uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Monday 1 October 2012

Proffesion, Integriti dan Barakah Dalam Pekerjaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh: 25hb. September, 2012
Penceramah: Dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

Seseorang pekerja yang profesional adalah mempunyai tiga kualiti iaitu:
1. SQ Mereka akrab dengan Allah (keimanan dan  ketakwaan kepada Allah)
2. EQ Erat dengan manusia (Akhlak yang terpuji)
3. IQ Efektif serta efisien dalam pekerjaan (kebijaksanaan dan kecerdasan akal)



Seseorang pekerja yang berintegriti pula mempunyai nilai-nilai berikut:
Pekerja yang pekerjaannya (Habluminnas) adalah kompiten, efektif, efisyen, produktif dan berkualiti.
Pekerja yang kelakuannya (HabluminaAllah) adalah berintegriti, ikhlas, syukur, amanah, jujur dan beradab.

Integriti seseorang pekerja boleh dibahagikan kepada 4 kuadran. Kuadran 1 adalah kumpulan pekerja yang bukan sahaja mempunyai perilaku buruk bahkan  produktiviti kerja yang rendah. Sesiapa pekerja di bawah kaudrant ini adalah berada diambang kemusnahan.

Hasil kerjanya baik tetapi perilakunya buruk. Golongan ini berpotensi untuk melakukan "jenayah kolar putih" kerana tanpa integriti mereka tidak akan mampu menahan diri daripada melakukan rasuah, pilih kasih dan lain-lain perilaku negatif dalam organisasi.

Namun kita perlu ingat, sikap tidak bertanggungjawab seseorang pekerja akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ini adalah kerana mati bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu perjalanan yang tidak akan berakhir. Ia petanda awal samada akan bahagia atau derita selama-lamanya.

Namun manusia tidak pernah lekang melakukan kesilapan samada sengaja atau pun tidak disengajakan. Maka dianjurkan bersedekah untuk menebus dosa-dosa tersebut. Mengikut Sabda Rasulullah s.a.w: "Sedekah itu menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api" (Riwayat Abu Ya'la Sanad Sahih).

Cuba anda curahkan air ke atas api yang sedang marak menyala, begitulah keadaannya dosa-dosa kita apabila kita bersedekah.

 "Apabila mati seseorang anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali melalui tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimenafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya" (Hadis Riwayat Muslim).

Kekayaan pula sebenarnya adalah merupakan satu anugerah kepada seseorang individu yang berhati mulia. Maka tidak hairanlah mengapa Bill Gates dianugerahkan kebijaksanaan dan kekayaan kerana ia mempunyai nilai-nilai  murni tersebut.

Forbes magazine rates him as the world's richest man ahead Warren Buffett.
"I wish I wasn't the richest man in the world, says Bill Gates".
"There is nothing good that comes out of that"
"Money become increasingly irrelevant to genuine happiness".

Melinda Gates Foundation, MGF or the Gates Foundation:
The primary aim of the foundation are globally to enhance healthcare and reduce extreme poverty and to expand educational opportunities and access to information technology.
Mr Gates has focus on Melinda Gates Foundation, his philanthropical trust. He has committed to give away 95% of his wealth before his death.

Begitulah Gates dan isterinya Melinda. Cuba pula bayangkan kepada diri kita, adakah kita sanggup menyedekahkan begitu banyak harta kita kepada orang lain? Andai kita menjadi isteri kepada seorang kaya, sanggupkan membiarkan duit suami kita disedekahkan kepada orang lain?

Lihat pula  Tan Seri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau adalah Ke-7 terkaya di Malaysia (6.01billion)
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes). Pendidikan SPM. Mula berniaga ketika berumur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau).

Sumbangan sosialnya bermula apabila ibunya menyuruh beliau memberikan elaun pertamanya RM750.00 sebagai Pengarah syarikat beras kepada jirannya yang susah. Menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.

 مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui". (Surah Al-Baqarah: ayat 261).


Begitulah kehendak Allah, barang siapa bersedakah, maka Allah akan mengandakan pula rezekinya dengan berlipat ganda melalui berbagai-bagai cara. Siapalah kita pula apabila Allah yang maha berkuasa merayu kepada umat muslimin dan muslimat supaya bersedekah.

من ذا الذي يقرض الله قرضا حسنا فيضاعفه له أضعافا كثيرة والله يقبض ويبسط وإليه ترجعون
"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan". (Surah Al-Baqarah: ayat 245)

Maka kita umat Islam dianjurkan supaya bersedekah kepada golongan yang layak menerima sedekah. Setiap sedekah kita akan dilipatgandakan rezeki dan mendapat ganjarannya di akhirat kelak. Oleh itu bayarlah zakat dan mendermalah kepada mana-mana yayasan, salah satunya ialah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

Saya tolong empen juga... Ok..Kalau ada kekurangan maklumat, maafkan saya...

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...