uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday 31 December 2012

Peranan dan Tugas Setiausaha Mesyuarat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
SEBELUM MESYUARAT
1. Menghantar notis mesyuarat serta semua dokumen yang berkenaan dalam jangkamasa yang mencukupi
2. Pastikan agenda mesyuarat/perkara yang akan dibincangkan serta dokumen untuk edaran 
    semasa mesyuarat mencukupi
3. Menentukan persiapan bilik dan alat kelengkapan untuk bermesyuarat
4. Jelaskan agenda, isu, kertas kerja untuk perbincangan pada pengurusi sebelum mesyuarat
5. Siapkan CHECKLIST isu-isu penting mesyuarat untuk panduan pengurusi

Jom Melancung Ke Thailand Lagi....2013

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

See full size image

Tarikh: 07hb.(Khamis) hingga 11hb. Februari(Isnin), 2013
(Cuti Tahun Baru Cina)

Tempoh perjalanan: 5 hari 4 malam

Bujet : 6000batt (RM600) tidak termasuk makan. Makan di Thailand murah sahaja, dalam RM3.00  
            hingga RM4.00 .

Wednesday 26 December 2012

Pengambilan Isi Penuh Program Sijil Senibina IKM Alor Setar Sesi Januari 2013

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

PENGAMBILAN ISI PENUH BAGI MENGISI KEKOSONGAN 
PROGRAM SIJIL SENIBINA
INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR
SESI JANUARI 2013

Sijil Senibina

Syarat-syarat Am:
 ·          Lulus SPM / SPMV
·         Bumiputera
·         Warganegara Malaysia
·         Berumur 17-40 Tahun
·         Sihat Tubuh Badan

Kemudahan:
·         Elaun Sara Hidup di sediakan
·         Asrama Di sediakan

Syarat Kemasukan
-   Lulus SPM atau setara denganya sekurang-kurangnya:
1. Lulus Bahasa Melayu
2. Satu (1) Kepujian dalam mana-mana subjek
3. Lulus Matematik / Matematik Tambahan
*Lulus Pendidikan Seni / Pendidikan Seni Visual / Ujian Portfolio diberi keutamaan.

HUBUNGI KAMI DI ALAMAT
INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR
JALAN KOTA TANAH
05050 ALOR SETAR, KEDAH
TEL : 04-7729940 / 04-7716152
 http://Petuapaje.blogspot.com

Friday 30 November 2012

Tumbuhan Herba Kunyit

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bunga kunyit memang sedap buat ulam cecah sambal belacan, budu, cencaluk atau tempoyak.

Daun kunyit yang muda sedap buat kerabu kering. Udang kering, bawang merah dan lada puteh ditumbuk lumat-lumat, campurkan dengan kelapa parut dan goreng tampa minyak dalam kuali hingga kering. Masukkan daun kunyit dan sedikit daun kancur yang telah dihiris halus macam nak buat bunga rampai kedua-duanya ke dalam kuali tadi. Gaul-gaulkan supaya daun-daun tadi menjadi layu dan perahkan sedikit air limau nipis.. Siap untuk dihidangkan.

Tuesday 27 November 2012

Tumbuhan Herba Kaduk

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Dulu saya suka masak ikan, masak  lemak cili padi campur  dengan pucuk kaduk. Daun pucuk kaduk ini hiris halus-halus macam bunga rampai (campuran bunga dan daun pandan yang dihiris halus-halus).

Kalau tidak pun masak lemak cili padi petai campur pucuk kaduk. Daun pucuk kaduknya dihiris halus-halus. Petainya pula biar berpapan-papan yang telah dikerat pendek cuma buangkan bahagian sisinya. Kedua-dua kaedah masakan orang zaman dahulu ini memang menambah selera makan. Sedap!

Saturday 24 November 2012

Tumbuhan Herba Lidah Buaya

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ia dikenali juga sebagai AloeVera. Di setiap rumah patut menanam pokok lidah buaya ini. Kebiasaan yang aku gunakan ialah apabila terkena percikan minyak panas. Cepat-cepat sapukan lendir lidah buaya ini untuk mengelakkan perit melecur dan untuk mengelakkan kesan lecur tersebut daripada mengelembung.

Hampir 30 tahun aku mengalami sakit kepala "maigrain". Aku amalkan minum air lidah buaya ini. Buangkan duri bahagian tepi dan potong-potong daun lidah buaya ini. Masak dengan gula batu dan minum.

Friday 23 November 2012

Tumbuhan Herba Subang Nenek

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tumbuhan herba ini khasiatnya terletak pada bunga khusus untuk mengubati sakit gigi dan bengkak gusi.

Hancurkan bunga dan campurkan dengan bahan lain dan minyak putih untuk dijadikan minyak angin.

http://Petuapaje.blogspot.com

Thursday 22 November 2012

Ranking Blog Petuapaje Semakin Meningkat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Graph of Blogger page views

Setelah "malware" dihapuskan, ranking blog aku sudah semakin meningkat kerana carian pelawat sudah tidak terganggu. Ini terbukti dari graf di atas melalui anggaran: www.cubestat.com/www.petuapaje.blogspot.com

Nilai bog aku di pasaran juga telah meningkat seperti tertera di bawah:

Website Worth: $1,176,154.83 
Daily Pageviews: 537,057 
Daily Ads Revenue: $1,611.17 

Tuesday 20 November 2012

Tumbuhan Herba Rumput Israel

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Jiran-jiran di kampung aku dahulu, rumput ini mereka panggil rumput Israel kerana ia cepat merebak di dalam kebun hingga rumput sedia ada boleh terbantut pertumbuhannya. Rumput ini juga dipanggil Ara Songsang.

Lebih kurang dua puluh tahun lalu semasa tinggal di Pekan Pahang.....Kami pergi ke Pekan sehari untuk membeli sayur. Kami sangkakan daun meranti sebab sudah lama tidak makan dan melihatnya. Jadi kami pun membelinya dan kami masak lemah putih. Bila kami 

Saturday 17 November 2012

Malware Punya Pasal Sudah Tiada

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ingatkan blog kena "hacked" atau pun  kena "vairus". Rupanya itulah yang dikatakan "malware". Alat tambahan blogspot.ping itu memang saya tambahkan dalam blog saya. "Script" blogspot.ping tersebut telah lama dimasukkan ke dalam "HTML" bertujuan untuk meningkatkan rating carian pelawat. Hairannya mengapa ia menjadi begitu dalam masa dua tiga minggu ini. Iaitu, bila carian blog saya, tidak semena-mena ia ke blogspot.ping. Keadaan ini amat mengganggu saya untuk melihat sendiri paparan blog. Saya tahu pelawat blog saya juga terganggu dengan yang dikatakan "malware" ini.

Friday 16 November 2012

Tumbuhan Herba Semalu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bila disentuh, daunnya akan menguncup. Malu...............

Kenangan paling tidak dapat dilupakan ialah kena denda cabut semalu di padang bola sebab pelajar bising. Orang lain yang buat bising, jadi pengawas-pengawas kena denda.

Arnab sangat suka makan tumbuhan ini  dari daun hingga batangnya walau pun banyak duri. Bila saya lepaskan aranab dari rebannya, banyak-banyak tumbuhan, tumbuhan semalu yang dicarinya dahulu.

Daunnya ditumbuk lumat-lumat dan tampalkan pada urat dan sendi yang bengkak

http://Petuapaje.blogspot.com

Sunday 11 November 2012

Spam, Virus Dan Hacked Lumpukkan Pelawat Layari Blog

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bila blog sedang meningkat tahap di carian sesawang internet, hati semakin teruja untuk menulis. Bagaimana perasaan bila blog sendiri diserang "hacked" untuk melumpuhkan carian pelawat? Mesti terasa, betapalah kita ini boleh dan masih dikawal oleh orang lain. Ya, "hacked" itu kadang-kadang menguji juga sejauh mana keupayaan kita menguasai penggunaan sesawang internet.

Saturday 3 November 2012

Tumbuhan Herba Inai

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ada inai berbunga puteh dan ada berbunga merah. Inai digunakan untuk mewarnakan kuku dan rambut supaya berwarna  merah. 

Tumbuk inai lumat-lumat dan letak di atas kuku kaki, kuku tangan atau rambut. Bungkus dengan plastik dan ikat supaya inai tidak tertanggal. Biasanya berinai di waktu malam. Ke esokan pagi, buangkan bungkusan inai tadi. Kuku akan berwarna merah, cantek, kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit kuku.   

Sunday 28 October 2012

Tumbuhan Herba Kucing Galak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tumbuh di tepi-tepi rumah dan dalam pasu bunga. Air rebusan pokok ini elok diamalkan diminum kerana menyembuhkan lemah tenaga batin, sesak nafas, sembelit, ulser dan penyaki kulit.

http://Petuapaje.blogspot.com

Saturday 27 October 2012

Kuala Lumpur International Airport

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tumbuhan Herba kapal terbang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Air rebusan daun kapal terbang ini biasanya diamalkan selepas bersalin untuk menjarangkan kelahiran. 

Jika diambil berlebihan boleh mendatangkan kemandulan pula. Adakah anda ingin mandul?

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, minum rebusan air herba ini boleh menyebabkan keguguran. 

Oleh itu jangan memudaratkan diri sendiri. Dibimbangi keguguran tidak berlaku tetapi mendatangkan kecacatan kepada kandungan.
http://Petuapaje.blogspot.com

Friday 26 October 2012

Tumbuhan Herba Kacang Telang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Pokok ini tumbuh liar dipingir-pingir belukar. Daun, bunga dan kacang telang adalah selamat digunakan sebagai bahan perubatan.

Bunga berwarna ungu, boleh dicapurkan ke dalam nasi sebagai pewarna nasi kerabu.

Bunga ini juga boleh direndam dalam air, dan diminum untuk melegakan panas badan, menjadikan penyakit lain sembuh seperti penyakit insomania,

Wednesday 24 October 2012

Tumbuhan Herba Terung Pipit/Belanda

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Terung pipit ni kalau rebus, buat ulam, cicah dengan sambal belacan, budu atau sambal tempoyak memang sedap. Berselera makan....

Kalau buat sambal tumis ikan bilis, masukkan terung pipit ini. Memang sedap juga. Kawan saya dari Negeri Melaka, katanya sedap buat kari. Sedap! Sedap! Katanya, terung pipit ini boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

Tuesday 23 October 2012

Lauk "Modified" Hidangan Keluarga

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Seorang wanita, ibu, isteri dan bekerja pula, memang memenatkan untuk melangsaikan tugas harian di rumah, juga tugas dan tanggungjawab di tempat bekerja. Hal makan minum anak-anak dan suami tidak boleh diabaikan dan tiada alasan yang boleh diterima jika makanan tidak dapat disediakan biarpun badan terasa begitu letih dan terasa demam setelah seharian bekerja di luar rumah.

Bila badan terasa terlalu penat, demam dan kesuntukan masa pula, lauk" modified" adalah penyelesai kepada cara pantas menyediakan hidangan keluarga. Bagaimana? Beli lauk di kedai makan, tuangkan ke dalam periuk, panaskan di atas api dapur dan modified mengikut selera sendiri.

Sunday 21 October 2012

Tumbuhan Herba Ketumpang Air

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Di tepi-tepi rumah, dalam pasu dan di pinggir jalan, macam-macam tumbuhan hidup, terutamanya selepas musim hujan dan keadaan tanah berpasir dan lembab.

Ketumpang air adalah salah satu tumbuhan herba daun berkilat dan berbatang lembut. Bunganya menjulur panjang lebih kurang bunga bayam.

Air rebusan Ketumpang Air ini elok diamalkan meminumnya sebagai bahan untuk menghilangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh urat saraf.

http://Petuapaje.blogspot.com

Saturday 20 October 2012

Tumbuhan Herba Ara Tanah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ara Tanah.

Semasa kecil lagi saya diajak emak mencari akar-akar kayu dan pucuk herba di dalam kebun dan belukar untuk dibuat minyak panas, jamu harian dan jamu selepas bersalin. Rempah ratusnya pula dibeli di kedai India.

Semasa hendak mengambil pucuk, daun, batang atau akar tumbuhan tersebut, perlu memberi salam dan membaca doa terlebih dahulu. Bila balek kampong nanti, nak tanya emak, apa salam dan doanya.

Wednesday 17 October 2012

Inikah Siput Gondang ?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bila bersihkan tangki ikan, eh! siput apa ni?...Tak pernah tengok pula. Mungkinkah ini yang dikatakan siput gondang?

Kata orang ...Siput Gondang banyak di sawah padi. Rumah aku tidak jauh sangat dari sawah padi. Lebih kurang 50 meter. Hairannya..Bila masa siput-siput ni masuk ke dalam tangki ikan.

 http://Petuapaje.blogspot.com

Tuesday 16 October 2012

Jom Lihat Pemandangan Pinggir Kampung

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Teratai
Balek kampung aku di Johor atau balek kampung suami di Kelantan sama sahaja seronoknya kerana dapat menikmati suasana masa zaman kanak-kanak dahulu.

Dapat menikmati pemandang di kampung, petik buah-buahan seperti rambutan, manggis, rambai, dokong dan lain-lain lagi.

Ada juga pokok-pokok kecil yang mengeluarkan buah seperti pokok senduduk.

Saturday 13 October 2012

Rembat Duit, Tinggalkan RM1.00 Perli Ke?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sampai sahaja di stesen minyak, suami jenguk dari tingkap kereta dan tanya, "Mana dompet duit?" Ya Allah, tadi letak di atas bonet kereta....Bila keluar kereta, telepon masih ada di atas bonet kereta tapi dompet duit sudah tercicir di tengah jalan. Ya Allah, di mana tercicirnya dompet duit tadi. Kereta sudah bergerak lebih kurang 1kilometer.

Friday 12 October 2012

Jom Melancong Ke Thailand

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
See full size image

Tarikh: 20hb. hingga 24 hb. Disember, 2012

Tempoh perjalanan: 5 hari 4 malam

Bujet : 4500batt (RM470) tidak termasuk makan. Makan di Thailand murah sahaja, dalam RM3.00  
            hingga RM4.00 .

Thursday 11 October 2012

Harga Blog Petuapaje Sudah Capai $586, 349 USD

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

SEO Score is 63.2%
63.2%Dari analisa web site StatsCrop.com didapati harga blog aku sudah mencapai $586, 349 USD. Ranking dalam dunia pada keduduan 1,252. Semakin kecil kedudukan ranking, bermakna semakin ramai pelawat.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk beriklan diblog aku......
Di bawah adalah di antara analisa-analisa tersebut. Kalau tak percaya boleh lawati Web site StatsCrop.com

Petuapaje.blogspot.nl is ranked #1,252 in the world, a low rank means that this website gets lots of visitors. This site is worth $586,349 USD and advertising revenue is $1,595 USD per day. The average pages load time is 1.329 seconds, it is very good. it has 157,500 visitors and 425,250 pageviews per day. Currently, this site needs more than 499.90 GB bandwidth per day, this month will needs more than 15.13 TB bandwidth. Its seo score is 63.2%. IP address is 173.194.35.171, and its server is hosted at Mountain View, United States. The server distance from you is 13,613.76 km (8,459.20 miles). Last updated on Thu, 11 Oct 2012 14:25:38 GMT.

Wednesday 10 October 2012

Panduan Buat Skrip MC(Master of Ceremonies) Sesuatu Majlis

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Telah ditugaskan sebagai MC sesuatu majlis memang meresahkan. Penting sekali buat persiapan supaya majlis teratur, berjalan dengan lancar dan kita sebagai MC tidak gugup. Semuga skrip ini menjadi panduan kepada bakal MC yang lain. Pantun boleh ambil dari mana-mana laman web dan kita ubahsuai sedikit bersesuaian dengan majlis yang akan kita kendalikan.

Kadang-kadang, saat-saat akhir dan semasa majlis berjalan pun masih ada perubahan. Oleh itu, perlu peka dan bijak mengubahsuai dan membuat ulasan. Skrip ini adalah persiapan awal. Tiba-tiba Pengarah meninggalkan dewan sebelum beliau memberi kata-kata aluan dan penutup. Maka dalam tempoh majils tersebut berlangsung, sambil-sambil jadi MC, skrip perlu diubahsuai. Itulah cabarannya....

Selamat mencuba dan baca seterusnya untuk melihat contoh skrip

Tuesday 9 October 2012

Kem Latihan Luar JPAM IKM Alor Setar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Alumni Pelajar IKM Alor Setar Program Sijil Senibina Dari Tahun 1968 hingga 2005

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sukacitanya dimaklumkan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA dengan kerjasama Koperasi Alumni Kemahiran MARA Malaysia Berhad (KALAM) akan menganjurkan himpunan 1,000 alumni IKM dan KKTM 2012. 

Berikut adalah maklumat yang berkaitan:

Tarikh             : 12.12.2012(Rabu)
Masa              : 7.30 – 12.30 malam
Tempat           : Dewan Premeira Utama
                        Tkt 6,Menara MARA

"Al Fatihah" Kufi Square, The Mother Of All Painting

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Design Conference + Exhibition
Tarikh: 24-25 September 2012
Tempat: Kuala Lumpur Convention   Centre Malaysia
Kufi Rhapsody: Shukur Yahya

الفاتحة

1:1 بسم الله الرحمن الرحيم
1:2  الحمد لله رب العالمين 
1:3 الرحمن الرحيم 
1:4 مالك يوم الدين  
1:5 إياك نعبد وإياك نستعين 
1:6 اهدنا الصراط المستقيم 
1:7 صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين 

Monday 8 October 2012

Pengambilan Pelajar Terbuka Program Sijil Senibina IKM Alor Setar Sesi Januari 2013

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Pertanyaan dan permohonan adalah dialu-alukan.

Pengenalan:
Kursus ini menawarkan latihan yang berasaskan teori & amali dalam bidang Senibina. Pelajar berpeluang melakukan latihan secara individu atau berkumpulan.

Kerjaya:
Dengan kemahiran ini anda layak memohon jawatan penyelia tapak, juruteknik Senibina dan pelukis pelan senibina.

Friday 5 October 2012

Harum Mewangi Di Taman Pinggir Rumah Ku

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia....... 

Bunga santalia/sundal malam

Mak saya kata, tanam pokok bunga yang mengeluarkan bau harum. Saya pun memang suka tanam pokok bunga yang mengeluarkan bau wangi. Bau wangi atau bau harum...He he he...Sama la..

Saya memang tidak berapa suka, kalau halaman rumah terlalu berwara-warni. Jadi tanam pokok bunga yang berwarna putih dan warna lain tu sikit sahaja.

Semakin malam...haruman bunga ini semakin semerbak. Semerbak sampai masuk ke dalam rumah.

Projek Pembinaan Rumah Kediaman Semi-Detached 2 Tingkat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Pantun Penghargaan

Gugur menguning buah kuini
Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Salah dan silap lupakan saja

Thursday 4 October 2012

Bestnya Dapat CPUV Campaigns Dari Nuffnung

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Terima kasih Nuffnung kerana mempercayai blog aku; http://Petuapaje.blogspot.com untuk memaparkan iklan -iklan syarikat ternama. Dah dapat CPUV campaign! youall nak tau! Ni yang buat aku tambah semangat! Tak sia-sialah mengadap lap-top malam-malam bila tak ada aktiviti malam...He he he...

Dah dapat banyak mana RM?....He he he ....Rahsia la....Dapat banyak RM, aku akan belanja! Belanja! Belanja! Belanja korang....Cuba tengok iklan apa aku dapat....Ni sebahagian sahaja tau...Yang lain-lain rahsia....

Wednesday 3 October 2012

Mari Melancong Ke Sumatera Barat Indonesia

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
 
http://cokhy.files.wordpress.com/2009/10/mapf3ff4f6c2357.jpg?w=320&h=240
Ground pekej RM 550.00:(Bayar bulan Januari)
1. Sarapan pagi
2. Makan tengahari
3. Makan malam
4. Penginapan hotel 3/4 bintang
5. Pengangkutan

Tuesday 2 October 2012

Mari Belajar Menganyam Ketupat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tiap-tiap tahun tengok emak menganyam ketupat bila hendak raya. Satu hari saya ambil daun kelapa, pokoknya rendah sahaja masa itu dan daunnya pun tak lebar sangat.

Duduk di tangga batu rumah makcik di sebelah rumah sambil mencuba menganyam seorang diri. Berjam-jam lamanya sampai tak makan tengahari sebab ingin menganyam sampai berjaya. Akirnya berjaya juga.

Monday 1 October 2012

Proffesion, Integriti dan Barakah Dalam Pekerjaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh: 25hb. September, 2012
Penceramah: Dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

Seseorang pekerja yang profesional adalah mempunyai tiga kualiti iaitu:
1. SQ Mereka akrab dengan Allah (keimanan dan  ketakwaan kepada Allah)
2. EQ Erat dengan manusia (Akhlak yang terpuji)
3. IQ Efektif serta efisien dalam pekerjaan (kebijaksanaan dan kecerdasan akal)

Saturday 22 September 2012

www.Nuffnung.com Muka Baru. Welcome Back!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Muka baru www.Nuffnung.com nampak lebih profesional. Sedap mata memandang. Nak sign up atau sign in lebih mudah dan tidak menunggu lama. Tidaklah berserabut macam dulu.

Bila sudah lama tidak menjengah Nuffnung dan ada pula perubahan baru, memang mengujakan. Sudah hampir sebulan rasanya tidak menjengah muka Nuffnung lantaran kesibukan hal urusan anak-anak di rumah, anak-anak murid dan urusan kerja yang terlalu banyak program. Terlalu sibuk diwaktu pagi, tengahari, petang dan malam, sehingga tiada waktu senggang untuk melaksanakan tuntutan hobi-hobi. Harap-harap segala kerja-kerja yang tergendala beberapa ketika ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat dan pulih seperti sediakala.

Ok...Jangan lupa menjengah www.Nufnung.com....Sign up!.....Sign in! Bila sudah join Nuffnung....Bolehlah pula joint Churp-Churp Malaysia, my.churpchurp.com......Share the campaingn..Untuk dapat reward....

http://Petuapaje.blogspot.com

Friday 21 September 2012

Jampi Biar Anjing Tidak Gigit

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sesiapa sahaja takutkan anjing. Takut kena gigit, bahkan bukan itu sahaja...kesan gigitannya kena samak. Ada juga anjing yang sampai membunuh manusia. Kanak-kanak sekolah dan bahkan anak murid saya yang sudah remaja pun selalu kata takut nak lalu di jalan atau di lorong tertentu kerana ada anjing. Saya dah pun ajarkan ayat ini, rasanya mereka akan lupa kerana tidak dicatitkan. Masa zaman-zaman dahulu, kalau orang tua-tua ajarkan sesuatu ilmu, bukan mereka catitkan. Salah satu sebabnya ialah kemungkinan mereka adalah terdiri dari kalangan tidak pandai menulis.

Penerima ilmu pun ada masalah juga kerana pada saat orang tua-tua mengajarkan sesuatu ilmu, tiada pensil dan kertas untuk mencatit. Orang tua-tua dahulu pun, kalau dia ajarkan, sekali sahaja, kalau dapat, dapat lah, kalau tak dapat maknanya memang tidak layak mewarisi ilmu-ilmu tersebut.

Wednesday 19 September 2012

Tutup Bulan Syawal, Bulan Raya Aidil-Fitri

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Raya kali ini saya dapat ucapan raya melalui sms, email dan  dapat 4 keping kad raya. Kad raya tersebut  dari rakan kerja di IKM Lumut, bekas pelajar-pelajar yang sedang dan telah menamatkan latihan . Salah satu daripadanya ialah dari Hani batch 2009/2010...Terima kasih kad raya tersebut. Cantik kad raya, exploded lagi gitu.... ...gambarnya berperada emas, Hak Cipta Terpelihara oleh Kit-kard Corp. Tak boleh tunjuk.....

Lebih teruja lagi kad tersebut ada sajak tentang pengorbanan guru. Sebagai guru kami memang perlu berkorban demi kepentingan Agama, bangsa dan Negara. Sebenarnya pengajar dan pelajar selaku anak murid perlu saling bergantungan untuk mencapai wawasan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan hidup di masa akan datang. Mengikut visi MARA untuk menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat mertabat bangsa.

Sajak itu juga menegaskan sebagai pelajar tidak terbalas jasa kami. Sebenarnya kami tidak pernah mengharap pembalasan biarpun kamu semua telah mencapai tahap profesion atau meraih kekayaan rezeki yang lebih baik daripada kami. Andai kamu semua berjaya, kami tumpang gembira. Itulah yang kami harapkan dan merupakan satu kebahagian kepada kami bila dapat merialisasikan impian juga harapan ibu-bapa kamu.

Sunday 9 September 2012

Nostalgia Keretapi Tanah Melayu Menggunakan Wap

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Kepala keretapi Tanah Melayu
Lokasi: Stesen Keretapi Tanah Merah Kelantan

Cuti berhari raya di kampong baru ni, dalam perjalanan ke majlis alumni suami di sekolahnya...terpandang kepala keretapi ini.

Bagus juga dibina mercu tanda ini, kalau tidak, orang luar mesti tercari-cari dimana setesen keretapi di Pekan Tanah Merah ini.

Saturday 8 September 2012

Kampong Hujung Batu Perlis

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Hujung minggu lepas menghadiri jamuan kenduri meraikan pengantin anak kawan suami di Kampong Hujung Batu. Dalam hati...Oh..padanlah dipanggil kampong Hujung Batu sebab dekat kampong tersebut ada batu. Sungguh cantek pemandangannya.....

Di sebalik pemandangan tersebut rupanya ada beberapa buah homestay dalam pembinaan.

Tentu penduduk kampong ini bangga kerana terdapatnya pemandangan yang cantek di kampong mereka.

Sambutan Jamuan Raya JPJ Perlis

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Jamuan raya lagi...pada 7hb. September 2012 di Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis dari jam 8.30 petang hingga 10.00 malam.

Banyaknya makanan...ada daging kambing bakar, nasi tomatoo, acar timun, gulai daging, ayam masak goreng berlada, sambal belacan. Makanan lain, keawtiau goreng, mee bandung, rojak buah, ais krim, Air batu campur, air oren, teh tarik...... Buah pisang pun ada.

Aku makan tak henti-henti sampai nak ambil gambar pun terlupa. Sudahnya duduk setempat sahaja sambil mengambil gambar.

Friday 31 August 2012

Jamu Selera Di jamuan Sambutan Raya 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Pesara juga dijemput

Persiapan Jamuan Sambutan Hari Raya Aidil-Fitri 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Potong ketupat nasi
Tempat: Institut Kemahiran Mara Alor Setar Kedah
Tarikh:    30hb. Ogos, 2012
Masa:     8.15pagi - 3.00petang

Persedian kiosh jamuan mengikut program dan pengurusan. Program Senibina sediakan ketupat nasi dan kuah kacang, Program Lukisan Struktur sediakan laksa dan laksam, Progran Binaan bangunan sediakan nasi tomato, Program Teknologi Rekabenuk dan Pembuatan Perabut sediakan sate ayam.

Thursday 30 August 2012

Cuaca Panas Terasa Redup Mata Memandang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Hari ini, cuaca sangat panas terik membakar dan kadang-kadang hujan sebelah malam.

Dalam keadaan cuaca begini, rupanya bunga laily menguntum dan kembang. Bunga laily berjalur merah ini telah aku tanam sudah lebih kurang 5 tahun. Ini kali pertama baharu berbunga. Itu yang seronok sangat. Biarpun panas, silau mata memandang tapi bila terpandang bunga-bunga ini terasa redup mata.

Nak Toreh Getah takut Kena Terkam Harimau Dan Kena Colek Komunis

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Masa dahulu, bila menoreh pokok getah yang jauh dari tempat kediaman, ada perasaan yang sangat menakutkan. Ini adalah kerana kebun getah yang bersempadan dengan kebun getah kami macam hutan belentara kerana tidak diusahakan oleh tuan kebun.

Tuesday 28 August 2012

Kawinkan Pokok Getah Dan Toreh

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Semasa zaman kanak-kanak, aku tidak terkecuali daripada menoreh getah kerana aku adalah anak seorang penoreh getah. Sehingga sekarang pun, kalau ada pisau menoreh getah dan ada pokok getah yang hendak ditoreh, sudah pasti kemahiran tersebut masih belum hilang rasanya.

Bukan itu sahaja, semasa zaman itu, aku juga terlibat mengahwinkan pokok getah. Kedengarannya pelik bukan?

Bagaimana mengahwinkan pokok getah?

Keindahan Semak Pinggir Kampung Dan Khasiat Tumbuhan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ceri Malaysia

Raya ke-2 ada alumni suami/member IKM Pekan di Lubuk Jong, Jajahan Pasir Mas Kelantan. Terima kasih makanan yang disediakan dan layanan yang tidak berbelah bahagi.

Dalam pada itu, sempat juga aku dan anak sedara jalan-jalan di pinggir kampung melihat keindahan semak samun. Terdengar bunyi katak bersahut-sahutan dan aku katakan pada anak saudara, itu tanda-tanda kita berada berhampiran dengan sungai.

Friday 24 August 2012

Ulangtahun Pertama Blog Petuapaje.blogspot.com

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Semalam ulangtahun blog petuapaje.blogspot.com. Sampai dah terlajak sehari gara-gara raya. Syukur Alhamdulillah masih mampu berkongsi sedikit ilmu pengetahuan. Dulu bila tengok blog orang lain, hairan juga. Ramainya yang menjengah blog mereka, sampai 20 30 ribu. Hari ini, samasekali tidak menyangka blog aku pun dijengah pelawat sehingga mencapai lebih kurang 35 ribu pelawat.
35359 pageviews - 371 posts 52 followers

Dalam tempoh setahun aku telah membuat entri sebanyak 371 posts. Menulis ni kadang-kadang ikut mood juga. 
Raya-raya macam ni, tak ada mood pula hendak mengarang sebab masih kepenatan.

http://Petuapaje.blogspot.com

Sunday 19 August 2012

Himpunan SMS Ucapan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Allah hu akbar....Allah hu akbar.....Walillah ilham.....Assalammualaikum..

Beningkanlah hatimu  dengan Dzikirullah,
Cerahkanlah  jiwamu dengan cintakan kepada Allah,
Lalui hari-harimu dengan senyuman,
Tetapkanlah langkahmu dengan syukur,
Sucikanlah dirimu dengan permohonan maaf,
Atas kesalahan dan kekhilafan,
Baik sengaja atau pun tidak,
Yang aku perbuat,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Taqobbalallahu Minna Wa Minkum. Semuga Allah menerima Ibadah kita semua dan kita beroleh RIDHA, keampunan serta kurniaNYA. Minal  Aidzin  Wal Faidzin

**

Friday 17 August 2012

Menjelang Raya.....

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Anak murid saya kata dia tak pernah pegang ketupat daun kelapa...Ok lah saya kata ...Saya akan anyamkan...Yang seorang lagi berjanji dah nak bawa daun kelapa...Sebab di rumahnya ada pokok kelapa. Tapi sebelum itu katanya dia sangka...Daun kelapa yang tua untuk dianyam untuk buat ketupat....Tunggu punya tunggu daun kelapa tak ada lagi di atas meja...Bila tanya mana daun kelapa? Pokoknya tinggi puan....Ha ha ha...Ya lah...Kalau nak buat ketupat daun kelapa kenalah menggunakan daun kelapa yaitu pucuk kelapa.

Tadi ronda-ronda di Pasar Besar...Di Kedah ni mana ada orang jual daun kelapa...Yang ada hanya daun palas....Bila raya di Johor..Buat Ketupat daun kelapa. Dulu masa duduk di pekan Pahang...bila raya buat ketupat daun palas sebab belakang taman ada semak-semak, ada pokok palas....Sekarang duduk di Kedah..Dah jadi malas..Ha ha ha..Buat ketupat Adabi...Ha ha ha....Tengok lah esok lusa..saya akan ajarkan macam mana nak anyam ketupat daun kelapa kalau ada masa. Itu pun guna reben kot...

Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri Maaf Zahir Dan Batin

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri Maaf Zahir Dan Batin.......Semoga kedatangan Syawal yang mulia ini memberi lebih keberkatan kepada sekelian muslimin dan muslimat....

Buat meriam pasang pelita;
Asap keluar bunyi tak de;
Ucapan Raya maaf dipinta;
Harap tak de yang menguris jiwa.

Mendamba cinta dalam sujud nan suci;
Nyanyian Zikrullah mendamaikan hati;
Syair Azan sentiasa dirindui;
Merimbunlah keimanan di taman hati.

Monday 6 August 2012

Kesedihan Berganda! Pingat Emas Sukan Olimpik Musim Panas 2012 Gagal Dan Musang Meratah Burung

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Mana tidaknya! Set pertama..Terasa berkeyakinan sangat Malaysia akan memenangi Pingat Emas acara badminton bila Chong Wei dapat mengalahkan Lin Dan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2012. Bila masuk set ke-dua....Alamak! Macam mana ni..Chong Wei macam sudah kekurangan tenaga...Sedih juga lah kan...Apa pun...semua rakyat Malaysia tetap menganggap Chong Wei adalah hero Malaysia....

Kesedihan aku berganda!...Bila terlalu asyik tengok perlawanan tersebut...Tak sedar musang telah meratah burung kesayangan aku....Sedih betul hari ini...

http://Petuapaje.blogspot.com

Sunday 5 August 2012

Aduh! Jebak Belum Mengena, Denak Dimakan Musang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Hari sabtu semalam...Suami aku tersengeh lebar kerana isterinya pandai membaiki jebak. 

Aku tunjukkan padanya, bila burung terpijak sahaja ranting pada jebak tersebut, perangkap pun sepantas kilat membingkas...

Macam mana bang?...Suami aku tambah tersengih...Dalam hatinya ....Agaknya berkata-kata...Isteri aku ini rupanya pandai menjebak burung...Ha ha ha....

Friday 3 August 2012

Fikirkan Cara Berjimat Dan Cara Hidup Sihat Bermula Di Dapur

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Semua orang percaya, jika membuat sedikit sahaja perubahan dengan cara hidup kita, akan  memberi kesan yang amat ketara kepada alam sekitar dan membuatkan hidup kita lebih sihat sejahtera. Mulakannya dari dapur anda. Di antara caranya ialah:

Tindakan yang pertama ialah galakkan penghijauan bumi. Bagaimana? Digalakan membeli sayuran organik ditanam oleh pekebun yang menggunakan baja kompos. Beli juga daging dari penternak tempatan yang menternak lembu yang makan di padang ragut. Dengan cara ini petani dan penternak lebih giat berusaha dan secara semulajadi bumi kita akan lebih menghijau. Harga bahan makanan dari tempatan adalah lebih murah dan boleh menjimatkan perbelanjaan.

Tuesday 31 July 2012

Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Tarikh:           30hb Julai, 2012
Masa:            9.00pagi
Tempat:         Anjung IKMAS
Penceramah:  Ustaz Aminuddin bin Abd Rahim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul-Aman)

Di antara ceramah beliau ialah menyarankan kita semua menjadikan bulan Ramadhan sebagai masa untuk membakar semangat  beramal ibadah dan mengandakan pahala. Pahala akan lebih digandakan lagi jika kita beramal di Madinah dan Mekah

Renungkan seketika dengan persoalan: Siapakah Pencipta kita? Untuk apa kita diciptakan? Kemanakah akhirnya kehidupan kita?

Sunday 29 July 2012

Majlis Perpisahan Encik Azmi Majid

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

En. Azmi memberi ucapan kemaafan
Tarikh:    29hb. Julai 2012
Masa:     2.30 petang
Tempat:  Anjung IKMAS

Baharu berada di IKMAS 6 bulan, sudah mohon bertukar ke Ibu Pejabat MARA di Kuala Lumpur. Akhirnya berjaya juga permohonan beliau dan ditempatkan di Bahagian Kemahiran Dan Teknikal.

Moga maju jaya diucapkan kepada beliau.

Dalam majlis perpisahan diadakan juga cabutan bertuah. Saya adalah juga di antara yang bertuah....

Thursday 26 July 2012

Kerja Sebagai Ibadah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh: 25hb. Julai, 2012
Tempat: Anjung IKMAS
Masa: 9.00 pagi

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Samsudin, Penolong Pengarah cawangan Pengajian,
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dan beliau juga adalah merupakan Presiden BUKM-Badan Ugama Kebajikan MARA).

Pekerjaan adalah merupakan sebagai ibadat bagi umat Islam apabila mematuhi kehendak syarak. Pekerjaan itu pula dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat upah dan ganjaran pahala. Asas kepada setiap pekerjaan adalah dimulakan dengan niat.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan kepada-Ku" (51:56 Adh-Dhariyat)

Sunday 22 July 2012

Perpisahan! Meraikan Kawan Pindah Tempat Kerja

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Yang diraikan....Cikgu Azmi ditemani isteri dan anak
Baru kerja di Alor Setar lebih kurang enam bulan. Cikgu Azmi dah nak berpindah ke Kuala Lumpur balek. 

Dah pujuk, tak payah lah pindah, sesuaikan tempat di sini. Bila kita berpindah kerja, kena lah berpindah semua. Barang-barang rumah, anak-anak, perasaan dan pemikiran sekali. Bermustautin di tempat di mana kita kerja.

Baru enam bulan berada di Alor Setar ini, sudah tentu banyak tempat-tempat yang tidak dijelajahi lagi.

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak InsyaAllah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Wahai tetamu Ramadhan yang mulia....Untukmu Rahmat, Maghfirah, Air mata taubat, Dendangan Tadarus selimut Tarawih dan bantal Tahajud, Moga mewarisi Jannah....

Bulan kemuliaan, penghulu segala bulan, anugerah dari Ilahi untuk umat nabi Muhamad SAW. Selamat berpuasa semuga amalan mendapat keberkatan dan mendapat seribu rahmat kepada semua.

Kembang melati sungguhlah indah,
Di tengah taman menjadi hiasan,
Harum Ramadhan tercium sudah,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.

 http://Petuapaje.blogspot.com

Friday 20 July 2012

Anugerah Kecemerlangan Sek. Keb. Seberang Perak Baru

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ucapan Guru Besar di atas pentas yang berhias cantek
Tarikh:     18hb. Julai 2012
Tempat:   Dewan Sri Perak
Masa:      8.30 - 12.45 pagi

Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Haji Abdul Muthalib bin Harun, JP, Pengerusi Kumpulan WETRA.

Saya berada dimajlis ini kerana anak saya Nur Aizzah tahun 6 mendapat anugerah kecemerlangan kedudukan dalam aliran dan mata pelajaran terbaik. Mula-mula saya memang tidak bercadang untuk menghadiri majlis kerana kesibukkan urusan kerja.

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...