Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Hidupan cendawan adalah di antara hidupan flora dan fauna lain yang menarik perhatian saya. Macam-macam jenis yang pernah saya temui.
Semasa zaman kanak-kanak, kehidupan saya sebahagian masa adalah berada di dalam kebun.
Masa itu emak saya perkenalkan cendawan susu harimau. Katanya cendawan ini berasal dari susu harimau. Ibu harimau akan tinggalkan susu untuk anaknya pada daun yang gugur. Susu harimau tersebut akan jadi cendawan bila tidak dijilat anak harimau tersebut.

