uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 12 June 2012

Dapatan Kajian Bangunan Surau Sekitar Bandaraya Alor Setar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Surau Taman Badlishah
Saya dan seramai 15 orang Pelajar Program Senibina Semester 3 Sesi Januari-Jun 2012 telah menjalankan kajian tentang rekabentuk dan pembinaan surau. Di antara dapat kajian tersebut adalah seperti berikut.

Surau adalah merupakan tempat yang diwakafkan kepada Orang Muslim yaitu orang yang beragama Islam untuk beribadah seperti mengerjakan sembahyang berjemaah (sembahyang beramai-ramai) lima waktu bagi masyarakat  sesuatu kawasan perumahan. Selain surau ia disebut juga sebagai Musalla, 


Madrasatul Huda  
Madrasyah, Balasyah dan Bilik Sembahyang.

Selain daripada sembahyang berjemaah lima waktu, surau juga adalah merupakan pusat majlis ilmu di mana ceramah, syarahan, hafazan


al-Quran, membaca kitab agama,  perbincangan dan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan budaya dan agama Islam.

Surau tidak boleh dijadikan tempat sebagai sembahyang Jemaah Jumaat kerana tidak ditauliahkan dan mendapat Perkenan Duli Yang Maha 

Surau Nurul Ittifaq Taman Anggerik 
Mulia Sultan atau Yang Dipertuan Agung melalui kebenaran yang diberikankan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Di antara konsep pembinaan surau, bangunan tandas hendaklah diasingkan dari bangunan surau itu sendiri. Bangunan surau dan salah satu tangga atau pintu masuk seboleh-bolehnya  hendaklah mengadap arah Kiblat. Tangga atau pintu masuk untuk kegunaan jemaah wanita dan lelaki perlu diasingkan, begitulah juga tandas, tempat berwuduk atau mengambil air sembahyang.

Surau Taman Pelangi
Tempat sembahyang wanita juga diasingkan, terletak disebelah belakang jemaah lelaki dengan dipisahkan oleh tirai yang dibuat dari kain atau tirai hisaan kayu berukir.  

Senibina luarannya pula menampakkan ciri-ciri Senibina Islam, Senibina Melayu dan lain-lain. Masakini kebanyakan surau telah dilengkapi dengan alat pembesar suara, penghawa dingin dan kipas. Walau bagaimana pun, pencahayaan dan pengudaraan secara semulajadi masih menjadi salah satu elemen penting dalam merekabentuk bangunan surau.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...