uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, 5 October 2013

Adab-Adab Dan Kepentingan Menuntut Ilmu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

 Wajib bagi setiap orang Islam menuntut ilmu dan digalakkan berusaha mendapatkan ilmu.
 Adab Menuntut Ilmu:
1. Menumpukan perhatian bila guru mengajar
2. Bertanya bila tidak faham
3. Menolong guru
4. Tidak membantah arahan/nasihat guru
5. Membuat tugasan yang diberi
6. Bercakap sopan dengan guru
7. Berusaha dan berdoa memohon kejayaan
8. Mematuhi disiplin dan peraturan

Sunday, 26 May 2013

Nabi Muhamad S.A.W Motivator Agung Ikon Besar Dalam Dunia Motivasi

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Nabi Muhammad adalah motivator agung dan sebagai ikon besar dalam dunia motivasi. Beliau adalah sumber motivasi terulung dan sumber inspirasi kepada semua motivator. Ajaran yang dibawa beliau penuh dengan motivasi untuk kebaikkan di dunia mahupun di akhirat.

Surah al-Anbiyak, ayat 107: "Dan tiada Kami mengutuskan engkau Wahai Muhamad melainkan menjadi rahmat bagi sekelian alam".

Friday, 24 May 2013

Lihat Kegagalan Dan Kesilapan Dari Posisi Positif

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Semua orang tidak terkecuali melakukan kesilapan dan gagal melaksanakan sesuatu perkara tampa sedikit pun cacat-celanya. Bak kata pepatah melayu ibarat "Rumah siap tapi pahat berbunyi". Jadi kesilapan dan kegagalan adalah merupakan lumrah dalam melayari kehidupan.

Tuesday, 22 May 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi Januari-Jun 2012 IKM

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Fikir habis-habis...Jangan menyesal kemudian
Selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi Januari-Jun 2012 kepada semua Pelajar Institut Kemahiran MARA seluruh Malaysia.

Peperiksaan akhir bermula dari 21hb. Mei, 2012 dan berakhir pada 7hb. Jun 2012 bagi Institut Kemahiran MARA Alor Setar dan yang selaras dengan program yang ada di IKMAS ini.

Ingat pesanan saya minggu lepas. Jangan meniru semasa peperiksaan, kalau tertangkap buruk padahnya.



Sunday, 1 April 2012

Kecerdasan Rohani Mendorong Tindakan Positif Berlandaskan Islam

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kecerdasan rohani SQ spiritual Quotient dididifinasikan sebagai keutuhan sistem kepercayaan mengenai kewujudan sistem pahala dan dosa serta kepentingannya dalam menjalani kehidupan seharian. Ia adalah merujuk kepada sejauh mana seseorang itu menilai sesuatu perkara dari segi rohani dan mahir menggunakan kaedah-kaedah menyuburkan rohani.

Thursday, 23 February 2012

Ingin Cemerlang Berblogging, RM$$$$$ Merujuk Kepada "DUIT"

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta seluruh dunia....... 
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Kecemerlangan bukan milik golongan tertentu sahaja tetapi adalah milik kepada mereka yang selalu berusaha untuk mendapatkannya. Peribahasa menyebut “usaha adalah tangga kepada kejayaan/kecemerlangan”.

Kita perlu memotivasikan diri kita kerana ia merupakan faktor pendorong seseorang untuk bertindak bagi mencapai matlamat yang diingini. Ini adalah kerana motivasi juga adalah proses dalam diri seseorang yang memberi tenaga, menentukan sikap dan menunjukkan arah matlamat yang ingin dicapai.

Tuesday, 3 January 2012

Hidup Bermatlamat Ibarat Kapalterbang Berpemandu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Hidup tidak bermatlamat ibarat kapalterbang kertas. Tidak ada tujuan, kadang-kadang lain yang dituju kelain pula perginya. Semasa zaman kanak-kanak kita gembira bermain kapalterbang kertas. Koyakkan satu halaman buku catitan sekolah, lipat-lipat dan main ramai-ramai dalam kelas. Bersimpang-siur berterbangan dan kadang-kadang berlanggar di udara. Salah-silap terjunam di hadapan guru yang baharu sampai. Nahas! Jawapnya....

Sunday, 1 January 2012

Prinsip Mencapai Matlamat Tahun 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Assalammualaikum dan salam sejahtera….

Selamat tahun baru 2012 kepada semua  ….Hari ini kita sudah menginjak ke tahun 2012. Bila menjelang tahun baru semua orang bertafakur sebentar mengimbas tahun yang sudah berlalu. Tidak terlupa juga  untuk  mengatur strategi untuk melangkah semula untuk tahun ini. Apa sahaja yang kita rancangkan untuk tahun ini ibarat membuat persiapan ke medan peperangan. Sebelum ke medan pertempuran menentang musuh, yang paling penting sebelumnya ialah menentang musuh dalam diri kita sendiri. Ada orang belum pun pergi ke medan perang sudah mengaku kalah.

Thursday, 29 December 2011

Tidur Nyenyak Bersama Pasangan Anda

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Semua orang mahukan tidur yang berkualiti supaya bangun esok pagi dalam keadaan segar dan bertenaga. Ada sesetengah orang senang untuk tidur tidak mengira keadaan tetapi ada sesetengah orang pula sukar tidur walau bagaimana selesa keadaan tempat tidur. Apatah lagi jika berhadapan banyak ganguan yang boleh merencatkan untuk tidur tersebut. Seseorang itu tidak perlu tidur sampai lapan jam tetapi memadailah tidur tiga hingga empat jam dengan syarat seseorang itu tidur berkualiti mengikut pusingan satu jam kepada satu jam yang lain.

Monday, 5 December 2011

Zaman Teknologi, Cari Alternatif, Bina Masa Hadapan Gemilang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Semasa zaman kanak-kanak boleh dikatakan ramai yang merasai bermain kapal terbang kertas. Bila saya katakan permainan ini, saya pasti ramai yang terbayang-bayang keseronokan di waktu itu. Bayangkanlah pula kita pada hari ini dalam realiti kehidupan sebenar. Andai hidup kita ibarat kapala terbang kertas itu, bermakna perjalanan hidup kita tiada destinasinya. Penerbangan kapalterbang kertas tidak memerlukan persediaan seperti kapal terbang sebenar yang memerlukan persiapan krew, enjin, minyak dan kelengkapan peralatan lain. Begitulah juga perjalanan kehidupan kita memerlukan persediaan untuk mencapai masa hadapan cemerlang.

Wednesday, 30 November 2011

Urus Emosi Bentuk Interaksi Hasilkan Suasana Kondusif

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Setiap orang mempunyai emosi atau perasaan dan ia adalah merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai dari Maha Pencipta Allah s.w.t. Semua orang tahu tentang emosi. Rasa sedih, seronok, gembira, marah, meluat, suka, benci dan sebagainya. Emosi-emosi tersebut ada yang negatif dan ada yang positif. Sebagai individu yang berfikiran waras sudah tentu dapat membezakan yang manakah emosi positif dan yang mana pula emosi negatif. Jika emosi tersebut positif, sudah tentu mendatangkan kesan positif kepada empunya diri, bahkan kepada orang-orang yang berada disekelilingnya. Kita hidup bermasyrakat sudah tentu ada orang-orang yang berada disekeliling kita.

Tuesday, 29 November 2011

Rokok Campakkan Diri Dalam Kebinasaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Beberapa penyakit kronik yang dikaitkan dengan perokok telah lama diperkatakan lebih tiga puluh tahun lalu lagi. Namun kesedaran perokok tidak ada biarpun beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak tertentu untuk mengurangkan gejala tersebut. 

Contohnya dengan memberi amaran bahaya di kotak rokok, menaikkan harga rokok, kempen kesedaran terhadap gejala merokok dikaitkan dengan penyakit kronik dan pakar nasihat dari Kementrian Kesihatan untuk menghilangkan ketagihan merokok seterusnya berhenti merokok.

Sunday, 27 November 2011

Kepentingan Kecerdasan Emosi (EQ) Dalam Kehidupan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Pandai, bijak dan cerdik sahaja bukanlah jadi ukuran jaminan untuk seseorang berjaya sepenuhnya dalam kehidupan yang serba mencabar hari ini apatah lagi dimasa-masa akan datang. Terdapat aspek tambahan yang perlu demi menjawab persoalan tadi iaitu aspek kecerdasan emosi. Kita lihat dan dengar sendiri orang yang bijak tapi akhirnya pada satu peringkat keadaan, tidak dapat menyesuaikan diri dan mengawal emosi, akhirnya menuju kegagalan dan kehancuran.

Thursday, 17 November 2011

Jangan Bazir Bajet Bela Rakyat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Saya puji Kerajaan kali ini kerana “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”. Biarpun sumbangannya sedikit tetapi berbaloi dan menepati terus kepada sasarannya sekiranya tidak membazir. Contohnya pemberian RM100 ringgit kepada anak yang bersekolah peringkat sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Bagi anak-anak yang belajar di institusi  pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 pula mendapat baucar buku sebanyak RM200.

Wednesday, 9 November 2011

Berjaya Setanding Lelaki

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
    CIRI-CIRI WANITA BERJAYA SETANDING LELAKI
  1. Memberi keutamaan kepada perkara penting
  2. Lengkapkan diri dengan ilmu
  3. Patuhi arahan elak pelbagai kemungkinan
  4. Jangan lurus bendul
  5. Jangan gadai maruah
  6. Jadi yang terbaik dengan usaha berlipat ganda
  7. Buat penyelidikkan sebelum bertindak
  8. Jangan lawan ego lelaki
  9. Bersikap professional
    
     CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
  1. Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu dalam bidang diceburi
  2. Motivasi dan desakan diri untuk lakukan terbaik mungkin
  3. Bersikap tegas
  4. Praktikal dan berfikiran terbuka
  5. Jujur dengan diri sendiri dan dalam pengurusan masa
  6. Bangga dan memandang tinggi apa yang dibuat
  7. Mahir berkomunikasi
      
     Berjaya dari segi keagamaan
  1. Menjaga kesopanan
-          Pergaulan
-          Cara berpakaian
-          Cara bercakap
  1. Adil dan bersungguh-sungguh
  2. Pohon kekuatan dan keredhaan dariAllah
     
     CABARAN
  1. Bank kurang berkeyakinan terhadap kemampuannya untuk memberi pinjaman
  2. Persaingan yang hebat
  3. Tiada ilmu pengetahuan dan kemahiran
  4. Detik indah perlu dikorbankan

Sunday, 18 September 2011

Angkara Simbahan Asid

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Foto
AMENEH Bahrami hilang penglihatan dan wajahnya cacat akibat serangan asid yang dilemparkan rakan sekelas di universitinya di Teheran, Iran kira-kira tujuh tahun lalu, hanya disebabkan enggan menerima cinta lelaki berkenaan

Berhati-hatilah menjalin hubungan. Kejadian simbah asid di Malaysia kini semakin meningkat. Majoriti kes simbah asid angkara cinta, kerjaya dan pertikaian jiran. Ditakuti juga simbahan asid secara rambang di perjalanan....perlukah kita melindungi wajah kita dengan topeng? Itu persoalannya....

Serangan asid ditakrifkan sebagai adalah satu bentuk serangan ganas dengan yang pesalah membuang asid ke tubuh seseorang “dengan niat mencederakan atau mencacatkan akibat rasa iri hati atau dendam.” Serangan bahan kimia murah ini juga sering dikaitkan dengan kes jenayah asmara dan keganasan rumah tangga. 

Asid adalah suatu senjata yang mudah diperoleh dan murah dan biasanya boleh dibeli pada harga kurang $1 dolar (RM3.20) seliter dan sering digunakan untuk kerja pembersihan di rumah atau mencuci pakaian di kawasan luar bandar. Pesalah serangan ini biasanya membuang asid pada muka mangsa dengan niat mencacatkan wajah meninggalkan parut kekal dan menyebabkan mangsa buta.

Sunday, 11 September 2011

Perangkap Cinta Wanita

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Setiap insan inginkan kebahagian di dunia hingga ke akhir hayat dan mengharapkan jua kebahagian hingga ke akhirat kelak. Salah satu cara untuk mencapai kebahagian itu ialah melalui sebuah perkahwinan. Dari zaman kanak-kanak lagi sesetengah orang sudak berangan-angan tentang perkahwinan. Mengapa saya katakan begitu ialah kerana semasa zaman kanan-kanak ada di antara permainan mereka ialah main pondok-pondok mengadakan lakonan meminang dan bersanding. Selepas itu melakonkan watak ibu, bapa dan anak-anak.

Berapa ramaikah yang dapat mencapai impian perkahwinan pada “right time, right place and with the right person”. Bagi wanita tentulah bila sahaja meningkat remaja dan umur terus meningkat, saudara mara, kenalan rapat akan menerjahkan soalan-soalan yang sudah tentunya mengugat perasaan dan pemikiran. Bila hendak berkahwin ataupun hendak makan nasi minyak? Dah ada boyfriend ke belum? Kenapa nak tunggu lama-lama?

Ada yang menyerahkan soal jodoh kepada suratan takdir. “Kalau ada jodoh adalah, kalau tidak ada nak buat macam mana. Hidup dan mati, jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah, manusia hanya merancang Tuhan yang akan menentukan”. Tidak kurang juga ada yang berusaha keras untuk mencari jodoh walau dengan apa cara sekali pun biar pun desakan seakan menghalalkan cara. Itulah yang saya ingin utarakan isue ini yang saya panggil “perangkap cinta”.

Melalui pengamatan, penceritaan dan pengalaman seseorang saya dapati ramai yang sangup pasang perangkap cinta demi memenuhi impian sebuah perkahwinan dengan pasangan yang diidamkan. Pasangan yang terperangkap pula tidak menyedari tipu helah pasangan oleh kerana kekurangan ilmu pengatahuan.

Ada di antaranya sanggup berpura-pura hendak membunuh diri gara-gara pasangannya seolah-olah sengaja melewatkan menghantar rombongan meminang. Cubaan membunuh diri ini bermacam-macam cara di antaranya ialah hendak terjun ke dalam telaga, berlari ketengah jalan supaya di langgar kenderaan, makan panadol atau ubat tidor dalam kuantiti yang banyak, terjun dari bangunan tinggi, terjun ke dalam laut dan macam-macam lagi perkara aneh yang tidak masuk akal dan menjadi bahan lucu pula untuk di bincangkan di meja makan. Mengapa tidak, tektik tersebut bukanlah bertujuan untuk membunuh diri tetapi dilakukan adalah sekadar untuk menarik simpati pasangan untuk menyegerakan peminangan dan perkahwinan.

Andai bernasib baik, pasangan pula jenis simpati dan lembut hati maka usaha-usaha tersebut akan beroleh kejayaan. Bagaimana pula andaikata usaha tersebut tidak berjaya malahan cubaan membunuh diri tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Mati tidak, tubuh sendiri jadi sangsara mendapat kecederaan dan menjadi bualan lucu pula oleh saudara mara, sahabat handai dan masyarakat. Impian tidak dapat dicapai, kekecewaan terus menghantui diri dan berlaku kemurungan dan tekanan perasaan yang tidak berpenghujung. Kecuali lah kembali kejalan kebenaran dan merubah kehidupan dan pemikiran yang lebih positif.

Ada juga yang memerangkap cinta dengan cara sanggup mengadai maruah dan harga diri kononnya demi untuk membuktikan cinta. Pepatah kata orang tua-tua “jangan bermain api nanti terbakar diri” itulah padahnya apabila tersalah pilih jalan dan silap perkiraan. Pasangan yang lembut hati kemungkinan ada yang bersimpati, merasa kasihan dan bertanggupjawap sanggup menikahi kononya bertanggungjawap dan ingin menebus kekesalan, kesalahan dan dosa. Bagaimana pula andai pasangannya enggan bertanggungjawab dengan alasan, “tidak akan menikahi wanita murahan, tidak ada maruah dan harga diri, mungkin sudah bekas-bekas orang lain, tidak layak menjadi calon isteri dan berbagai-bagai alasan lagi yang memang ada logiknya. “Kalau hendak seribu daya, dah dapat tidak mahu bertanggungjawab malahan berbagai-bagai alasan pula yang diberikan”.

Di zaman moden, zaman sains dan teknologi sepatutnya orang tidak lagi mempercayai kaedah tahayul dan syirik seperti sihir, ubat guna-guna, susuk dan seumpanya tetapi semakin moden semakin menjadi-jadi kaedah penggunaannya untuk perangkap cinta. Tidak terkecuali juga yang menggunakan ayat-ayat suci Al-Quraan sebagi jampi serapah. Sesetengahnya mengena kemungkinan pasangannya adalah yang memang jenis lemah semangat. Bagaimana pula sekiranya tidak menjadi dan tidak mengena. Duit habis ribuan ringgit, masa dan usaha terbuang dan sia-sia. Alasan bomoh, belum menjadi, tidak serasi dan bomoh boleh pula buat tuduhan pasangan yang diidamkan ada membela hanturaya, jin dan kemungkinan saka.

Begitu sukar sekali bagi pihak wanita yang memilih jalan singkat untuk mengharapkan pasangan meminang dan seterusnya melangsungkan pernikahan dan perkahwinan. Ini adalah kerana zaman moden ini hanya segelintir sahaja anak gadis dijodohkan melalui urusan yang di padankan oleh keluarga. Selebihnya mencari pasangan sendiri. Pihak wanita bukan boleh dan senang hendak memilih-milih seperti memilih antah di dalam beras kerana yang memilih dan meminang adalah dipihak lelaki. Itulah di antara perangkap cinta wanita tujuannya adalah hanya satu iaitu untuk menjalin ikatan hingga bersanding di atas pelamin.

Ada sesetengahnya perkahwinan melalui peroses terperangkap dalam cinta, ada yang memerangkap pasangannya. Sudah tentu di sebalah pihak tidak berpuas hati dengan ini boleh mengundang salah faham, pertengkaran, bahan ungkitan dan rentetan perisiwa demi peristiwa akhirnya berlaku pembubaran perkahwinan kerana kedua belah pihak merasakan tidak ada kebahagian.

Nasihat saya jauhi lah tipu helah semasa bercinta, bersikap jujur dengan pasangan, kalau cinta katakana cinta. Kalau tidak cinta beranilah mengatakan tidak. Janganlah berpura-pura semasa bercinta kerana lakonan semasa berumahtangga tidak sama dengan lakonan semasa bercinta. Tembelang perangai diri akan terserlah berperingkat-peringkat dalam masa satu minggu, tiga bulan, satu tahun, 3 tahun, 5 tahun sehingga berapa lamakah pasangan anda sanggup bertahan……..

Bagaimana pula perangkap cinta lelaki?

Akan saya utarakan di lain masa. Walau bagaimana pun tulisan ini tidak ada kena mengena dengan individu tertentu sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah mati. Hanyalah sekadar membincangkan isue-isue semasa “banyak udang banyak garamnya, ramai orang macam-macam ragamnya. Jadikan iktibar, yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Thursday, 25 August 2011

Anda ada masaalah?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf Jumpa lah kaunselor jika ada masaalah peribadi. Bukankah mereka ini sudah dilatih untuk menyelesaikan perkara-perkara begini...Tenteramkan lah jiwa anda..Kalau masalah duit....entahlah..pergi bank lah kut....ha3...

Terasa masa terlalu cepat berlalu....

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
 Jadi jimatkan masa!

Membuka television hanya perlu sedikit tenaga tetapi untuk menutupnya adalah suatu cabaran.Tonton rancangan yang perlu sahaja seperti berita. kalau menonton dalam keadaan berdiri...bila letih tutup tv...baru ya! sebab tak pandai disiplinkan diri. Susah-susah jual je tv tu...duitnya simpan dalam amanah saham..ha3. Menonton tv membazir masa je...sampai nak mati pun cerita tak habis-habis.

Menafaatkan masa menunggu. Contohnya masa menunggu sebelum perbarisan, masamenunggu hendak membeli makanan, masa menunggu panggilan giliran, menunggu bas,menunggu kawan ..eh3 macam-macam lagi menunggu. Gunakan masa ini untuk membaca buku imu pengetahuan atau pun nota untuk peperiksaan.

Hadkan penggunaan telefon. Hadkan masa pangilan telefon dan katakan je...ok lah...ada banyak kerja hendak dibuat. Tutup nada dering telefon jika tidak mahu digangu. Ataupun suruh kawan angkat dan ambil pesanan sahaja.Gunakan telefon untuk bercakap bukan bercakap-cakap.

Tutup pintu bilik! Gantung Jangan ganggu. Bincang dengan tetamu di muka pintu sahaja. Kalau tetamu masuk dalam bilik, bercakap sambil berdiri sahaja dan sambil membuat kerja. Kalau tetamu tak faham...katakan ok lah....ada kerja nak buat contohnya basuh kain..mandi ke...

Bosannya...apalah nak dibuat...

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf Waktu sengang bermaksud ketika anda tidak mengusahakan kerja. Contohnya masa yang dihabiskan di rumah,masa bermain, masa menjalankan aktiviti sosial, keluarga atau rumahtangga lain yang tidak bergaji.

hakikatnya bertujuan mengisi lapang, sentiasa sibuk dan mengelakkan kebosanan.
Apakah aktiviti2 yang menyeronokkan anda?

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...