Kursus Interior Advanced Work yang saya hadiri mingu lepas mengandungi juga modul pemasangan lantai kayu HW HDTP (hardwood high density timber panel).
Langkah-langkah pemasangan lantai tersebut adalah seperti berikut:
Langkah 1: Hamparkan foam roll
LangkaLangkah 2: Letakkan panel di atas foam. Berikan kelegaan lebih kurang 10mm untuk tujuan pengembangan.
Langkah 3: Potong panel jika terdapat sebarang unjuran sediada
Langkah 4: Masukkan tangam lidah dan lurah dan ketatkan penyambungan tersebut.
Langkah 5: Potong panel supaya penyambungan berpaten.
Langkah 6: Letakkan gam ke atas panel skirting.
Langkah 7: Lekatkan panel skirting ke dinding dan paku secara menyerong.
Senang kan!....
Masa yang diambil untuk keluasan lantai 3600mm x 3000mm adalah lebih kurang 4 jam sahaja. Kalau memang minat bertukang tidak menjadi masaalah samada lelaki ataupun perempuan....
Selamat mencuba...bye...bye....
No comments:
Post a Comment