aura pemakainya menjadi seorang yang berketerampilan, berkeyakinan tinggi dan disenangi rakan-rakan. Menghidu wangian yang harum akan menyegarkan dan menenangkan minda, rohani dan tubuh badan. Ia juga mencerdaskan akal, mencetus aura positif, menghindarkan perasaan gemuruh dan bahkan boleh mengelakkan terkena angin ahmar.



3 comments:

saedah said...

Terima kasih kerana memberi penghargaan kepada tulisan saya. Semuga komen, saranan atau apa sahaja perbincangan saya alu-alukan...

saedah said...

He he he...maaf....saya cerita tentang kegunaannya sahaja. Hendak memproses saya sendiri tidak tahu. Saya cuba cari maklumat. Kalau jumpa saya akan siarkan

saedah said...

Bintil kelenjar kijang jantan dikeringkan. Warna choklet kemerahan akan bertukar kepada serbuk berwarna hitam.kemudian dicampurkan dengan alkohol sehingga larut

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...