Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
http://Petuapaje.blogspot.com
Mari kita perbaiki akidah dengan menggunakan dalil Al Quran, hadith dan hujah akal supaya kia
menjadi insan yang sempurna dan tidak berlaku kesesatan.
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Muhyii,
Ya Mumiitu.
Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Menghidupkan, Yang
Maha Mematikan.
Berilah daku kasih sayangMu, berilah daku peluang untuk hidup untuk
mencari keredaanMu, matikan lah aku setelah aku benar-benar Muslim yang
sebenar.
Firman Allah Al-Baqarah ayat 208. "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Ayat di
atas ditujukan kepada orang Islam dan lagi:
Al-Ahzab ayat 72 . "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat (rahsia dirinya) kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh".
Kita manusia itu memang dijadikan Allah swt itu adalah zalim dan bodoh.Hanya
dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt itu kita menjadi baik dan cerdik
dengan cara menuntut ilmu dan ikhtiar. Dengan cara menuntut ilmu lah baharu kita boleh
mengenal diri sendiri dan mengenal Allah swt.
Sabda Rasulullah saw. "Bahawa awal-awal hidup (ugama) itu adalah
mengenal Allah".
Firman
Allah Dalam Hadis:"Barang
siapa yang mengenal dirinya, maka kenal lah Tuhannya".
No comments:
Post a Comment