uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 13 October 2012

Rembat Duit, Tinggalkan RM1.00 Perli Ke?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sampai sahaja di stesen minyak, suami jenguk dari tingkap kereta dan tanya, "Mana dompet duit?" Ya Allah, tadi letak di atas bonet kereta....Bila keluar kereta, telepon masih ada di atas bonet kereta tapi dompet duit sudah tercicir di tengah jalan. Ya Allah, di mana tercicirnya dompet duit tadi. Kereta sudah bergerak lebih kurang 1kilometer.

Suami pinjam motor dengan pekerja stesen minyak untuk berpatah balek, kalau-kalau terjumpa dompet duit tersebut balik. Suami kata nasib,  kalau-kalau duit tak diambil orang lagi. Dalam hati berkata-kata, nak bertolak tadi, fikiran memang bercelaru sampai terlupa dompet dan telefon di atas bonet. Suami pula kata, cepat!cepat!

Mendapat khabar, bekas pelajar meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dah hubungi kawan dia dan bertanyakan khabar. Anak murid semuanya sudah dewasa, jadi hubungan tenaga pengajar dengan anak murid rapat. Apa yang menggangu fikiran anak murid, tenaga pengajar tolong sama selesaikan. Tolong bantu cari jalan penyelesaian, hal-hal berkaitan kekeluargaan dan hubungan boyfriend girlfriend.

Sudah ajal, begitulah hendakNya. Cuma fikir dalam kereta nanti nak telefon anak murid beritahu pasal tuntutan insuran kawan dia, sebab mereka semua ada "green Card".

Dalam hati lagi tadi berkata-kata, nak belikan buah tangan coklet untuk jeguk anak nanti. Tup! Tup! Dompet sudah tercicir, emm..

Doa-doa mudah-mudahan terjumpa dompet duit dan kad-kad yang ada dalam dompet itu tidak hilang. Kalau hilang, alamat menambah kerja untuk buat laporan polis, telefon bank minta blok semua akaun, urusan pendaftaran kad pengenalan dan urusan dengan Jabatan Penggangkutan Jalan.

Sambil menunggu suami, hati betul-betul resah. Tak lama kemudian suami muncul. Dia tanya ada berapa RM dalam dompet. Aku pun jawap lah berapa yang ada dalam dompet. "Huh! Orang yang ambil duit aku tu tinggalkan RM1.00 Eh! Eh! Eh!....Perli ke apa ni...Tak faham...Aku geram juga lah, sebab duit Thailand ada beribu Batt untuk aku stanby pergi melancong. Is! Is! Is...Sabar je lah....Tapi gelak juga lah...Sebab orang yang ambil duit tu tinggalkan aku RM1.00 pula. Cakap juga dengan suami, untung, rugi, rezeki semua datang dari Allah.

Semalam masa jalan-jalan di Pasaraya, anak nak beli kasut, tak beri. Bukan apa. Tak mahu beri anak terlampau mewah dalam berbelanja. Dalam hati, aku kedekut semalam, sampai anak merajuk...Jadi dapat balasan Allah agaknya..

Nasib baik kad-kad ditinggalkan di dalam dompet. Syukur Alhamdulilah...Telefon tadi elok sahaja di atas bonet. Dalam hati, oh! Mungkin sarung telefon tersebut ada magnet, jadi melekat di atas bonet kereta. Dompet duit pula dibuat dari kulit ikan pari, licin dan mudah mengelongsor.

Kalau yang jumpa itu berhati mulia, sudah tentu dia akan hantar ke rumah  kerana tepat dompet tadi ditemui hanya lebih kurang 500 meter sahaja dan di dalamnya ada kad pengenalan, alamat ikut rumah yang didiami sekarang. Sabar je ....di atas kecuaian diri sendiri.....He he he....

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...