uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Petua Menyimpan Bahan Mentah Dalam Peti Ais

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ramai pengguna komen pasal menyimpan bahan mentah makanan di dalam peti ais akan menghilangkan rasa sebenar bahan tersebut terutamanya yang berunsurkan daging.

Kebiasaannya pada hujung minggu, ketua keluarga akan membeli keperluan bahan mentah untuk dimasak pada hari-hari bekerja. Oleh itu bahan mentah tersebut seperti daging dan ikan akan disimpan di dalam peti ais pada bahagian sejuk beku untuk keperluan 5 hari berikutnya.

Jika tidak kena caranya, bahan tersebut hanya boleh disimpan selama 2 hari sahaja. Jika lebih dari 2 hari, rasa makanan tersebut sudah jadi tidak sedap bila sudah siap dimasak. Ini adalah kerana sebahagian dari kelembapan dalam bahan makanan mentah tersebut telah kehilangan kandungan kelembapan semulajadinya. Jadi Bagaimana? Begini caranya.....

Bahan mentah berunsurkan daging dan ikan hendaklah dimasukkan di dalam bekas plastik. Kemudian masukkan air sehingga menutupi bahan tersebut. Biarkan ia membeku.Jadi ....Kandungan kelembapan pada bahan tersebut tidak hilang, hanya berkurangan adalah air membeku dalam bekas tersebut.

Anda boleh cuba...Saya pun, nelayan beri tahu.....

http://Petuapaje.blogspot.com

Friday, 21 September 2012

Jampi Biar Anjing Tidak Gigit

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sesiapa sahaja takutkan anjing. Takut kena gigit, bahkan bukan itu sahaja...kesan gigitannya kena samak. Ada juga anjing yang sampai membunuh manusia. Kanak-kanak sekolah dan bahkan anak murid saya yang sudah remaja pun selalu kata takut nak lalu di jalan atau di lorong tertentu kerana ada anjing. Saya dah pun ajarkan ayat ini, rasanya mereka akan lupa kerana tidak dicatitkan. Masa zaman-zaman dahulu, kalau orang tua-tua ajarkan sesuatu ilmu, bukan mereka catitkan. Salah satu sebabnya ialah kemungkinan mereka adalah terdiri dari kalangan tidak pandai menulis.

Penerima ilmu pun ada masalah juga kerana pada saat orang tua-tua mengajarkan sesuatu ilmu, tiada pensil dan kertas untuk mencatit. Orang tua-tua dahulu pun, kalau dia ajarkan, sekali sahaja, kalau dapat, dapat lah, kalau tak dapat maknanya memang tidak layak mewarisi ilmu-ilmu tersebut.

Monday, 16 July 2012

Petua Pastikan Cendawan Tidak Beracun

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Beberapa minit lalu, kawan saya En. Mustafa Sharip, dalam facebook, memberikan petua orang tua dahulu untuk mempastikan samada cendawan tersebut beracun atau pun tidak. Saya dengan dia berencik bukan apa..Semasa saya pelajar di Institusi IKM Tasya dahulu, saya masa itu pelajar tetapi masa itu dia adalah Pengajar. 

Katanya "cendawa beracun apabila dipatahkan, ia reput atau pecah sehingga bahagian luarnya. Cendawan yang boleh dimakan atau cendawan yang tidak beracun pula biasanya liat dan tidak mudah pecah".

Terima kasih En. Mustafa kerana memberikan petua ini kepada saya dan boleh pula saya kongsikan di dalam blog saya ini.

Wednesday, 4 April 2012

Supaya Tidak Dimasuki Hantu Dan Syaitan Semasa Mengandung

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bila mangandung banyak pantang larangnya dan ikut sahaja petua yang dicadangkan oleh orang tua-tua. Kebetulan semasa mengandung terasa badan kita begitu lemah. Ibaratnya kalau orang angkat kita, letak dalam longkang pun kita tak melawan dan tidak upaya hendak melawan.

Saturday, 18 February 2012

Rama-Rama Masuk Ke Dalam Rumah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......


Orang tua-tua kata, kalau rama-rama masuk ke dalam rumah itu tandanya ada orang hendak datang berkunjung ke rumah..

Betul ke ? Mungkin juga ada benarnya. Kemungkinan secara kebetulan sahaja.

Cuba lah amati lain kali kalau ada rama-rama masuk ke dalam rumah. Betul tak ada orang hendak datang ke rumah...




Thursday, 12 January 2012

Redakan Hidung Tersumbat Selsema Anak Kecil

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Sekarang ini musim hujan dan panas silih berganti. Sesetengah negeri baharu sahaja pulih dari banjir. Wabak penyakit, demam dan selsema silih berganti. Bagi orang dewasa mungkin boleh bersabar menghadapi ujian. Tapi bagaimana pula kanak-kanak.

Monday, 9 January 2012

Putihkan Gigi Dengan Arang Dapur Kayu Getah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Orang dulu-dulu kata kalau nak putihkan gigi gosok dengan arang. Pada zaman saya kanak-kanak dahulu,  semua orang kampong guna dapur kayu. Kayu yang digunakan ialah batang getah dan sesetengahnya kadang-kadang ada juga menggunakan batang rambutan. Bila memasak menggunakan dapur kayu adalah juga saki-baki arang dapur tersebut yang masih belum habis terbakar menjadi abu. Jadi arang itulah yang digunakan untuk memutihkan gigi.

Wednesday, 4 January 2012

Tanam pokok Biar Lebat Berbuah Dan Manis Rasanya

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Ini lagi satu kegemaran saya yaitu bercucuk tanam pokok buah, pokok bunga dan sayur-sayuran. Pokok sayur dan pokok buah yang saya tanam hasilnya biasanya tak habis pun hendak makan. Jadi saya sedekahkan pada jiran-jiran dan kawan-kawan. Sesetengahnya tersedekah pada burung-burung dan seranga. Selalu orang akan memberi pujian buah yang saya tanam tersebut berbuah lebat dan manis. Orang kata "sejuk tangan" Anda hendak tahu apa petuanya? Baca seterusnya......

Tuesday, 3 January 2012

Kuatkan Gigi Cara Orang Zaman Dahulu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Tidak sakit, tidak rosak dan tidak berlubang pun gigi, tau-tau goyang. Salah satu faktor gigi cepat bergoyang dan tanggal adalah kerana kekurangan kelsium tetapi mengikut orang tua-tua zaman dahulu. Gigi juga boleh dikuatkan dengan cara melakukan senaman gigi. Bagaimana senaman gigi tersebut? He he he...baca seterusnya.

Thursday, 22 December 2011

Petua Orang Dahulu Hilangkan Bau Badan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Badan berbau sudah tentu mendatangkan masaalah kepada ampunya diri malahan kepada teman-teman yang berada disekeliling. Bak kata orang...kalau ada bau ni...sah dia ada dalam kawasan ini. Ini menandakan bau busuk badan sesaorang itu boleh menyerbak dalam sesuatu kawasan.

Masalah ini perlu diatasi sejak bermula dari bayi lagi. Syaratnya ibu bayi tersebut hendaklah rajin. Bila bayi berak, ibu akan membuang najis dan membasuh bayi ditandas. Pantang bila membasuh punggung bayi, terus memandikan bayi tersebut. Ibu yang malas, bila basuh punggung bayi terus memandikannya. Ini memnyebabkan badan anak jadi berbau bila dewasa.

Friday, 11 November 2011

Petua Kempiskan Perut

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf




Amalkan senaman Rengkuk Tubi Separa....Saya sudah lama mengamalkan senaman ini....

Masa hendak tidur...buat 10 kali...Masa hendak bangun dari tidur...buat 10 kali...ada kelapangan buat 10 kali....

Kalau dah amalkan bertahun-tahun...tak kan tak kempis-kempis kot...

Kalau dah kempis tentu boleh pakai kebaya macam saya....he he he...

Jangan tidak amalkan....bye....






















Thursday, 10 November 2011

Hilangkan Bau Petai

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum....


Kadang-kadang kita tidak berselera hendak makan nasi walaupun sudah ada lauk sayur, ikan, daging, sambal dan lain-lain lagi.


Apa kata jika kita sediakan ulam petai. Makan nasi berulamkan petai, cicah budu apatah lagi ditambah dengan tempoyak memang menyelerakan. Ramai yang enggan berulamkan petai memikirkan kesan baunya dari memikirkan khasiatnya.


Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...