Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Orang tua-tua kata, kalau rama-rama masuk ke dalam rumah itu tandanya ada orang hendak datang berkunjung ke rumah..
Betul ke ? Mungkin juga ada benarnya. Kemungkinan secara kebetulan sahaja.
Cuba lah amati lain kali kalau ada rama-rama masuk ke dalam rumah. Betul tak ada orang hendak datang ke rumah...
Secara kebetulan, memang ada tetamu datang ke rumah saya. Sebelah pagi datang seorang dan sebelah petang datang lagi seorang..
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke rumah saya. Semuga Allah memberkati hubungan silaturrahim.
http://Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment