Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang ini musim hujan dan panas silih berganti. Sesetengah negeri baharu sahaja pulih dari banjir. Wabak penyakit, demam dan selsema silih berganti. Bagi orang dewasa mungkin boleh bersabar menghadapi ujian. Tapi bagaimana pula kanak-kanak.
Anak-anak kecil biasanya akan menangis dan merengek menyebabkan ibu-bapa tidak dapat melelapkan mata sedangkan banyak tanggungjawap yang perlu dilaksanakan ke esokkan harinya.
Hidung tersumbat disebabkan oleh selsema menyebabkan anak kecil tidak selesa dan tidak boleh bernafas. Ibu-bapa boleh melegakan selsema anak-anak kecil menggunakan kunyit hidup.
Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari kemudian parut di atas pemarut kelapa. Jika tidak ada pemarut kelapa, bolehlah juga menumbuknya di dalam lesung batu. Cicah air kunyit tadi menggunakan jari kemudian sapukan dibatang hidung anak yang tersumbat.
InsyaAllah, hidung anak yang tersumbat sebab selsema akan lega. Semasa mencalit air kunyit dibatang hidung anak, berhati-hatilah supaya tidak meleleh. Ini adalah kerana dibimbangi meleleh ke dalam mata atau ke bahagian muka.
http://Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment