uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 29 April 2012

Makanan Kumpulan Neurofilik Untuk Kecerdasan Otak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Penceramah bersemangat
Pada 28hb. April 2012,  anak ada program motivasi anjuran sekolah dengan kerja sama pengeluar pemakanan kesihatan untuk kecerdasan otak.

Dalam program tersebut, ada perjumpaan dengan ibu bapa sekali pada jam 4.30 petang. Hari tersebut saya juga bekerja kerana ganti cuti pelajar/pengajar. Sudah "punch card" saya terfikir  apa benda ya..macam tidak kena..macam ada rancangan  pergi kemana-mana tapi lupa. Alamak! Perjumpaan...



Paling best! Dapat makan free..doughnut, kek, bahulu, air koko dan air teh o
Saya pun bergegas ketempat tersebut. Bukan jauh sangat...5 minit sampai...Oh! Belum mula lagi. Pertemuan dengan ibu bapa hendak menceritakan pemakanan Psikoaktif untuk pelajar-pelajar supaya dapat cemerlang pencapaian 5A dalam peperiksaan UPSR (ujian penilaian sekolah rendah).

Kumpulan kelas makanan Neurofilik akan:
1.  Bertindak meningkatkan tenaga dan daya fikir
2. Merangsang pertumbuhan dan perkembangan saraf otak
3. Mencegah permasaalahan berkaitan minda dan emosi
4. Membina sahsiah diri yang baik
5. Menimbulkan kerajinan dan mengaktifkan kreativiti

Contoh-contoh makanan tersebut adalah:
1. Kismis, tamar dan madu lebah
2. Sayuran seperti lobak merah, daun saderi dan sayuran hijau
3. Buah-buahan limau, mangga, pisang dan betik
4. Kekacang seperti kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, kacang pis, kacang pistachio dan badam
5. Ikan, ayam, belalang, daging tanpa lemak dan telor
6. Koko dan makanan hasil koko seperti coklat
7. Beras warna coklat, roti mil penuh dan bijiran seperti barli, gandum, beras tumbuk dan jagung
8. Susu dan makanan hasil susu seperti keju
9. Gula semula jadi seperti gula merah dn gula melaka
10. Marjerin dan minyak sayuran seperti minyak kacang soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari
11. Ubi kentang dan ubi keledek
12. Minyak ikan dan makanan laut beriodin seperti kerang dan siput

Kelas makanan Neurotoksik pula akan bertindak merosakkan sel-sel otak, melemahkan daya ingatan dan meracuni emosi. Contoh makanan yang tergolong dalam kumpulan ini ialah:
1. Rokok, dadah dan ubat dadah
2. Kopi dan minuman berkafei seperti minuman perangsang
3. Asam, jeruk, buah pala, biji dan ulam pucuk gajus
4. Cuka, air berklorin, ais krim, biskut dan kek
5. Makan merapu seperti gula-gula, asam masin, keropok dan snek
6. Makanan alergi seperti sotong, udang, ketam dan belacan
7. Makanan masak berminyak
8. Garam, munasabah jika sederhana
9. Gula, bahaya jika berlebihan

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...