uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday, 14 June 2012

Mari Mertabatkan Bahasa Melayu Di Persada Dunia

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Gadis Melayu, ayu dan bersopan santun..rindu kamu semua..
Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa Kebangsaan Malaysia, bahasa ibunda Orang Melayu. 

Yang Korek itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Budi bahasa yang digunakan mengambarkan asas keterampilan seseorang dan bangsanya.  Bahasa yang digunakan juga adalah cerminan budaya bangsa dan kekuatan sesuatu bangsa. 





Pelajar Program Senibina Semester 3 Sessi January-Jun 2012. 

Ia dilihat dari aspek bagaimanakan sesuatu budaya bahasa itu diwarisi dari satu genarasi ke satu genarasi hingga hari ini turun temurun . 

Penggunaan bahasa yang diwarisi dari zaman ke zaman boleh memperkayakan ilmu peringkat demi peringkat. Ini terbukti seperti negara maju yang tetap menggunakan bahasanya seperti Negara Perancis, Korea, Jerman, Jepun dan lain-lain lagi. Hanya menggunakan bahasanya sendiri, mereka berjaya menjadi sebuah negara yang maju, berdaya saing  dan menjadi contoh tauladan kepada negara lain pula.

Bangsa yang menggunakan bahasanya, tampa menggunakan bahasa itu dengan cermat, berhemah, berbudi bahasa dan bersopan santun  juga tidak bermakna kepada sesuatu bangsa itu. Andai kata bahasa itu digunakan sembarangan, tampa sopan santunnya maka dilihat juga bangsa atau seseorang itu mempunyai budaya, keterampilan diri dan bangsa yang tidak bernilai, beretika, kurang sopan dan biadab.

Saya menggunakan Bahasa Melayu kerana hari ini blog adalah merupakan media penyebar maklumat berasaskan kebebasan bersuara maka semua orang boleh menyiarkan buah fikirannya. Maklumat tersebut pula boleh dibaca oleh seluruh pelusuk dunia dan dianggarkan boleh dibaca oleh 300juta orang penutur Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga adalah bahasa ke-empat penggunaanya di dunia mengikut turutan selepas Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Hindi.

Kita perlu berbanga kerana sebilangan penduduk di sebuah negara seperti Sri Langka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan di negara seperti China, Sri Langka, Amerika Syarikat, United Kingdom, Belanda, Rusia dan Jerman dan beberapa negara lain mempelajari Bahasa Melayu  di Universitinya.

Seharunya kita sebagai Rakyat Malaysia, Orang Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu berbangga dan menjadi tanggungjawab memertabatkan Bahasa Melayu di persada dunia. Sebagai orang yang berfikiran terbuka, tidaklah saya menyangah sepenuhnya tentang menggunakan bahasa pasar dan bahasa rojak. Kita perlu melihat kepada siapakah kita berkomunikasi, adakah kita bertutur bersama kawan-kawan harian ataupun bertutur dikhalayak ramai dalam sesuatu majlis rasmi atau dalam ruang sembang  yang dilayari oleh semua peringkat umur.

Menggunakan bahasa yang tidak sopan  dan kasar pada pendapat  saya, adalah sesuatu yang memalukan bukan sahaja kepada seseorang individu tersebut tetapi kepada keluarga, keturunan, bangsa dan Negaranya.  Oleh itu sukacitalah saya menyarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin bertutur dalam Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting, lebih bertanggungjawab, lebih berhemah ,bersopan dan bertertib kerana ia  akan menjadi ikutan, tabiat, budaya warisan bangsa dan mengcakna ilmu pengetahuan lebih berkesan kepada anak bangsa.


http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...