uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday, 30 November 2012

Tumbuhan Herba Kunyit

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bunga kunyit memang sedap buat ulam cecah sambal belacan, budu, cencaluk atau tempoyak.

Daun kunyit yang muda sedap buat kerabu kering. Udang kering, bawang merah dan lada puteh ditumbuk lumat-lumat, campurkan dengan kelapa parut dan goreng tampa minyak dalam kuali hingga kering. Masukkan daun kunyit dan sedikit daun kancur yang telah dihiris halus macam nak buat bunga rampai kedua-duanya ke dalam kuali tadi. Gaul-gaulkan supaya daun-daun tadi menjadi layu dan perahkan sedikit air limau nipis.. Siap untuk dihidangkan.
Biasanya daun kunyit juga dimasukkan ke dalam masakan seperti rendang, masak lemak cili padi dan masak air untuk memberi aroma dan perisa.

Umbi kunyit pula digunakan dalam masakan seperti masak lemak cili padi, masak asam pedas johor, mengoreng ikan, goreng pisang dan sebagai pewarna masakan.

kunyit juga dijadikan bahan campuran untuk membuat jamu traditional. Cerita mengenai cara membuat jamu, lain kali ya......

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...