Assalammualaikum dan salam sejahtera….
Selamat tahun baru 2012 kepada semua ….Hari ini kita sudah menginjak ke tahun 2012. Bila menjelang tahun baru semua orang bertafakur sebentar mengimbas tahun yang sudah berlalu. Tidak terlupa juga untuk mengatur strategi untuk melangkah semula untuk tahun ini. Apa sahaja yang kita rancangkan untuk tahun ini ibarat membuat persiapan ke medan peperangan. Sebelum ke medan pertempuran menentang musuh, yang paling penting sebelumnya ialah menentang musuh dalam diri kita sendiri. Ada orang belum pun pergi ke medan perang sudah mengaku kalah.
Mestilah mencabar
Sebelum kita berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat perlulah kita membuat perancangan. Sesuatu matlamat yang hendak kita capai itu perlulah mencabar. Ini bermaksud kita perlu mengandakan usaha untuk mencapainya. Janganlah pula sesuatu yang hendak dicapai tersebut sesuatu yang mustahil untuk dicapai mengikut keupayaan sendiri. Bila kita sudah menetapkan apa yang hendak dicapai maka hendaklah kita bersemangat untuk mencapainya biarpun berbagai-bagai rintangan yang perlu kita hadapi. Penting sekali matlamat yang hendak kita usahakan tersebut boleh dicapai, sekurang-kurangnya memberi faedah kepada diri sendiri. Andaikata memberi faedah kepada agama, bangsa dan Negara ia adalah lebih baik.
Boleh diukur
Matlamat yang hendak kita capai mestilah ibarat menjawap soalan objektif samada jawapan nya adalah A, B, C atau D. Bermakna kita hanya perlu memilih satu jawapan sahaja yang paling tepat. Katakanlah kita katakan hendak melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik. Itu bermakna jawapan kita subjektif dan tidak boleh diukur . Sesuatu matlamat yang hendak kita capai itu perlulah boleh diukur dalam bentuk kuantiti yang boleh diukur. Contohnya hendak membeli rumah yang mengandungi 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Jika kita katakana kita hendak membeli rumah sahaja. Itu maknanya tidak boleh diukur.
Harmonis
Dalam kehidupan kita didunia ini berbagai-bagai aspek matlamat yang perlu kita capai. Bila kita hendak mencapai sesuatu matlamat, beberapa aspek pencapaian matlamat tersebut hendaklah harmoni. Contohnya jika kita hendak cemerlang dalam pekerjaan janganlah kita lupa pula dari aspek kemasyarakat dan keluarga. Bukanlah bila kita mahukan kerjaya kita pada tahap cemerlang hingga kita melupakan urusan keluarga dan tidak bercampur gaul dengan masyarakat dipersekitaran kita.
Boleh Ubah-suai
Apabila kita hendak mencapai sesuatu matlamat sudah tentu banyak faktor yang menjadi penghalangnya. Adakalanya keadaan atau situasi semasa berubah. Buatlah penilaian semula.Maka bolehlah kita mengubah suai faktor-faktor untuk mencapainya. Buatlah satu keputusan yang terbaik untuk mencapainya atau mengubah suai dan menggantikan kepada pencapaian matlamat lain.
Jangka waktu
Matlamat yang hendak kita capai hendaklah berketentuan jikalau tidak, habis tahun 2012 pun kita tidak mencapai satu pun matlamat yang telah dirancang. Sesuatu matlamat itu perlalulah dirancang samada ia perlu dicapai dalam jangka setahun, beberapa bulan, bualanan, mingguan atau pun harian.
Sekian terima kasih..Wassalam...
Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment