Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Semuga resipi ini jadi panduan kepada pelajar-pelajar yang berada di luar negara. Masa di rumah tidak belajar memasak. Kalau memasak pun hanya pakar dalam satu resipi sahaja. Bila jauh dari emak...larat ke nak makan satu jenis masakan sahaja......Ha ha ha....
Semua jenis sayur boleh digoreng.
Bahan untuk membuat sayur goreng ialah:
Bawang puteh
Bawang merah
Bahan protein seperti daging ayam atau daging lembu, udang, ikan bilis, belacan, sotong dan lain-lain lagi.
Cara-cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
2. Bila kuali sudah panas, masukkan bawang merah yang telah dihiris dan bawang puteh yang telah diketuk. 3. Bila bahan tadi telah kekuningan masukkan bahan protein.
4. Bila bahan sudah masak, masukkan sayur dan sedikit garam.
5. Gaul-gaul dan masukkan ke dalam pinggan.
Garam kena sesuaikan. Kurang garam tak sedap dan kalau terlebih garam pun tidak sedap.
Sayur kobis, bunga kobis, bunga kailan....sayur jenis ini jangan masak sampai lecur sangat. Nanti hilang manis dan hilang zatnya.
Nak senang lagi....Masak goreg kobis campur kicap. Bahan lain cuma bawang puteh. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang puteh yang sudah diketuk. Masukkan kobis yang sudah dicarik-carik, masukkan kicap, gaul-gaul dan angkat.
Kalau nak masak sayur jenis bayam, sawi dan seumpamanya....Bila bahan campuran sudah masak, masukkan batang sayur dahulu. Bila sudah lembut baharulah masukkan bahagian daunnya pula.
Untuk nampak cantik lauk sayur tadi, tambahkan hirisan lada atau sayur yang berlainan warna. Perisa masakan juga boleh diubah suai dengan cara menambahkan hirisan halia atau lada hitam, lada merah, tomato dan lain-lain lagi.....
Selamat mencuba.....
http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:
Post a Comment