uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday, 17 January 2014

Madu Kelulut Dan Khasiatnya

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi
Madu kelulut mempunyai:
1.                   Antioksidan yang tinggi
2.                   Asid fenilpropanaoik
3.                   Asid protocatechuik dan
4.                   Asid 4-hidroksifenilasetik

Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011
Khasiat madu kelulut:
1.                   Meningkatkan metabolisme badan
2.                   Menambahkan tenaga batin
3.                   Menjaga kecantikan

4.                  Menurunkan paras glukos pesakit diabetes
5.                  Menguatkan wanita yang baru bersalin
6.                  Merawati kecederaan dalaman
7.                  Mencegah kanser
8.                   Mencegah gout”
9.                   Mencegah Diabetis mellitus (kencing manis)
10.                Mengelakkan Strok
11.                Mengubati Hepatitis (Hati)
12.               Antikanser
13.               Menurunkan Hipentensi (Darah Tinggi)
14.               Mengelakkan Batu Karang
15.              Antioksidan
16.              Mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal
17.              Mengurangkan stress aksidatif
18.              Mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina
19.       Menghindarkan penyakit lelah, batuk dan batuk kering
20.       Meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang                   melalui penyerapan kalsium.

Dalam Al-Quran, surah An-Nahl:68 firman Allah:
“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

Dalam Al-Quran, surah An-Nahl:69 firman Allah:
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”


http://Petuapaje.blogspot.com

Tuesday, 31 December 2013

Islam Agama Kasih, Sayang dan Perdamaian

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Hilangnya kasih sayang, maka banyaklah terjadi pertentangan, pertengkaran, pergaduhan, pengabaian dan peperangan. Gejala ini boleh menimbulkan kehilangan nyawa. Sifat kasih sayang merupakan kurnia Allah dan  adalah tanda keimanan terhadap Allah Yang Maha Berkuasa. Rasa kasih sayang bukan sahaja ditujukan kepada umat Islam bahkan ditujukan juga kepada semua makhluk dan segala ciptaan Allah yang ada dalam alam semesta ini. Firman Allah Subhanawata'ala:

 وابتغ فيما آتاك الله الدار الآخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد في الأرض إن الله لا يحب المفسدين 
Al-Qasas:28:77: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakkan.

Tuesday, 17 December 2013

Pengertian Islam

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Menurut Hadith Jibril  'alayhis-salam menerangkan: Dimana ketika Jibril datang bertemu Nabi berupa seorang A'rabi dan bertanya kepada baginda supaya dapat didengari oleh orang-orang yang hadir dan mereka dapat mempelajari urusan agama.

Dalam hadith ini disebutkan:
Maka beritahulah kepadaku tentang Islam? Jawab Rasulullah SAW: " Islam itu ialah engkau bersaksi bahawa tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke baytulLah jika berupaya".

"Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam adalah  melafazkan "Kalimah Al-Taqwa":
 أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
Ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan kebenaran, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah"

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...