uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Showing posts with label Seni. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Pertandingan Canting Batik Minggu Aktiviti Jan-Jun 2013

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Percubaan pertama....sangat baik...ramai penyertaan.

Lain kali Kelab Canting Batik boleh buat pertandingan lagi. Bakat-bakat baru boleh diasah bagi menyertai Pertindangan Kemahiran Peringkat Kebangsaan.

Tahniah diucapkan.....

Cantingan yang tidak disiarkan ...minta maaf ya...miss

Yang tersiar..boleh claim..untuk letakkan nama..

Tuesday, 9 October 2012

"Al Fatihah" Kufi Square, The Mother Of All Painting

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Design Conference + Exhibition
Tarikh: 24-25 September 2012
Tempat: Kuala Lumpur Convention   Centre Malaysia
Kufi Rhapsody: Shukur Yahya

الفاتحة

1:1 بسم الله الرحمن الرحيم
1:2  الحمد لله رب العالمين 
1:3 الرحمن الرحيم 
1:4 مالك يوم الدين  
1:5 إياك نعبد وإياك نستعين 
1:6 اهدنا الصراط المستقيم 
1:7 صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين 

Tuesday, 2 October 2012

Mari Belajar Menganyam Ketupat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tiap-tiap tahun tengok emak menganyam ketupat bila hendak raya. Satu hari saya ambil daun kelapa, pokoknya rendah sahaja masa itu dan daunnya pun tak lebar sangat.

Duduk di tangga batu rumah makcik di sebelah rumah sambil mencuba menganyam seorang diri. Berjam-jam lamanya sampai tak makan tengahari sebab ingin menganyam sampai berjaya. Akirnya berjaya juga.

Friday, 6 July 2012

Tok Su Tinggalkan Sejarah Senibina Budaya Melayu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Rumah Tok Su terletak di hadapan Wisma Darul Aman, Jalan Lumba Kuda, Alor Setar Kedah. Rumah ini berasal dari kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, 200 kilometer dari Alor Setar. Rumah ini telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2001 dan telah dipindahkan ke tapak ini.

Rumah Tok Su memberi gambaran bangunan traditional senibina warisan budaya Melayu. Rumah ini berkeluasan 1,7000 kaki persegi bertiang 34 batang tiang. Dianggarkan usia rumah ini sudah melebihi 100 tahun.

Thursday, 5 July 2012

Sehari Lawatan Ke Rumah Bersejarah Sekitar Alor Setar Kedah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Pelajar Senibina Semester 1 sessi Julai-Disember 2012

Thursday, 21 June 2012

Seni Patung "Lost World Of Tambun"

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tuesday, 19 June 2012

Batik Canting

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Teknik mencanting dan mewarna perlu dipelajari secara bersemuka dengan pengajar. Kemahiran mencanting dan mewarna juga boleh diperolehi dengan melakukan latihan. Semakin banyak kita berlatih semakin banyak perkara yang kita ketahui melalui pengalaman.

 http://Petuapaje.blogspot.com

Monday, 18 June 2012

Batik Ikat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ikat-ikat kain, lepas itu sapukan dye batik.

Batik Retak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sapukan lilin pada keseluruhan kain. Bila sudah kering, renyok-renyokkan. Sapukan dye batik.

Sunday, 17 June 2012

Batik Kesan Garam

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Warnakan  dye batik di atas kain. Kemudian taburkan garam. Buangkan garam setelah kering.

Garam yang telah digunakan boleh digunakan semula. Ia akan menghasilkan kesan yang lebih menarik apabila mengeluarkan warna dari garam tersebut dan bercampur pula dengan dye asas yang diwarnakan pada kain.

Friday, 8 June 2012

Sembang Menghias Rumah Idaman

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sembang-sembang menghias rumah idaman membuat kami tergelak sakit perut dan kecut perut pu ada. Mengapa tidaknya! Di antara berlakunya tidak keharmonian rumahtangga, berlaku perceraian dan suami beralih arah keluar rumah adalah kerana disebabkan keadaan rumah yang tidak harmoni, keadaan dalam rumah yang tidak cantik dan menenangkan hati suami. Ya ke?  Ya la...kalau sudah spesisnya, buatlah macam manapun, perangainya macam itulah juga. Sembang-sembang rumah in bukan apa, adalah kerana tidak lama lagi kita akan menyambut Perayaan Hari Raya AidilFitri.

Keharmonian sesuatu ruang dalam rumah bukan tertumpu kepada ruang tamu sahaja tetapi setiap ruang di dalam rumah tersebut. Kerana itu pemilihan konsep, warna, kekemasan serta perabot yang betul cukup membantu serta memberikan kesan pertama yang baik kepada tetamu yang datang dan penghuni rumah itu sendiri. Macam-macam konsep yang ada untuk diterapkan seperti Retro, Minimalis, Feng Shuie, Inggeris, Royal, Nusantara dan Macam-Macam Ada atau Rojak sahaja. Lepas itu kena lihat pula bentuk, saiz, corak, motif dan warna perabut dan bentuk perabut, adakah ia bersesuaian di antara satu dengan lain.

Sunday, 20 May 2012

Tembikar Sayong

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Dikenali juga sebagai Labu Sayong. Asalnya ia berfungsi sebagai tempat menyimpan air. Nama Sayong diambil bersempena nama Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia, tempat perusahaan tembikar tersebut.

Hari ini rekabentuk tembikar sayung telah dipelbagaikan kegunaanya seperti  kaki lampu, pasu hiasan, cenderahati dan lain-lain lagi.

Motif dan warna juga telah dipelbagaikan mengikut kegunaan supaya lebih menarik dan nampak lebih ekslusif.

Thursday, 17 May 2012

Bengkel Batik IKBN

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Pemidang batik

Terima kasih kepada Jojo dan Along kerana memberikan ilmu pengetahuan berkaitan dengan batik dan membenarkan saya mengambil gambar-gambar ini sebagai rujukan.

Saya harap suatu hari nanti akan dapat juga belajar rekabentuk dan mencanting batik dengan anda.

Semuga ilmu yang anda berikan mendapat keberkatan kepada semua pihak.

Thursday, 10 May 2012

Mari Belajar Mencanting Batik

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bahan untuk membuat batik
Mari kita belajar mencanting batik. Saya pun sebenarnya tidaklah pandai dan mahir mencorak dan mencanting. Namun ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang ada supaya anda boleh mempelajarinya serba sedikit jika berminat. Manalah tau...anda rupanya mempunyai bakat  dan daya kreativiti yang tinggi dalam membatik.

Di Malaysia batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin dan yang paling popular ialah Batik Canting.

Wednesday, 18 April 2012

Ukiran Kayu Melayu Tradisi Dipengaruhi Kesufian Motif Mematah Dan Menunduk

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Rumah zaman dahulu dihiasi dengan ukiran kayu pada pintu, tinkap, cucur atap, kisi-kisi, tiang dan sebagai hiasan-hiasan lain.

Ukiran kayu tersebut boleh bertahan lama hingga beratus tahun kerana menggunakan kayu keras seperti kayu cengal, merbau, kempas, bacang dan lain-lain.

Ukiran pula menggunakan motif flora dan fauna seperti daun, bunga, buah dan awan larat berlandaskan ajaran kesufian. 

Tuesday, 3 April 2012

Bakul Serawak Dari Bahan Bemban

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bakul ini buatan Negeri Sarawak. Tapi bukan saya beli di sana. Saya beli semasa pameran barangan krafttangan Serawak di Pejabat Kemas Pekan Pahang...mahal juga harganya...

Oleh kerana saya meminati barangan kraf tangan, beli juga biarpun mahal...Saya suka corak ethnik anyaman bakul tersebut dan bahannya pula dari bemban dan berkerangka buluh pada bahagian tapak dan atasnya.

Thursday, 29 March 2012

Bakul Mengkuang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Bakul ini saya beli dengan harga
RM 1.00 di Institut Kraf Negara Hutan Kampong Kedah. Masa itu ada jualan ..Dulu...Dah lama.

Saya memang minat dengan barangan kraftangan. Sekarang ini ada kanibal jualan barang kraf di Kuala Lumpur..Mengeletik nak pergi..

Masa zaman kanak-kanak pernaklah juga siap menganyam sebidang tikar mengkuang. Adalah selebar 1.5m x 1m, itu pun lengoh menyiapkannya...Duduk menganyam dengan dua belah tangan dan menggunakan kaki untuk menahan anyaman...

Sunday, 25 March 2012

Sempat Intai Galeri Batik Institut Kraf Negara Rawang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Institut Kraf Negara Rawang

Waktu rehat semasa menertai pertandingan Myskill sempat juga meninjau galeri batik...

Canteknya rekaan ...pelajar dan Tenaga Pengajar tersebut.

Ini membuatkan saya lebih teruja untuk membuat rekaan batik...

Kepada tuan ampunya rekaan...mengaku...

Nanti saya tanyakan juga kepada pengajar ...siapakah ampunya rekaan tersebut....

Friday, 23 March 2012

Pertanding Myskill Bidang Batik Peringkat Pra-Kelayakaan 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Mohd Nazry IKM

Sunday, 18 March 2012

Rona, Ton Dan Keamatan Warna

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Warna ialah nilai cahaya hasil pembalikan dari sesuatu objek atau permukaan. Warna dapat menunjukkan sesuatu bahan, bentuk, menjelaskan skala,  dapat mempengaruhi kadaran samada menegak atau melintang dan mengurangkan rasa bebanan.

Biru dan hijau menunjukkan perasaan lembut. Kuning menunjukkan kegirangan dan menarik perhatian oleh itu digunakan untuk memberi isyarat atau amaran.
Merah pula menunjukkan perasaan garang dan digunakan untuk tujuan memberi amaran.

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...