uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Aku

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Sa'edah Hassan

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


Aku adalah aku. Kalau berkomunikasi dengan rakan-rakan  memang membahasakan diri aku.  Teras lebih mesra dan akrab. Jika berucap di pentas khalayak ramai, menggunakan perkataan saya kerana hendak membataskan kemesraan maka khalayak juga punya batasan.

Aku bersikap low profile sahaja. Paling tidak suka bergambar, ada daya tarikan ha ha ha...gurau...tapi sebab tak photogenik. Kalau bercakap, banyak gurau senda. Kalau jarang mendengar atau tidak pernah mendengar  aku berbicara, jangan keliru. Pastikan betul-betul adakah kata-kata aku itu gurau senda sahaja, marah, sindiran, komen, nasihat, memuji atau adakah benar-benar memuja.

Aku memang banyak bercakap, ramah dan mudah menyapa sesiapa sahaja walaupun tidak dikenali terutamanya waktu menunggu sesuatu. Ya lah. Daripada melanguk sahaja lebih baik berkenalan. Aku berkawan tidak mengira taraf dan kedudukan asalkan boleh masuk dalam percakapan kira oklah tu. Orang kata kalau banyak bercakap banyak kesilapan jadi minta maaflah selama ini jika ada sesiapa yang tersinggung dengan kata-kata aku.

Berasal dari Johor dan sekarang ini menetap di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Bekerja di Institut Kemahiran MARA Alor Setar Kedah. Pernah juga tinggal di Pekan Pahang dan Tanah Merah Kelantan. Maka banyaklah pengalaman rencah kehidupan yang telah aku lalui. Sudah tidak mahu terkejar-kejar ke sana sini, penting sekarang ini merencana masa hadapan anak-anak seramai 7 orang. Seorang kembali ke Rahmatulah.

Masa terluang dihabiskan dengan hobi dan selebihnya berblogging. Berblogging kalau masuk RM memang seronok kerana aku memang suka cari duit sampingan. Kepada sesiapa yang mengenali aku, kalau sudi boleh "request friend" di laman sembang  facebook, tweet, google+ atau e-mailkan pesanan, tempahan atau apa sahaja kepada aku di link ini: Hubungi Aku


Jangan lupa like,tweet, google+, share dan jadi rakan blog aku tau...Sayang kamu semua...

Terima kasih kerana melawat blog saya. Terima kasih banyak-banyak kerana berulangkali melawat. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan blog saya ini kerana hanya lawak-lawak sahaja sekadar untuk bergembira. Ada perkara yang dibicarakan secara serious, sesetengahnya pula sekadar berseronok untuk menghilangkan "stress"

Terima kasih juga diucapkan kepada pengikut blog aku...sayang kamu...sayang semua...he he he. Bersedia menerima kritikan yang membina untuk kepentingan bersama.


Sekian terima kasih....Wassalam.

htp://Petuapaje.blogspot.com


Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...