uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday, 4 January 2012

Tanam pokok Biar Lebat Berbuah Dan Manis Rasanya

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Ini lagi satu kegemaran saya yaitu bercucuk tanam pokok buah, pokok bunga dan sayur-sayuran. Pokok sayur dan pokok buah yang saya tanam hasilnya biasanya tak habis pun hendak makan. Jadi saya sedekahkan pada jiran-jiran dan kawan-kawan. Sesetengahnya tersedekah pada burung-burung dan seranga. Selalu orang akan memberi pujian buah yang saya tanam tersebut berbuah lebat dan manis. Orang kata "sejuk tangan" Anda hendak tahu apa petuanya? Baca seterusnya......

Emak saya kata, bila hendak menanam pokok buah, hendaklah dalam keadaan meneran. Bila kita hendak menanam pokok, mula-mula sekali kita buat lubang kan! Jadi bila hendak menanam pokoh, kita masukkan kedalam lubang tersebut sebelum mengkambuskan akarnya. Semasa memasukkan kedalam lubang tersebut hendaklah dalam keadaan meneran. 

Itulah petua orang tua-tua dahulu. Tanam pokok tidak payah pakai baja macam zaman sekarang. Andai ada rezeki Allah bagi InsyaAllah boleh makan hasilnya dan boleh pula bersedekah pada orang lain. Saya tanam pokok pun ada yang tak pakai baja. Bukan apa...beli baja...berbulan-bulan, hampir setahun, kadang-kadang tidak juga dibubuh baja...Tak sempat! Ya lah sebab tanam untuk memenuhi hobi sahaja...bukan untuk tujuan komersial....Kalau sempat buat....tak sempat, lain kali...

Ok..Bye....Bye.....Wassalam..
Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...