- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Sembang-sembang menghias rumah idaman membuat kami
tergelak sakit perut dan kecut perut pu ada. Mengapa tidaknya! Di antara berlakunya
tidak keharmonian rumahtangga, berlaku perceraian dan suami beralih arah keluar
rumah adalah kerana disebabkan keadaan rumah yang tidak harmoni, keadaan dalam
rumah yang tidak cantik dan menenangkan hati suami. Ya ke? Ya la...kalau
sudah spesisnya, buatlah macam manapun, perangainya macam itulah
juga. Sembang-sembang rumah in bukan apa, adalah kerana tidak lama lagi
kita akan menyambut Perayaan Hari Raya AidilFitri.
Keharmonian sesuatu ruang dalam rumah bukan tertumpu kepada ruang
tamu sahaja tetapi setiap ruang di dalam rumah tersebut. Kerana itu
pemilihan konsep, warna, kekemasan serta perabot yang betul cukup membantu
serta memberikan kesan pertama yang baik kepada tetamu yang datang dan penghuni
rumah itu sendiri. Macam-macam konsep yang ada untuk diterapkan seperti Retro,
Minimalis, Feng Shuie, Inggeris, Royal, Nusantara dan Macam-Macam Ada atau
Rojak sahaja. Lepas itu kena lihat pula bentuk, saiz, corak, motif dan warna
perabut dan bentuk perabut, adakah ia bersesuaian di antara satu dengan lain.