Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
http://Petuapaje.blogspot.com
Tidak disangka-sangka, bila burung saya hilang, berganti banyak dan bersarang di pokok pinang sebelah rumah lebih kurang dua depa sahaja dari dinding rumah.
Saya telah menanam empat batang pokok pinang. Dua pokok pinang tersebut dipenuhi dengan sarang burung.
Pada mulanya saya sangka jiran sebelah rumah juga beralih hobi memelihara burung. Bila saya tinjau-tinjau, burung tekukur berterbangan dari pokok pinang.
Harap-harap tidak ada sesiapa menyedarinya....dan tidak menjolok sarang-sarang burung tersebut.
Pada hujung minggu, terasa sangat meriah dengan kokokan burung-burung terkukur tersebut di sekeliling rumah. Saya sudah tidak kesunyian lagi .....suara burung tekukur sentiasa menemani saya....he he he....
Lepas ini kalau saya hendak memikat tidak payah lah hendak ke hutan kot. Sambil memasak, basuh kain, mengemas rumah dan berblogging pun boleh memikat burung....
http://Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment