uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 20 November 2012

Tumbuhan Herba Rumput Israel

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Jiran-jiran di kampung aku dahulu, rumput ini mereka panggil rumput Israel kerana ia cepat merebak di dalam kebun hingga rumput sedia ada boleh terbantut pertumbuhannya. Rumput ini juga dipanggil Ara Songsang.

Lebih kurang dua puluh tahun lalu semasa tinggal di Pekan Pahang.....Kami pergi ke Pekan sehari untuk membeli sayur. Kami sangkakan daun meranti sebab sudah lama tidak makan dan melihatnya. Jadi kami pun membelinya dan kami masak lemah putih. Bila kami 

makan, rasanya tidak macam daun meranti tetapi ini memang sedap dibuat sayur. Selepas itu dua tiga kali juga aku  pernah menyayur daun ini. Anak-anak suka makan sayur ini tapi suami tak beri makan kerana katanya rumput. Ha ha ha....Pada hal sayur lain pun masuk dalam kategori rumput juga.

Secara semula jadi, memakan sayuran atau air rebusan daun ini boleh melawaskan pembuangan air kecil. Jika di kampung, bila luka, bengkak sendi, bisa tulang dan sakit kejang otot, cara mengubatinya ialah dengan menampalnya dengan daun ini setelah dilumatkan.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...