Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Bunga santalia/sundal malam |
Mak saya kata, tanam pokok bunga yang mengeluarkan bau harum. Saya pun memang suka tanam pokok bunga yang mengeluarkan bau wangi. Bau wangi atau bau harum...He he he...Sama la..
Saya memang tidak berapa suka, kalau halaman rumah terlalu berwara-warni. Jadi tanam pokok bunga yang berwarna putih dan warna lain tu sikit sahaja.
Semakin malam...haruman bunga ini semakin semerbak. Semerbak sampai masuk ke dalam rumah.
Kalau orang tua-tua zaman dahulu, bunga yang wangi macam ini, diletakkan di sangul, tabur atas tilam, campurkan dalam minyak rambut dan dalam bedak sejuk. Alternatif pengganti kepada minyak wangi bagi orang-orang kampung.
Bunga Kemuning |
Bunga Melor/Melati |
No comments:
Post a Comment