uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 18 March 2012

Rona, Ton Dan Keamatan Warna

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Warna ialah nilai cahaya hasil pembalikan dari sesuatu objek atau permukaan. Warna dapat menunjukkan sesuatu bahan, bentuk, menjelaskan skala,  dapat mempengaruhi kadaran samada menegak atau melintang dan mengurangkan rasa bebanan.

Biru dan hijau menunjukkan perasaan lembut. Kuning menunjukkan kegirangan dan menarik perhatian oleh itu digunakan untuk memberi isyarat atau amaran.
Merah pula menunjukkan perasaan garang dan digunakan untuk tujuan memberi amaran.


Warna kuning dan merah diketogerikan sebagai warna panas. Ia menunjukkan api, tenaga, darah, cahaya, kekayaan, keriangan, kegembiraan dan lain-lain lagi. Warna biru dan unggu pula diketogerikan sebagai warna dingin kerana gambaran lautan, ais dan bunga.

Warna boleh diukur melalui tiga dimensi iaitu:
1. Rona - kualiti warna yang membolehkan kita membezakan berbagai-bagai warna seperti merah, hijau, biru, unggu dan lain-lain lagi. Terdapat 1000 rona warna pada keadaan biasa.

2. Ton atau nilai - kualiti warna yang menjadikan ia kelihatan terang dan gelap. Menghasilkan warna muda dengan mencampurkan dengan air atau warna puteh. Mendapatkan warna tua pula dengan mencampurkan warna gelap.

3. Keamatan - keaslian dan kecerahan sesuatu rona warna

Warna-warna utama adalah terdiri dari warna merah, biru dan kuning. Campuran dua warna utama menjadikan warna pendua. Jika dicampurkan Warna utama berikut menghasilkan warna pendua:







 kuning + Biru  = hijau





Merah + biru = unggu







Merah + kuning = oren






 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...