uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 10 May 2012

Mari Belajar Mencanting Batik

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bahan untuk membuat batik
Mari kita belajar mencanting batik. Saya pun sebenarnya tidaklah pandai dan mahir mencorak dan mencanting. Namun ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang ada supaya anda boleh mempelajarinya serba sedikit jika berminat. Manalah tau...anda rupanya mempunyai bakat  dan daya kreativiti yang tinggi dalam membatik.


Di Malaysia batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin dan yang paling popular ialah Batik Canting.

Batik Canting digemari oleh peminat-peminat fesyen kerana boleh  dipadankan dan disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan seperti dijadikan pakaian, kain Batik, selendang, skaf, beg tangan, cadar, selimut, hiasan dinding, sarung kusyen dan berbagai - bagai jenis barang kegunaan seharian.

Perbelanjaan memulakan kerja-kerja batik canting juga adalah rendah seperti yang saya senaraikan dibawah.
BIL
BAHAN
KUANTITI
HARGA
1
Kain Fuji 42 inchi
1 meter
6.00
2
Canting
3 (S,M,L)
36.00
3
Lilin putih
1 kg
14.00
4
Rozin
1kg
17.00
5
Sodium Silicat
10kg
28.00
6
Berus saiz S
2.80
2.80
7
Berus saiz m
3.60
3.60
8
Berus saiz XL
12.00
12.00
9
Berus saiz L
6.00
6.00
10
Soda Ash
3 kg
9.50
11
Remazol brilliant red
1 botol kecil
13.00
12
Remazol special blue
1 botol kecil
11.00
13
Remazol golden yellow
1 botol kecil
6.00
Jumlah
164.90

Rentang kain di atas pemidang
Mula-mula anda perlukan kain dan pemidang mengikut saiz yang diperlukan. Regangkan kain di atas pemidang dan ikat sisi kain di tepi pemidang menggunakan dawai kokot (staples).

Langkah seterusnya ialah melakar corak di atas kain dan menyediakan bahan untuk mencanting.

Lakar corak di atas kain
Bahan tersebut ialah campuran lilin 60% dan rozin 40% mengikit timbangan. Panaskan bahan tersebut sehingga cair.

Setelah bahan tersebut cair, boleh lah mula mencanting menggunakan pencanting.

Celupkan pencanting didalam campuran lilin dan rozin tadi supaya bahan tersebut tertakung sedikit di dalam pencanting tersebut.

Angkat dan tadah menggunakan kertas tissue dan tahan pengaliran cairan lilin campuran rozin tadi daripada terkeluar dari corong pencanting.
Panaskan campuran lilin dan rozin

Seterusnya canting di atas corak yang dilakar tadi. Mencanting memerlukan sedikit kemahiran supaya suhu dan garisan canting sama, tidak berkepala mancis dan tidak berlaku garisan yang terputus. Jangan lupa buat garisan sempadan keliling sebagai frem.

Bila sudah siap mencanting, seterusnya mewarna corak.

Warnakan mengikut warna yang telah dirancang. Anda juga perlu sedikit pengetahuan berkaitan asas campuran warna untuk mendapatkan ton warna yang sesuai. 
Mewarna
Setelah siap mewarna, rendamkan kain tersebut di dalam sodium silikat mengikut tempoh tertentu. Kain kapas dan kain  fuji perlu direndam selama 5 jam. Kain Jacquard, satin dan sutera selama 3 jam


Setelah itu rebus kain di dalam periok yang di campur dengan air dan sedikit soda ash untuk menyingkirkan lilin. Buangkan hampas lilin yang timbul. Setelah itu, bilas kain dengan air dan jemur hingga kering.
Kain bercorak batik yang telah siap dibuat baju


Lain kali saya akan ceritakan lagi teknik dan pengalaman menghasilkan batik. Saya pun masih dalam proses mendalami ilmu membatik. Kalau ada infomasi, saya akan cerita lagi...Janji jangan lupa intai blog saya ini lagi.....




 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...