uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 30 August 2012

Nak Toreh Getah takut Kena Terkam Harimau Dan Kena Colek Komunis

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Masa dahulu, bila menoreh pokok getah yang jauh dari tempat kediaman, ada perasaan yang sangat menakutkan. Ini adalah kerana kebun getah yang bersempadan dengan kebun getah kami macam hutan belentara kerana tidak diusahakan oleh tuan kebun.
Bila sampai sahaja ke bahagian belakang kebun, perasaan mula berteka-teki. Nak pergi toreh tak beberapa pokok pada kedua penjuru kebun tersebut? Takut! Alamak! Macammana ni? Takut kalau-kalau .....Entah-entah sang harimau sudah bersedia untuk menerkam aku bila aku sampai ke penjuru kebun. Nak toreh ke tidak..Nak toreh ke tidak...Perasaan takut tersebut adalah kerana kadang-kadang terjumpa kulat susu harimau.

Lagi satu yang aku takutkan ialah mana tahu ada komunis bersembunyi dalam hutan belentara belakang kebun tersebut. Entah-entah mereka sudah bersedia untuk menangkap aku dan mencolek untuk dibawa lebih jauh kedalam hutan. Terfikir-fikir pula bagaimana hendak melepaskn diri. Perasaan takut kepada komunis adalah kerana orang tua-tua dahulu selalu bercerita tentang komunis yang tinggal di dalam hutan

Tapi akhirnya...Aku akan terus kepenjuru kebun dan menoreh beberapa lagi batang pokok sehinggalah habis. Setelah berpuluh tahun tidak menoreh getah, sesekali hendak memasuki kebun yang sebegitu rupa pada zaman dahulu, bagaimanalah gementarnya perasaan agaknya. Cuba bayangkan perasaan anda apabila tersesat dalam hutan belentara seorang diri....

Cuba bayangkan bagaimana orang kampung yang pekerjaanya menoreh getah untuk meneruskan menoreh getah bila ada terdengar bunyi harimau mengaum, terlihat kelibat sang harimau dan terdapat kemusnahan kebun disebabkan kehadiran gajah....

Kalau menoreh getah tepi rumah, tidaklah takut sangat. Bolehlah menoreh getah selepas subuh. Kena pakai lampu suluh minyak tanah atas kepala untuk menerangi garisan torehan pada pokok.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...