uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, 25 May 2016

KEK PISANG OWSOME

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan telor
1 cawan margerine
1.5 cawan tepung gandum
3 cawan pisang dah dilenyek
0.5 sudu kecil baking powder
0.5 sudu kecil bicarbonate of soda
0.5 sudu kecil esence vanilla

Bancuh satu persatu bahan dengan dimulakan dengan telor dan diikuti dengan gula, margerine, tepung, pisang, esence vanila, soda bicarbonate dan baking powder.

Lapiskan loyang dengan kertas dengan menyapu marjerine atas dan bawah kertas. Sapukan juga marjerine keliling sebelah dalam loyang.Masukkan bancuhan dalam loyang.

Bakar adunan pada suhu 170° selama 45_60minit.

Selamat mencuba...

http://Petuapaje.blogspot.com

Thursday, 12 September 2013

Dragon King Smoothies/Smoothies Raja Naga

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

 Bahan-bahan untuk Dragon King Smoothies.
1. Buah naga merah kisar
2. Natural yoghurt
3. Sirap gula
4. Anggur merah
5. Strawberry
 Mula-mula kisar buah naga merah dengan sirap gula. Tuangkan dragon merah yang telah di kisar diikuti dengan meletakkan yoghurt di atasnya. Titik-titik naga merah kisar dan tuangkan sirap gula lagi di atasnya. Hias dengan buah strawbery.

Monday, 11 March 2013

"Simple Recipe" Mee Goreng

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bahan-bahannya:

1.  Mee kuning
2.  Sayur sawi
3.  Udang/daging/ayam/sotong/ketam dll
4.  Bawang puteh
5.  Bawang merah
6.  Lada Besar
7.  Telor
8.  Minyak
9.  Garam
10.Tomato

Thursday, 7 March 2013

"Simple recipe" Mee Bandung

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bahan-bahannya:
1. Mee
2. Bawang merah
3. Bawang puteh
4. Daging/udang/ayam
5. Telor
6. Kentang jari
7. Sayur sawi/kangkong
8. Lada besar
9. Tomato

Monday, 4 March 2013

"Simple Recipe" Ayam Goreng/ikan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Daging ayam yang sudah dikelar satu dua kelaran, lumurkan dengan garam halus, serbuk halia dan serbuk kunyit...Kemudian gorengkan di dalam kuali denga api sederhana.

Kalau api kuat sangat, nanti diluar sudah masak atau hangit tapi di dalam masih mentah...

Kalau goreng ikan, boleh tambahkan bahan tersebut dengan sedikit perahan air asam jawa....Lagi sedap.

"Simple Recipe" Sayur Goreng

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Semuga resipi ini jadi panduan kepada pelajar-pelajar yang berada di luar negara. Masa di rumah tidak belajar memasak. Kalau memasak pun hanya pakar dalam satu resipi sahaja. Bila jauh dari emak...larat ke nak makan satu jenis masakan sahaja......Ha ha ha....

Tuesday, 23 October 2012

Lauk "Modified" Hidangan Keluarga

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Seorang wanita, ibu, isteri dan bekerja pula, memang memenatkan untuk melangsaikan tugas harian di rumah, juga tugas dan tanggungjawab di tempat bekerja. Hal makan minum anak-anak dan suami tidak boleh diabaikan dan tiada alasan yang boleh diterima jika makanan tidak dapat disediakan biarpun badan terasa begitu letih dan terasa demam setelah seharian bekerja di luar rumah.

Bila badan terasa terlalu penat, demam dan kesuntukan masa pula, lauk" modified" adalah penyelesai kepada cara pantas menyediakan hidangan keluarga. Bagaimana? Beli lauk di kedai makan, tuangkan ke dalam periuk, panaskan di atas api dapur dan modified mengikut selera sendiri.

Sunday, 27 May 2012

Resipi Ladu Hindustan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Resipi ini kawan saya Hardip Singh beri. Terima kasih Deep beri resipi ini.

Semasa Perayaan Deepavali saya berkunjung ke rumahnya di Kulim Kedah dan rasa ladu ini. Sangat sedap. Dah makan satu nak dua...makan banyak juga...Resipi ini dah hampir 10 tahun tersimpan. Semalam saya cuba buat kali ke-2...dah tinggal sikit pun...Cuti sekolah...Restoran di dapur perlu stok makanan dalam kuantiti yang banyak.

Kalau tengok cerita Hindustan tertanya-tanya juga...apa itu ladu dan macam mana rasanya...Nak tahu cuba buat..

2.50 cawan tepong
2.00 sudu minyak sapi
1.00 sudu kecil baking powder
1.50 cawan susu tepong
3 cawan gula pasir untuk buat sirap pekat
Minyak masak untuk mengoreng
Air sedikit untuk mengadun

Monday, 7 May 2012

Buat Jeruk Maman Pencicah Ikan Bakar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Perkara pertama sebelum membuat jeruk maman ialah kenal pokok maman. Pokok maman berbunga kecil warna biru dan buahnya macam kacang tapi kecil sahaja lebih kurang sebesar lidi mancis. Perhatikan betul-betul daun pokok tersebut untuk kepastian.

Ambil bahagian pucuk maman, basuh untuk membersihkannya kemudian jemur sekejap supaya ia layu.

Lepas itu masukkan kedalam mangkuk, masukan air, nasi sejuk dan garam secukup rasa.


Tuesday, 24 April 2012

Menara ABC

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


Tingginya....


Wow! Tingginya ABC......Menara ABC......nih....


Rasa macam mana? Wah! Sedapnya....Manis dan lemaknya seimbang...Air Batu Campur ni....

Isi bahan-bahan? Ok...boleh tahan. Yang ada kacang, halwa buah pala, cincau, kacang merah, aiskrim, jagung, susu, sirap, sirap gula merah, buah barli, sagu, biskut kraker....Kalau tambah buah kabung...mesti jadi lagi sedap kan?

Lokasi: Gerai Pantai Merdeka

Sunday, 25 December 2011

Bubur Asyura Kelantan Beraroma Herba

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Suami saya dengan groupnya tak terdengar pun ura-ura nak buat Bubur Asyura  Kelantan. Dalam seminggu ni dok fikir.."tak merasa lah nak makan Bubur Asyura Kelantan kali ini". Tup-tup malam tadi balik dari urusan kerja di Terengganu bawa balek Bubur Asyura Kelantan. Dapat juga merasa Bubur Asyura Kelantan. Rupanya on the way balek dari terengganu, suami saya singgah di Kelantan di rumah manya.

Tuesday, 20 December 2011

Bubur Asyura Utara Malaysia Di Institut Kemahiran MARA Alor Setar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Potong! Kerat!
Saya mula berpindah ke Alor Setar Kedah pada bulan Sya'aban lah kiranya pada masa itu. Pada sebelah petang saya dikejutkan dengan salam. Orang itu memperkenalkan dirinya sebagai jiran dan memberi saya satu tuperware yang berisi bubur asyura katanya.

Saya hanya mengucapkan terima kasih pada masa itu kerana perasaan sedikit terganggu kerana berada seorang diri di rantau orang di mana anak-anak masih tinggal di kampong.

Thursday, 1 December 2011

Buat Kek Coklet Menggunakan Minyak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Selamat Hari Jadi Ku......
Assalammualaikum....

Ha...ha...ha.....mengemas-ngemas buku-buku, tiba-tiba terselak helaian catitan membuat kek, resipi yang kawan saya beri lebih kurang sepuluh tahun lalu....

Memang dulu rajin juga buat kek coklet menggunakan resipi kawan saya Saliah...Memang sedap walaupun menggunakan minyak masak sahaja...kek itu lembab sahaja. Kalau anda cuba memang saya jamin sedap. Dia kata simpan dahulu 2 hari lagi jadi lembab kek tersebut.

Tuesday, 4 October 2011

Kueh Tunjuk-Tunjuk

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Budjet ciput, untung besar. Sebab itulah bila menjelang musim perayaan, ramai yang hendak berniaga kueh tunjuk-tunjuk.


Contohnya, jika buat biskut dahlia.
Bahan-bahan:

Tepong jagung 500gm RM 1.60
Telor 1 biji                  RM 0.30
Planta 120gm              RM 2.20
Asen Vanilla 1 botol    RM 1.20
Kesumba Merah         RM 1.50
Acuan Dahlia              RM 5.00
                                                                                    Buah Cheri                  RM 2.00



Jumlah Modal baru RM 13.80 Bahan seperti Asen dan kesumba guna sedikit je....

Setelah diadun, diacu, dibakar dan disusun-susun di dalam balang, didapati jumlah biskut dahlia tersebut adalah 100 keping. Di pasaran 25 keping biskut dahlia harganya ialah RM16.00 Kalau 100 keping dapat


RM 64.00
RM64.00 tolak modal RM13.80, dapat untung lebih kurang RM 50.20 Masa yang diambil untuk membuat kueh ialah 2 jam.

Mana pilihan anda? Hendak buat biskut sendiri untuk menyelamatkan RM50.20...atau pun biarlah habis lebih kurang RM64.00 untuk mendapatkan 100 keping biskut daripada menyelamatkan masa sengang 2 jam untuk memenuhi aktiviti kesukaan anda.

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...