Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Tapi tadi, dalam pukul 8.45 malam....dalam asyik menonton perlawanan badminton antara Lin Dan dan Chong wei, baharu teringat burung tergantung di atas pokok jambu sebelah anjung kereta depan rumah.
Bila aku angkat sahaja sangkar burung...Eh! Macam mana burung aku boleh terlepas? Ya Allah! Burung aku sudah kena makan musang....
Anak aku kata...Baru sat ni dia tengok, burung tu ada lagi...Ha tu dia..Musang tu melompat ke bumbung....
Lemak longlai rasa badan aku....Aku masuk ke dapur dan minum segelas air. Lepas itu aku ke anjung kereta semula....Tergamam! sambil mengutip bulu burung yang bertaburan....
Anak aku kata...Mak! Beli yang lain pula.....Aku pun mengaiakan...Ha ah..nanti kita beli yang lain....
Aku tanya anak perempuan aku yang duduk di dalam bilik...Tau tak, burung sudah kena makan musang? Terbeliak biji mata anak aku....Padanla katanya tadi dengar ada benda di atas bumbung....Beli yang lain lagi mak! Sekali lagi aku mengiakan.
Dalam sedih...aku tersenyum sedikit...kerana jebak belum mengena, denak sudah kena makan musang. Kini burung aku itu tinggal kenangan...Gambar-gambar ini baharu sahaja aku ambil minggu lepas...Pastinya beberapa hari ini...Kami akan terdengar-dengar bunyi burung tekukur kami berlagu....
http://Petuapaje.blogspot.com
Hari sabtu semalam...Suami aku tersengeh lebar kerana isterinya
pandai membaiki jebak.
Aku tunjukkan padanya, bila burung terpijak
sahaja ranting pada jebak tersebut, perangkap pun sepantas kilat
membingkas...
Macam mana bang?...Suami aku tambah tersengih...Dalam
hatinya ....Agaknya berkata-kata...Isteri aku ini rupanya pandai
menjebak burung...Ha ha ha....
Tapi tadi, dalam pukul 8.45 malam....dalam asyik menonton perlawanan badminton antara Lin Dan dan Chong wei, baharu teringat burung tergantung di atas pokok jambu sebelah anjung kereta depan rumah.
Bila aku angkat sahaja sangkar burung...Eh! Macam mana burung aku boleh terlepas? Ya Allah! Burung aku sudah kena makan musang....
Anak aku kata...Baru sat ni dia tengok, burung tu ada lagi...Ha tu dia..Musang tu melompat ke bumbung....
Lemak longlai rasa badan aku....Aku masuk ke dapur dan minum segelas air. Lepas itu aku ke anjung kereta semula....Tergamam! sambil mengutip bulu burung yang bertaburan....
Anak aku kata...Mak! Beli yang lain pula.....Aku pun mengaiakan...Ha ah..nanti kita beli yang lain....
Aku tanya anak perempuan aku yang duduk di dalam bilik...Tau tak, burung sudah kena makan musang? Terbeliak biji mata anak aku....Padanla katanya tadi dengar ada benda di atas bumbung....Beli yang lain lagi mak! Sekali lagi aku mengiakan.
Dalam sedih...aku tersenyum sedikit...kerana jebak belum mengena, denak sudah kena makan musang. Kini burung aku itu tinggal kenangan...Gambar-gambar ini baharu sahaja aku ambil minggu lepas...Pastinya beberapa hari ini...Kami akan terdengar-dengar bunyi burung tekukur kami berlagu....
http://Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment