Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
http://Petuapaje.blogspot.com
Taman Permainan ini kebiasaannya ramai kanak-kanak bermain di sebalah pagi dan petang terutamanya di hujung minggu.
Waktu tengahari pula kebiasaannya orang dewasa berehat dan melelapkan mata seketika menghilangkan lelah bekerja.
Sudah empat minggu pokok tumbang tetapi masih tidak ada pihak berwajib yaitu Majlis Bandaraya Alor setar untuk mengambil tindakan.
Menaikkan taraf Taman Permainan ini sudah tentu melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi dan mengambil masa untuk rekabentuk dan pembinaanya.
Sekurang-kurangnya, ambillah tindakan untuk membuang pokok yang tumbang, dahan dan daun kering.
Selenggaraan yang minima tersebut sudah membolehkan kanak-kanak bermain di sebelah petang terutamanya sekarang ini cuti penggal persekolahan.
Saya sebagai salah seorang yang menggunakan Taman Permainan kanak-kanak ini ingin mencadangkan juga supaya pokok-pokok tersebut diganti dengan Pokok Palma untuk mengurangkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti menyapu daun kering yang gugur dan mencantas dahan. Jika digantikan dengan Pokok Palma, daun yang gugur adalah berpelepah dan tidak bersepah-sepah diterbangkan oleh angin.
Pihak Majlis Bandaraya juga perlu menyediakan tong sampah sebagai langkah kebersihan mengelakkan pembungkus makanan dibuang merata-rata samada kanak-kanak atau orang dewasa. Adalah lebih baik juga alat permainan seperti buyaian dan jongkang-jongkit sedia ada di baiki yang mana rosak dan menambah bilangannya supaya kanak-kanak tidak berebut semasa menggunakannya.
Adalah juga dialu-alukan sekiranya pihak Majlis mengadakan lampu untuk menerangi Taman Permainan itu bagi mengelakkan remaja nakal lepak diwaktu tengah malam yang menyebabkan penduduk sekitar terganggu.
http://Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment