Laman
Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....
Cara mudah, alaf kini...global
Friday, 31 August 2012
Jamu Selera Di jamuan Sambutan Raya 2012
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Persiapan Jamuan Sambutan Hari Raya Aidil-Fitri 2012
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Tempat: Institut Kemahiran Mara Alor Setar Kedah
Tarikh: 30hb. Ogos, 2012
Masa: 8.15pagi - 3.00petang
Persedian kiosh jamuan mengikut program dan pengurusan. Program Senibina sediakan ketupat nasi dan kuah kacang, Program Lukisan Struktur sediakan laksa dan laksam, Progran Binaan bangunan sediakan nasi tomato, Program Teknologi Rekabenuk dan Pembuatan Perabut sediakan sate ayam.
Potong ketupat nasi |

Thursday, 30 August 2012
Cuaca Panas Terasa Redup Mata Memandang
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Hari ini, cuaca sangat panas terik membakar dan kadang-kadang hujan sebelah malam.
Dalam keadaan cuaca begini, rupanya bunga laily menguntum dan kembang. Bunga laily berjalur merah ini telah aku tanam sudah lebih kurang 5 tahun. Ini kali pertama baharu berbunga. Itu yang seronok sangat. Biarpun panas, silau mata memandang tapi bila terpandang bunga-bunga ini terasa redup mata.
Nak Toreh Getah takut Kena Terkam Harimau Dan Kena Colek Komunis
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Masa dahulu, bila menoreh pokok getah yang jauh dari tempat kediaman, ada perasaan yang sangat menakutkan. Ini adalah kerana kebun getah yang bersempadan dengan kebun getah kami macam hutan belentara kerana tidak diusahakan oleh tuan kebun.
Tuesday, 28 August 2012
Kawinkan Pokok Getah Dan Toreh
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Semasa zaman kanak-kanak, aku tidak terkecuali daripada menoreh getah kerana aku adalah anak seorang penoreh getah. Sehingga sekarang pun, kalau ada pisau menoreh getah dan ada pokok getah yang hendak ditoreh, sudah pasti kemahiran tersebut masih belum hilang rasanya.
Bukan itu sahaja, semasa zaman itu, aku juga terlibat mengahwinkan pokok getah. Kedengarannya pelik bukan?
Bagaimana mengahwinkan pokok getah?

Keindahan Semak Pinggir Kampung Dan Khasiat Tumbuhan
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Ceri Malaysia |
Raya ke-2 ada alumni suami/member IKM Pekan di Lubuk Jong, Jajahan Pasir Mas Kelantan. Terima kasih makanan yang disediakan dan layanan yang tidak berbelah bahagi.
Dalam pada itu, sempat juga aku dan anak sedara jalan-jalan di pinggir kampung melihat keindahan semak samun. Terdengar bunyi katak bersahut-sahutan dan aku katakan pada anak saudara, itu tanda-tanda kita berada berhampiran dengan sungai.
Friday, 24 August 2012
Ulangtahun Pertama Blog Petuapaje.blogspot.com
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
http://Petuapaje.blogspot.com
Semalam ulangtahun blog petuapaje.blogspot.com. Sampai dah terlajak sehari gara-gara raya. Syukur Alhamdulillah masih mampu berkongsi sedikit ilmu pengetahuan. Dulu bila tengok blog orang lain, hairan juga. Ramainya yang menjengah blog mereka, sampai 20 30 ribu. Hari ini, samasekali tidak menyangka blog aku pun dijengah pelawat sehingga mencapai lebih kurang 35 ribu pelawat.
Dalam tempoh setahun aku telah membuat entri sebanyak 371 posts. Menulis ni kadang-kadang ikut mood juga.
Raya-raya macam ni, tak ada mood pula hendak mengarang sebab masih kepenatan.
http://Petuapaje.blogspot.com
Sunday, 19 August 2012
Himpunan SMS Ucapan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Allah hu akbar....Allah hu akbar.....Walillah ilham.....Assalammualaikum..
Beningkanlah hatimu dengan Dzikirullah,
Cerahkanlah jiwamu dengan cintakan kepada Allah,
Lalui hari-harimu dengan senyuman,
Tetapkanlah langkahmu dengan syukur,
Sucikanlah dirimu dengan permohonan maaf,
Atas kesalahan dan kekhilafan,
Baik sengaja atau pun tidak,
Yang aku perbuat,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Taqobbalallahu Minna Wa Minkum. Semuga Allah menerima Ibadah kita semua dan kita beroleh RIDHA, keampunan serta kurniaNYA. Minal Aidzin Wal Faidzin
**

Friday, 17 August 2012
Menjelang Raya.....
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Anak murid saya kata dia tak pernah pegang ketupat daun kelapa...Ok lah saya kata ...Saya akan anyamkan...Yang seorang lagi berjanji dah nak bawa daun kelapa...Sebab di rumahnya ada pokok kelapa. Tapi sebelum itu katanya dia sangka...Daun kelapa yang tua untuk dianyam untuk buat ketupat....Tunggu punya tunggu daun kelapa tak ada lagi di atas meja...Bila tanya mana daun kelapa? Pokoknya tinggi puan....Ha ha ha...Ya lah...Kalau nak buat ketupat daun kelapa kenalah menggunakan daun kelapa yaitu pucuk kelapa.
Tadi ronda-ronda di Pasar Besar...Di Kedah ni mana ada orang jual daun kelapa...Yang ada hanya daun palas....Bila raya di Johor..Buat Ketupat daun kelapa. Dulu masa duduk di pekan Pahang...bila raya buat ketupat daun palas sebab belakang taman ada semak-semak, ada pokok palas....Sekarang duduk di Kedah..Dah jadi malas..Ha ha ha..Buat ketupat Adabi...Ha ha ha....Tengok lah esok lusa..saya akan ajarkan macam mana nak anyam ketupat daun kelapa kalau ada masa. Itu pun guna reben kot...
Wednesday, 15 August 2012
Selamat Hari Raya Aidil-Fitri Maaf Zahir Dan Batin
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Selamat Hari Raya Aidil-Fitri Maaf Zahir Dan Batin.......Semoga kedatangan Syawal yang mulia ini memberi lebih keberkatan kepada sekelian muslimin dan muslimat....
Buat meriam pasang pelita;
Asap keluar bunyi tak de;
Ucapan Raya maaf dipinta;
Harap tak de yang menguris jiwa.
Mendamba cinta dalam sujud nan suci;
Nyanyian Zikrullah mendamaikan hati;
Syair Azan sentiasa dirindui;
Merimbunlah keimanan di taman hati.

Monday, 6 August 2012
Kesedihan Berganda! Pingat Emas Sukan Olimpik Musim Panas 2012 Gagal Dan Musang Meratah Burung
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
http://Petuapaje.blogspot.com
Mana tidaknya! Set pertama..Terasa berkeyakinan sangat Malaysia akan memenangi Pingat Emas acara badminton bila Chong Wei dapat mengalahkan Lin Dan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2012. Bila masuk set ke-dua....Alamak! Macam mana ni..Chong Wei macam sudah kekurangan tenaga...Sedih juga lah kan...Apa pun...semua rakyat Malaysia tetap menganggap Chong Wei adalah hero Malaysia....
Kesedihan aku berganda!...Bila terlalu asyik tengok perlawanan tersebut...Tak sedar musang telah meratah burung kesayangan aku....Sedih betul hari ini...
http://Petuapaje.blogspot.com
Sunday, 5 August 2012
Aduh! Jebak Belum Mengena, Denak Dimakan Musang
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Hari sabtu semalam...Suami aku tersengeh lebar kerana isterinya
pandai membaiki jebak.
Aku tunjukkan padanya, bila burung terpijak
sahaja ranting pada jebak tersebut, perangkap pun sepantas kilat
membingkas...
Macam mana bang?...Suami aku tambah tersengih...Dalam
hatinya ....Agaknya berkata-kata...Isteri aku ini rupanya pandai
menjebak burung...Ha ha ha....
Friday, 3 August 2012
Fikirkan Cara Berjimat Dan Cara Hidup Sihat Bermula Di Dapur
- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Semua orang percaya, jika membuat sedikit sahaja perubahan dengan cara hidup kita, akan memberi kesan yang amat ketara kepada alam sekitar dan membuatkan hidup kita lebih sihat sejahtera. Mulakannya dari dapur anda. Di antara caranya ialah:
Tindakan yang pertama ialah galakkan penghijauan bumi. Bagaimana? Digalakan membeli sayuran organik ditanam oleh pekebun yang menggunakan baja kompos. Beli juga daging dari penternak tempatan yang menternak lembu yang makan di padang ragut. Dengan cara ini petani dan penternak lebih giat berusaha dan secara semulajadi bumi kita akan lebih menghijau. Harga bahan makanan dari tempatan adalah lebih murah dan boleh menjimatkan perbelanjaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)