uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday 12 December 2011

Rumah Melayu Dicelah-Celah Rumah Batu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Penulis Di hadapan Rumah Ruslina 
Ruslina binti Ruslin adalah  tuan rumah, rumah tradisonal Melayu di Alor Setar yang terletak sebelah menyebelahnya rumah struktur konkrit di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Pengguna jalan raya yang melepasi Plaza Tol Utara menuju ke Bandar Raya Alor Setar akan dapat melihat rumah yang berwarna coklat berada di sebelah kiri lebih kurang 200 meter dari Plaza Tol tersebut.

Bapa kepada Ruslina, Ruslin bin Long sebenarnya pernah bercadang untuk menjual rumah tersebut setelah siap dibina selama sebulan. Namun Ruslina Ruslin, tahu bapa beliau sekadar ingin menguji beliau sejauh mana sayangnya terhadap rumah tersebut. Pernah ada seorang wanita turun dari kereta dan menadah tangan seperti berdoa. Wanita itu kemudian memberitahu Ruslin Long, ia bersyukur kerana disebalik rumah-rumah batu di bandar ini masih ada rumah kampung.




Sebahagian Daripada Pelajar Yang Terlibat Dengan Kerja-Kerja Mengukur
Rumah tersebut  menggunakan kaedah penyambungan tradisi iaitu menggunakan tangam-tangam tertentu mengikut kesesuaian kedudukan kerangka kayu tersebut. Jika dilihat dari luar, didapati rumah tersebut dipagari dengan buluh dan diselang-seli dengan dawai besi. Kulit-kulit siput laut dan batu-batu sungai pula dijadikan perhiasan di halaman rumahnya. Di bahagian tangga dapur terdapat tempayan berisi air dan timba upih digunakan untuk membasuh kaki.

Tangga bahagian hadapan rumah pula dibina secara terbuka sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu. Serambi dihias dengan sisir udara dan jeriji terbuka bagi memudahkan pengaliran udara. Dua buah bangku kayu panjang disediakan di beranda untuk berehat. Dinding rumah tersebut pula dibina dari kelari buluh.

Rumah Melayu tradisi begini adalah sesuai untuk diperlihatkan kepada jenerasi muda sekarang sebagai bahan rujukan untuk mengenal budaya bangsa.

2 comments:

thomas said...

cantik binaan rumah ni,boleh dijadikan tarikan pelancung.

saedah said...

Thanks..Tuan rumah bznessman Alor Setar.Rumah ini memang untuk pelawat dan sesiapa sahaja buat kajian.Ada dapur kayu, perigi alat2 lama orang kampong. As homestay tuan rumah.

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...