uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 8 April 2012

Karnival Sukan MARA Peringkat Negeri Kedah Tahun 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Berentap! Bola Jaring
Tempat: Instiut Kemahiran MARA Sik
Tarikh:   5 April hingga 7 April 2012

13 acara permainan telah dipertandingkan iaitu futsal, badminton, bola jaring, bola tampar, tenis, karom, dart, pimpong, sepak raga, bola tampar, bola sepak, petanque dan bowling.

Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang telah berjaya.  Diucapkan tahniah juga kepada atlet-atlet yang berjaya terpilih menyertai kanival Sukan Peringkat Kebangsaan nanti.



Jangan sedih....adat bermain, ada menang ada kalah 
Johan keseluruhan adalah disandang oleh tuan rumah sendiri iaitu IKM Sik.

Bendera kanival Sukan MARA Negeri Kedah akan datang yang akan diadakan pada tahun 2014 telah pun diserahkan kepada Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang Kedah.


Majlis penutup yang berlangsung pada jam 5 petang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu baru Amanah Rakyat. Majlis seterusnya diiringi dengan bacaan doa, ucapan Pengarah IKM Sik dan ucapan perasmian dan penutup oleh wakil Pengarah MARANegeri Kedah.
Bola Tampar


Majlis Perasmian Penutup
"Karnival sukan ini adalah bukan menguji kekuatan para atelik sukan tapi adalah yang penting mengadakan suaikenal dan integerasi". 

 Kanival sukan Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada bulan Jun 2012 di GMI (German Malaysia Institut, Bangi). 


Majlis seterusnya dengan ajenda penyampaian sijil penghargaan atlet-atlet, penyampaian hadiah dan piala pusingan dan diakhiri dengan jamuan makan.


Kepada sesiapa yang tidak menyertai Karnival Sukan ini rugi sebab seolah-olah kami pergi bercuti dengan package bersukan....Tempatnya indah, berbukit bukau dan udaranya segara. Dapat merasai suasana berkabus, hujan renyai-renyai berpelangi, mendung dan panas.



Sepak raga
Bola sepak
Petanque...
Bola siapa dekat dengan bola merah kecil itu...dia menang...

Peserta yang lambat 10minit dikira kalah...
 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...