uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday, 3 August 2012

Fikirkan Cara Berjimat Dan Cara Hidup Sihat Bermula Di Dapur

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Semua orang percaya, jika membuat sedikit sahaja perubahan dengan cara hidup kita, akan  memberi kesan yang amat ketara kepada alam sekitar dan membuatkan hidup kita lebih sihat sejahtera. Mulakannya dari dapur anda. Di antara caranya ialah:

Tindakan yang pertama ialah galakkan penghijauan bumi. Bagaimana? Digalakan membeli sayuran organik ditanam oleh pekebun yang menggunakan baja kompos. Beli juga daging dari penternak tempatan yang menternak lembu yang makan di padang ragut. Dengan cara ini petani dan penternak lebih giat berusaha dan secara semulajadi bumi kita akan lebih menghijau. Harga bahan makanan dari tempatan adalah lebih murah dan boleh menjimatkan perbelanjaan.
Langkah yang ke-dua ialah  bahan buangan mentah dari dapur dijadikan baja kompos untuk menanam pokok bunga dan sayuran di keliling rumah atau di dalam pasu. Tadah air hujan untuk menyiram pokok-pokok tersebut. Sekali lagi, anda menjimatkan perbelanjaan membeli bahan mentah masakan dan menjimatkan  bil air juga.


Langkah ke-tiga ialah memasak menggunakan "Thermal Cooker". Kebetulan periok termal ini adalah Hadiah Cabutan Bonanza Hari Keluarga. Masak bahan-bahan dalam periok keluli yang disediakan hanya selama 10 hingga 20 minit mengikut kesesuaian apa yang dimasak di atas dapur. Kemudian masukkan periok tersebut ke dalam periok termal. Biarkan di dalam periok termal tadi lebih kurang 2 jam jika anda memasak sup tulang. Makanan akan masak secara semulajadi dengan kepanasan di dalam periok termal kerana periok tersebut direka berpenebat haba. Dengan cara ini kita telah menjimatkan masa memasak dan jimat gas atau eletrik. Periok tersebut juga dapat mengekalkan rasa dan vitamin makanan yang dimasak. Ini menjadikan hidup kita lebih sihat sejahtera.

Langkah yang ke-empat ialah bawa beg membeli-belah ke pasar atau pasaraya. Pembungkus barang belian dikumpulkan dan jual untuk dikitar semula supaya alam sekitar lebih bersih dan selamat untuk didiami. Alam sekitar bersih, hidup sihat, pemikiran cerdas dan hidup pun ceria.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...