uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, 21 August 2022

Islam

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


Islam dan Asasnya yang lima:
Sebagaimana yang telah diterangkan bahawa salah satu dan pengertian "Islam" itu ialah hukum-hukum dan keterangan-keterangan yang dibawa oleh NabiMuhammad s.a.w.  dan Allah `Azza wa Jalla.
Hukum-hukum dan peraturan yang tersebut, yang terdiri dari suruh dan tegah,  meliputi segala bidang hidup umat manusia.
Islam yang demikian sifatnya, berasaskan lima perkara - sebagaimana yang diterangkan oleh Baginda dalam hadis mi.
Dari lima asas inilah terbit dan kembali kepadanya segala hukum dalam setiap keadaan umat manusia - dalam alam kehidupan ini.
Asas-asas Islam yang lima itu ialah:
Pertama - Mengakui kebenaran tiap-tiap perkara yang benar dan melafazkan "Kalimah At-Taqwa":
Di antara syarat-syarat bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialah menghormati kebenaran setiap perkara yang benar,  denganjalan mengakui dan mengamalkannya. Ini dengan sendirinya mewajibkan menolakkesalahan tiap-tiap perkara yang salah.
Oleh kerana sebenar-benar perkara yang benar ialah keesaan Allah TaalaTuhan yang wajib Al-Wujud dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., maka mengucap dua kalimah syahadat: 
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
- Yang ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan kebenaran,  bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah" adalah menjadi asas atau "Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam.
Tiap-tiap orang Islam dituntut melafazkan "Kalimah Al-Taqwa" dalam kehidupan sehari-hari.
"Kalimah Al-Taqwa" itu ialah tiap-tiap tutur kata yang memelihara danmenyelamatkan seseorang dan tiap-tiap perkara yang membahayakannya serta mendatangkan manfaat dan kebahagiaan, sama ada di dunia mahu pun di akhirat dan semulia-mulia "Kalimah At-Taqwa" itu ialah:
لا إِلَهَ إِلا الله مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله

Kedua - Menggunakan segala anggota berusaha dan mengerjakan dengan cara yang teratur akan amal-amal bakti sama ada yang diwajibkan atau yang digalakkan untuk diri dan masyarakat, bagi mengenang budi dan mensyukuri nikmat-nikmat,  dengan harapan mencapai kebaikan dan menjauhkan perkara-perkara yang merosakkan, serta dengan sepenuh-penuh kesedaran mengingati Allah dan berdoa kepadaNva memohon taufik dan hidayah-Nya ke jalan yang diredhai-Nya.
Semuanya itu terdapat dalam "Sembahyang", dan dengan ini nyatalah hikmatnya sembahyang itu menjadi asas atau "Rukun Islam" yang kedua, dan dengan ini juga nyatalah tepatnya sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya: "Sembahyang itutiang agama,  sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama."
(Untuk penjelasan yang lebih lanjut mengenai sembahyang, lihatlah lampiran "B", pada akhir bab ini).
Ketiga - Berkorban dengan Harta Benda:
Harta benda adalah merupakan asas bagi segala urusan hidup dalam dunia ini.  Oleh itu maka sebahagian besar dan daya usaha manusia dicurahkan untuk mencari dan memiliki harta benda dan kekayaan.  Tetapi bukan semuanya berhasil mencapai kesenangan dan kemewahan itu dengan sepenuhnya, bahkan bukansedikit - dari setiap bangsa di dunia ini - yang hidup miskin dan menderita.
Dengan yang demikian, maka membelanjakan harta benda untuk menolong orang-orang yang fakir miskin dan yang memerlukan bantuan, dan juga untuk kebajikan Islam - sebagaimana yang terdapat dalam amalan "Zakat" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman makmur
Oleh itu, maka nyatalah hikmatnya kewajipan mengeluarkan zakat itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".
Keempat - Membendung kemahuan hawa nafsu: 
Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sesebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan hawa nafsu yang buas liar danmelampaui batas,  sehingga ada yang melupai kehormatan din dan rumahtangga,mencuaikan tugas dan kewajipan,  mengkhianati amanah dan berbagai-bagai perkara jenayah lagi.
Oleh itu, maka kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melarih diri mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin - sebagaimana yang terdapat dalam amalan "Puasa" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa. 
Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".
Kelima - Menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan:
Manusia tidak seharusnya memencilkan atau mengasingkan dirinya dari sebarang perhubungan dengan sesama manusia.
Banyak perkara yang bersangkut paut dengan hidupnya, dengan agamanya, dengan pentadbiran negara dan masyarakatnya tak dapat diselesaikan melainkan dengan jalan perjumpaan dan perundingan, lebih-lebih lagi melalui persidangan antarabangsa.
Oleh itu, bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, maka menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan sekadar yang mampu, bagi melahirkan sikap memperhambakan diri kepada Allah `Azza wa Jalla, danbersyukur akan nikmat-nikmatNya, serta melaksanakan dasar bersatu padu dan bersefahaman antara sesama umat Islam dan juga untuk mendapat berbagai-bagaifaedah dan manfaat dari segi rohani, akhlak,  kemasyarakatan dan ekonomi - sebagaimana yang terdapat dalam "Ibadat Haji" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman damai dan bahagia.
Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat haji itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".
Iman dan Asasnya yang enam:
Sebagaimana yang diketahui bahawa Islam yang diterangkan dalam hadis ini bererti: "Mematuhi apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w maka sudah tentu Islam yang bererti: "Kepatuhan yang sebenar-benarnya tidak akan wujud dengan ketiadaan iman atau kepercayaan yang tertentu, kerana: Islam itu adalah ibarat "Pokok", manakala iman pula adalah ibarat !`Benih"; Dan bahawa sebarang gerak-geri yang disengajakan oleh manusia adalah timbulnya dan sesuatu kepercayaan yang tertentu.
Dengan yang demikian, maka salah satu di antara rukun-rukun agama ialah iman atau kepercayaan,  yang berasaskan enam perkara.
Wujudnya Allah Pencipta Seluruh Alam: 
Sebagaimana yang sedia maklum, manusia yang waras akal fikirannya memang sedar bahawa wujudnya adalah diciptakan oleh Allah Maha Pencipta dan sebagaimana Ia sedar bahawa segala keadaan dan perjalanan dirinya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Maha Pencipta itu, ia juga sedar bahawa dirinya tersusun dan jisim dan roh. 
Undang-undang dan peraturan yang disedarinya menguasai keadaan dan perjalanan dirinya itu hanyalah untuk keselamatan jisimnya apabila ia mematuhinya dengan sempurna,  maka sudah tentu bagi rohnya pula wajiblah ia mematuhi dengan sempurna akan undang-undang dan peraturan yang dikhaskan oleh Maha Pencipta untuk keselamatan roh. 
Dengan yang demikian, ia sudah tentu mempercayai adanya Maha Pencipta - iaitu Allah Taala - yang menciptakan diri manusia dan menciptakan undang-undang serta peraturan jasmani dan rohaninya
Adanya Malaikat:
Undang-undang dan ilmu-ilmu jasmani boleh dicari dan dikaji oleh manusia,  tetapi undang-undang dan peraturan rohani iaitu "Hukum-hukum Syarak" tidak akan dapat diketahui melainkan dengan jalan diterima dari Allah Taala dengan perantaraan Malaikat Wahyu,  kerana menurut keadaan semula jadinya, manusia tidak dapat menerima hukum secara langsung dari Allah S.W.T. kecuali Rasul-rasul pilihan,  itupun pada keadaan yang tertentu.
Adanya Kitab-kitab Allah: 
Hukum-hukum dan peraturan yang disampaikan oleh Malaikat Wahyu itu ditulis sebagai sebuah kitab untuk dibaca dan dipelajari serta diamalkan oleh umat manusia.
Adanya Rasul-rasul Allah: 
Sememang maklum bahawa undang-undang dan peraturan-peraturan itu tidak dapat difahami sebagaimana yang semestinya oleh kebanyakan manusia,  maka Allah Taala yang Amat Bijaksana telah memilih orang yang diketahuiNya layak menjadi penyampai dan pensyarah yang menerangkan undang-undang itu satu persatu dan pensyarah itu ialah Rasul-rasulNya.
Adanya Alam Akhirat: 
Sesuatu undang-undang atau perlembagaan tidak akan ada nilainya kalaulah tidak dihormati dan dipatuhi.
Kebanyakan manusia tidak menghormati sesuatu undang-undang atau perlembagaan melainkan setelah mengetahui balasan baik bagi orang yang menghormati dan mematuhinya dan balasan buruk bagi orang yang mencabuli dan mencuaikannya.
Oleh sebab hidup manusia dalam alam dunia ini adalah untuk sementarawaktu sahaja maka balasan yang sepenuh-penuh kesempurnaannya dan seadil-adil keadaannya tentulah tidak difikir layak diberikan seseorang menerimanya dalam alam sementara ini, bahkan bagi melayakkan yang tersebut, diakui benar adanya satu alam yang berpanjangan lagi kekal iaitulah "Alam Akhirat" - Alam yang bermula dan masa berakhir hidup manusia dalam alam dunia ini. 
Tambahan pula manusia dijadikan Allah tersusun dari jisim dan roh yang tidak akan habis atau binasa dengan berakhirnya alam dunia ini sekalipun jisimnya menjadi debu atau abu, bahkan roh itu tetap wujudnya berpindah dari satu keadaan ke satu keadaan hingga bercantum dengan tubuhnya yang dibangkitkan hidup semula untuk masa yang kekal itu.
Adanya Qadar dan Taqdir Allah:
Dari huraian-huraian yang tersebut, nyatalah bahawa Allah S.W.T. ialah pencipta seluruh alam meliputi manusia dan makhluk-makhluk yang lain dan Dialah yang menyusun, mengatur dan menentukan hukum-hukum, undang-undang dan peraturan,  bagi segala keadaan makhluk seluruhnya, sama adayang baik atau yang buruk. 
Maka susunan dan penentuan ada nya dan berlakunya baik dan buruk itu ialah "Qadar Taqdir" tuhan yang azali,  yang menjadi "Rukun Iman" yang akhir.





 http://Petuapaje.blogspot.com

Sunday, 14 August 2022

Mohon Ampun Dari Dosa-Dosa

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

أسْتَغْفِرُ اللهَ رَبي مِنْ كُلِ ذَنبٍ وَأتُوبُ إلَيهِ

“Aku memohon ampunan kepada Tuhanku, dari dosa-dosa, dan aku bertaubat kepada-Mu”


 http://Petuapaje.blogspot.com



Wednesday, 10 August 2022

Bismillaahi Tawakal

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia....... http://Petuapaje.blogspot.com


بِسْمِ اللَّهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Bismillaahi tawakkaltu 'alallaah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Artinya: "Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." (HR.Abu Daud no. 5094 dan Tirmidzi no. 3426)

Tuesday, 9 August 2022

Penyempurnaan Kejadian Manusia Dan Fitrah KetetapanNya

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

22:5 يا أيها الناس إن كنتم في ريب من البعث فإنا خلقناكم من تراب ثم من نطفة ثم من علقة ثم من مضغة مخلقة وغير مخلقة لنبين لكم ونقر في الأرحام ما نشاء إلى أجل مسمى ثم نخرجكم طفلا ثم لتبلغوا أشدكم ومنكم من يتوفى ومنكم من يرد إلى أرذل العمر لكيلا يعلم من بعد علم شيئا

Al-Hajj

22:5 Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya.


23:12 ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين
23:13 ثم جعلناه نطفة في قرار مكين
23:14 ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاما فكسونا العظام لحما ثم أنشأناه خلقا آخر فتبارك الله أحسن الخالقين

23:12 Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
23:13 Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
23:14 Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.


32:7 الذي أحسن كل شيء خلقه وبدأ خلق الإنسان من طين



32:7 Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah.


32:8 ثم جعل نسله من سلالة من ماء مهين

32:8 Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina.


32:9 ثم سواه ونفخ فيه من روحه وجعل لكم السمع والأبصار والأفئدة قليلا ما تشكرون

32:9 Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.

76:1 بسم الله الرحمن الرحيم هل أتى على الإنسان حين من الدهر لم يكن شيئا مذكورا
76:1 Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

76:2 إنا خلقنا الإنسان من نطفة أمشاج نبتليه فجعلناه سميعا بصيرا


76:2 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.












http://Petuapaje.blogspot.com

Thursday, 12 June 2014

Ancaman Akidah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bermohonlah kepada Allah subhanahu wa taala untuk berlindung dari keburukkan diri, amalan buruk diri sendiri dan supaya Allah sentiasa tunjukkan jalan lurus, benar dan diredhai.

Diharapkan ilmu yang benar dan betul dapat menjadi benteng untuk menilai terjahan dari ancaman akidah. Jika kita menuntut ilmu secara formal atau pun tidak, maka perhatikan dan siasatlah dahulu samada ajaran terebut benar-benar disyariatkan oleh ahli Sunnah waljamaah berlandaskan Al-quran, hadith dan sunnah Nabi Muhamad S.A.W

Friday, 4 April 2014

Pengertian "ibadah" itu akan dianggap benar jika....

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

"Ibadah" adalah merupakan semua hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah s.w.t baik yang berupa amal perbuatan atau perkataan, yang zahir atau pun yang batin.

Melakukan ibadah kepada Allah s.w.t dan meminta pertolongan kepadanya adalah dua penghantar ke jalan kebahagian dan keselamatan dari semua kejahatan.

Perbuatan dan perkataan itu disebut sebagai ibadah jika ia benar-benar bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w dan yang dimaksudkan hanya untuk memperoleh keredahaan Allah s.w.t.

Dengan dua perkara tersebut, maka sesebuah ibadah itu akan dianggap benar.

http://Petuapaje.blogspot.com

Friday, 14 February 2014

Tujuan Manusia Dijadikan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

33:72 إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا
33:72 Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,

 51:56 وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
 51:56 Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

 2:30 وإذ قال ربك للملائكة إني جاعل في الأرض خليفة قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك قال إني أعلم ما لا تعلمون
 2:30 Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

6:165 وهو الذي جعلكم خلائف الأرض ورفع بعضكم فوق بعض درجات ليبلوكم في ما آتاكم إن ربك سريع العقاب وإنه لغفور رحيم
6:165 Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 3:110 Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

http://Petuapaje.blogspot.com

Tuesday, 17 December 2013

Pengertian Islam

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Menurut Hadith Jibril  'alayhis-salam menerangkan: Dimana ketika Jibril datang bertemu Nabi berupa seorang A'rabi dan bertanya kepada baginda supaya dapat didengari oleh orang-orang yang hadir dan mereka dapat mempelajari urusan agama.

Dalam hadith ini disebutkan:
Maka beritahulah kepadaku tentang Islam? Jawab Rasulullah SAW: " Islam itu ialah engkau bersaksi bahawa tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke baytulLah jika berupaya".

"Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam adalah  melafazkan "Kalimah Al-Taqwa":
 أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
Ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan kebenaran, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah"

Friday, 29 November 2013

Mencari Keredhaan Mu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia....... http://Petuapaje.blogspot.com


Mari kita perbaiki akidah dengan menggunakan dalil  Al Quran, hadith dan hujah akal supaya kia menjadi insan yang sempurna dan tidak berlaku kesesatan.

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Muhyii,  Ya Mumiitu.
Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Menghidupkan, Yang Maha Mematikan.

Berilah daku kasih sayangMu, berilah daku peluang untuk hidup untuk mencari keredaanMu, matikan lah aku setelah aku benar-benar Muslim yang sebenar.

Firman Allah Al-Baqarah ayat 208. "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Ayat di atas ditujukan kepada orang Islam dan lagi:

Al-Ahzab ayat 72 . "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat (rahsia dirinya) kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh".

Kita manusia itu memang dijadikan Allah swt itu adalah zalim dan bodoh.Hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt itu kita menjadi baik dan cerdik dengan cara menuntut ilmu dan ikhtiar. Dengan cara menuntut ilmu lah baharu kita boleh mengenal diri sendiri dan mengenal Allah swt.

Sabda Rasulullah saw. "Bahawa awal-awal hidup (ugama) itu adalah mengenal Allah".

Firman Allah Dalam Hadis:"Barang siapa yang mengenal dirinya, maka kenal lah Tuhannya".

Friday, 27 September 2013

Keajaiban Air Anugerah Allah, Jangan Membazir dan Merosakkannya!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Molekul air Zamzam
Semasa zaman kanak-kanak, bila demam, kita akan ke rumah orang alim-alim minta air penawar untuk dibacakan doa-doa dan sudah tentunya ayat-ayat Al-Quran. Kita juga selalu membacakan ayat Al-Quran, Yaseen kepada air untuk diminum. Semalam saya berada di MRSM Merbuk, Program Mohon Restu kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR. Salah satu ajendanya ialah solat hajat, membacakan air dengan ayat Al-Quran dan doa-doa.

Sebelum ini saya ada mendengar ceramah "Program Ihya' Ramadhan" dari motivator berkaitan dengan keajaiban air. Maka dalam perjalanan pulang terfikir-fikir untuk mencari maklumat tersebut.

Al-Anbiyaa:30 "Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup"

Friday, 26 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..Ihya Ramadhan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Kursus:               Ihya Ramadhan
Penceramah:       Ustaz Ahmad Fadzle bin Abd Aziz
Tarikh:                23-07-2013
Tempat:              ILKM

Sebahagian dari isikandungan ceramah....Adab-adab berdoa:
1.   Suara yang lembut
2.   Penuh yakin dan bersungguh-sungguh
3.   Pohon 3 kali
4.   Pohon dengan sabar dan solat
5.   Selawat ke atas Nabi pada mula dan akhir
6.   Puji pada Allah
7.   Mengadap Kiblat
8.   Angkat kedua belah tangan berdoa
9.   Beruduk sebelumnya
10. Sambil menangis
11. Merendahkan diri- puji Allah dan bersujud
12. Berdoa pada waktu-waktu mustajab

 http://Petuapaje.blogspot.com

Friday, 12 July 2013

Malam dan Siang....

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

2:164 Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

2:274 Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Friday, 12 April 2013

Menjelang PRU 13 - Insafi kuasa Allah: Berpadu Asas sejahtera: Bertaubat lah!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

 MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH SWT
 قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شيء قدير

3:26 Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Monday, 1 October 2012

Proffesion, Integriti dan Barakah Dalam Pekerjaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh: 25hb. September, 2012
Penceramah: Dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

Seseorang pekerja yang profesional adalah mempunyai tiga kualiti iaitu:
1. SQ Mereka akrab dengan Allah (keimanan dan  ketakwaan kepada Allah)
2. EQ Erat dengan manusia (Akhlak yang terpuji)
3. IQ Efektif serta efisien dalam pekerjaan (kebijaksanaan dan kecerdasan akal)



Tuesday, 31 July 2012

Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Tarikh:           30hb Julai, 2012
Masa:            9.00pagi
Tempat:         Anjung IKMAS
Penceramah:  Ustaz Aminuddin bin Abd Rahim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul-Aman)

Di antara ceramah beliau ialah menyarankan kita semua menjadikan bulan Ramadhan sebagai masa untuk membakar semangat  beramal ibadah dan mengandakan pahala. Pahala akan lebih digandakan lagi jika kita beramal di Madinah dan Mekah

Renungkan seketika dengan persoalan: Siapakah Pencipta kita? Untuk apa kita diciptakan? Kemanakah akhirnya kehidupan kita?

Thursday, 26 July 2012

Kerja Sebagai Ibadah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh: 25hb. Julai, 2012
Tempat: Anjung IKMAS
Masa: 9.00 pagi

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Samsudin, Penolong Pengarah cawangan Pengajian,
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dan beliau juga adalah merupakan Presiden BUKM-Badan Ugama Kebajikan MARA).

Pekerjaan adalah merupakan sebagai ibadat bagi umat Islam apabila mematuhi kehendak syarak. Pekerjaan itu pula dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat upah dan ganjaran pahala. Asas kepada setiap pekerjaan adalah dimulakan dengan niat.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan kepada-Ku" (51:56 Adh-Dhariyat)

Wednesday, 18 July 2012

Ceramah Penghayatan Ramadhan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh:     16hb. Julai 2012
Tempat:    Dewan IKMAS
Masa:       11.00 - 12.45 pagi

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Manzur bin Othman dari Makhtab Rendah Sains MARA Pendang. 

Harapan beliau kepada semua pendengar adalah semuga dipanjangkan doa supaya hayat kita sampai ke bulan Ramadhan setelah menempuhi bulan Rejab dan Sya'aban. Beliau mengalakkan kita berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'aban untuk melatih diri supaya apabila tiba bulan Ramadhan, tubuh badan kita sudah terlatih berpuasa dan mengerjakan amalan ibadah yang lain.

Wednesday, 18 January 2012

Gambar Almarhum Sultan Kedah Di Premis Perniagaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Mula-mula sampai ke Kedah, Malaysia...saya nampak, dikebanyakkan kedai ada mengantung gambar Almarhum Sultan Kedah ini. Bukan sahaja di kedai berbangsa Melayu sahaja, malahan juga di kedai milik bangsa Cina dan India.

Tergerak hati juga saya bertanya...kebanyakkan mereka kata...gantung gambar Almarhum ini akan mendapat keberkatan...Orang Cina kata dapat Ong! Keuntungan!

Bagi orang Islam...Tidak boleh percaya.

2:172 يا أيها الذين آمنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.

 http://Petuapaje.blogspot.com

Tuesday, 15 November 2011

Al-Quran, sains dan sahsiah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin pada tarikh 14 November 2011 (Isnin) bertempat di Anjung Institut Kemahiran MARA Alor Setar pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang bertajuk Quran, sains dan sahsiah, menarik perhatian seluruh warga organisasi tersebut.
"Boleh dikatakan semua orang boleh membaca Al-Quran malahan terdapat segelintirnya hafiz Al-Quran. Pada hakikatnya Al-Quran adalah merupakan teks dan terdapat konteksnya."


Sunday, 25 September 2011

Dialog Antara Agama

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Di dalam Al-Qur’an (Surah Ali-Imran;19) 


“sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...