uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday, 29 February 2012

Motif Batik Terap Menggunakan Keratan Ubi Kentang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta seluruh dunia.......

Hujung minggu jika tidak ada aktiviti di luar bersama keluarga, boleh buat aktiviti rekaan motif batik tekap menggunakan keratan ubi kentang.

Saya cadangkan iktiviti ini kepada anak. Dia pun setuju dan nampak seronok sebab tidak pernah buat corak menggunakan tekap keratan ubi kentang.

Disamping itu boleh juga mencungkil bakat seni rekaan anak-anak manalah tau anak-anak kita itu berbakat dalam bidang senireka. Bolehlah kita dan anak-anak membuat jurusan pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. 

Bidang-bidang tersebut contohnya ialah senireka grafik, rekabentuk industri, senibina, rekabentuk corak batik dan macam-macam lagi senireka yang memerlukan anak-anak tempatan maju dalam bidang demikian.



Sunday, 26 February 2012

Focal Point/Titik Tumpuan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum,salam sejahtera,salam 1(one)Malaysia serta seluruh dunia.......

Terletak di R&R Lebuh Raya PLUS Utara Selatan di Sungai Perak. Pandangannya lebih menarik pada waktu hujan. Air yang terkumpul akan turun mencurah ke bahagian tengah dan jatuh di atas batu dan menghasilkan pembalikan percikan air ke sisi.


http://Petuapaje.blogspot.com

Friday, 24 February 2012

Terima Kasih! Nuffnang's 5th Birthday Bash!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum,salam sejahtera,salam 1(one)Malaysia serta seluruh dunia.......


Happy Birthday 5th Nuffnang! Tahniah juga...

Terima kasih Naffnang Community Relations kerana menjemput saya berparti pad 26hb. Februari 2012 ini sempena ulang tahun kelahiran Naffnang yang ke-5. Tentu seronok kan? Tapi apa kan daya. Hari tersebut hari bekerja saya bagi negeri Kedah Darul Aman.

Pekerjaan saya pula adalah seorang pendidik. Tugas dan tanggungjawab mengajar telah dijadualkan mengikut sillibus yang ditetapkan. Kalau ambil cuti nanti saya kena ganti mengajar pada waktu lain pada hujung minggu atau sebelah malam. Kalau tidak program pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang tergendala. Kasihan pada pelajar saya dan orang-orang yang ada dikeliling saya...Keputusannya saya tidak dapat menyertainya.

Tentu seronok kepada yang dapat menyertainya. Dress Code yang telah ditetapkan adalah warna biru. Sudah pasti semuanya nampak cantek, berseri-seri, angun dan menawan...



 http://Petuapaje.blogspot.com

Thursday, 23 February 2012

Ingin Cemerlang Berblogging, RM$$$$$ Merujuk Kepada "DUIT"

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta seluruh dunia....... 
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Kecemerlangan bukan milik golongan tertentu sahaja tetapi adalah milik kepada mereka yang selalu berusaha untuk mendapatkannya. Peribahasa menyebut “usaha adalah tangga kepada kejayaan/kecemerlangan”.

Kita perlu memotivasikan diri kita kerana ia merupakan faktor pendorong seseorang untuk bertindak bagi mencapai matlamat yang diingini. Ini adalah kerana motivasi juga adalah proses dalam diri seseorang yang memberi tenaga, menentukan sikap dan menunjukkan arah matlamat yang ingin dicapai.

Wednesday, 22 February 2012

Keperluan Rekabentuk Bangunan Menjamin Kebahagiaan Rumahtangga

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia dan seluruh dunia....... 

Esok saya akan mengadakan lawatan sambil belajar bersama pelajar program senibina seperti butiran berikut:
Tempat:                Jabatan Akitek Majlis Bandaraya Alor Setar 
Tarikh:                  23hb Februari 2012 (Khamis)
Masa:                   9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Bilangan Pelajar:   15 orang 

Sunday, 19 February 2012

Sertai Innit.Naffnang.com Untuk Tingkatkan Pelawat Dan Pendapatan 5 Angka

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Untuk pengetahuan anda semua, selepas satu bulan melancarkan blog saya, saya menyertai Naffnang.com dan menjadi ahli Innit. Mendapat keahlian Glitteri. Terima kasih Naffnang kerana menerima saya menjadi ahli dan mendapat keahlian Glitteri dalam Innit.

Free Counter - Letakkan Pembilang Pelawat Sebelum Siarkan Blok

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......


Pageviews today
28
Pageviews yesterday
43
Pageviews last month
1,929
Pageviews all time history
5,432
Pembilang Pelawat: 000000231


Kepada yang baharu hendak memulakan membuat blok....saya nasihatkan ...masukkan pembilang pelawat sebelum siarkan blok kepada umum. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

Saturday, 18 February 2012

Rama-Rama Masuk Ke Dalam Rumah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......


Orang tua-tua kata, kalau rama-rama masuk ke dalam rumah itu tandanya ada orang hendak datang berkunjung ke rumah..

Betul ke ? Mungkin juga ada benarnya. Kemungkinan secara kebetulan sahaja.

Cuba lah amati lain kali kalau ada rama-rama masuk ke dalam rumah. Betul tak ada orang hendak datang ke rumah...




Blogging Platforms

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Kepada sesiapa yang hendak memulakan berblogging, pilih sahaja platform yang anda suka. Banyak terdapat di sesawang internet. Semuanya sign in adalah percuma. Contohnya platform tersebut adalah seperti:

1. Blogger
2. Php BB
3. Tumbler
4. Type Pad
5. V Bulletin
6. WordPress
7. WebMatrix
8. Wallinside

Ada yang tanya..Apa perbezaannya...He he he...Lihat lah sendiri...

 http://Petuapaje.blogspot.com

Friday, 17 February 2012

Iklan Konsert Awie Dan Ella Pada 26hb. Di TV Macam Tidak Professional

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Tengok iklan tersebut mulanya...Wa...Nampak kelihatan hebat...Bila dengar suara Ella ala-ala manja...Alamak! Ramai ke orang suka manja-manja macam itu...Bila Ella ketawa...Tundukkan muka...Rambutnya pula menutupi muka...Alamak....Macam tak pro langsung.

Nak ketawa..Ketawa je lah....Lepaskan ketawa tersebut dan mengadap kamera. Sebagai seorang artis kena lah mengadap kamera betul-betul. Jangan takut! Sebab kami nak tengok muka Ella dan Awie...sebelum beli tiket dan pergi ke konsert tersebut..

Ella macam tak biasa mengadap kamera...He he he...Maaf Ella..Maaf Awie...Saya bergurau je...Apa pun lain kali kena perbaiki..

 http://Petuapaje.blogspot.com

Thursday, 16 February 2012

Motif Batik Keratan Pelapah Daun Pisang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Sesekali seronok juga bila kita mengimbas kenangan silam berkaitan dengan kerja seni kita semasa zaman sekolah rendah dahulu. 

Seronok bermain dengan pewarna, berus dan bahan lain. Bila keesokkan harinya ada pendidikan seni, hari sebelumnya cikgu sudah berpesan supaya anak-anak murid membawa bahan sampingan untuk menghasilkan seni kerja tangan. 

Salah satu bahan tersebut ialah pelepah daun pisang......

Monday, 13 February 2012

Antara Pantai, Ombak Laut Dan Langit Membiru Bila Menjenguk Anak....

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Pemandangan disekitar kampong 



Hujung minggu selalunya menjenguk anak yang tinggal di asrama Makhtab Rendah Sains MARA Merbok Lebih kurang 50km dari kediaman.

Mula-mula jengok anak setiap minggu, dah lama sikit dua minggu sekali. Tahun ini anak sudah memasuki tingkatan dua jadi tempoh selang menjenguk dipanjangkan menjadi tiga minggu.



Saturday, 11 February 2012

Majlis Pengenalan & Penyerahan Mentor-Mentee Semester 1 Sesi Jan-Jun 2012 IKMAS

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Pelajar berdebar..menanti diserahkan kepada mentor
Tempat: Anjung,
             Institut Kemahiran MARA
             Alor Setar(IKMAS) Kedah
             Malaysia

Tarikh: 9hb. Februari 2012
     
Semuga semua mentor dan mentee memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing..

Mentor berperanan menggantikan ibu-bapa dalam membimbing pelajar menyesuaikan budaya penginapan dan pembelajaran baru. Mentor juga menjadi pembimbing terhadap pembangunan kerjaya pelajar dalam jangka masa panjang.

Awan Nano Serakkan Warna Dan Berarakkan Lindungi Dirimu....

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri


Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu


Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu



Friday, 10 February 2012

Kawal Perosak Tanaman Menggunakan Kaedah "NaturalFarming" (NF)

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......................

Mengawal serangga tanaman boleh kita buat sendiri dengan bahan campuran dari dapur.


Kawalan Hamama dan Afid
Sembur pada bawah daun pada tengahari menggunakan campuran 10 –12 biji cili padi dengan 
1liter air.

Thursday, 9 February 2012

Rekabentuk Model Jambatan Mengikut Keperluan Kekuatan Struktur dan Senibina

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Tujuan sesuatu struktur pembinaan dibina adalah supaya dapat menanggung beban yang ditanggungnya dan seterusnya mengagihkannya pula kepada bahagian-bahagian struktur lain yang lebih selamat sehinggalah ke lapisan tanah yang kuat.

Rekabentuk struktur merupakan satu bidang gabungan antara seni dan sains yang meliputi pelbagai aspek seperti kos, kegunaan, kemudahan, kecantikan, kualiti dan lain-lain.


Wednesday, 8 February 2012

Rela Jadi Teratai Layu Daripada Mekar Di Tasik Madu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera......



Walaupun tasik kekeringan ..
Tak mungkin teratai kan tumbuh di darat..
Begitulah takdirnya cintaku di ibarat..
Tak akan berubah perasaanku terhadap dia..



Kenapa dia yang ku cinta..
Sedangkan ku tahu sikapnya begitu..
Dia pandai berpura dan pandai bermain kata..
Setahun bersama bak seribu tahun tersiksa..






Tuesday, 7 February 2012

Balik Pasaraya Singgah Di Gerai Buah-Buahan Tempatan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Hujung minggu, jalan-jalan di Pasaraya, perjalanan balek ke rumah singgah di gerai buah-buahan. ya..lah...kempen makan buah-buahan tempatan kepada diri sendiri, jadi kenalah beli buah-buahan tempatan.

Demi kesihatan, adalah satu pilihan yang bijak memasukkan buah-buahan tempatan sebagai menu sampingan. Banyak buah-buah tempatan sekarang ini berada di pasaran kerana teknik,  teknologi penanaman secara moden dan berteknologi menghasilkan produk yang berlipat ganda.

Monday, 6 February 2012

Menikmati Keindahan Seni Ukiran Kayu Bermotifkan Bunga Secara Realiti

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Bila kita mahu menikmati keindahan dan kesenian sesuatu ukiran kayu yang bermotifkan bunga, hendaklah kita mengetahui dan melihat sendiri dahulu betapa secara realitinya bunga itu memang sungguh cantek.


Bila kita sudah melihat sendiri bunga itu, kita dapat mengetahui warna bunga, tone warna bunga, bentuk bunga, bentuk daun, bentuk batang dan keseluruhan  representasi pokok bunga itu sendiri.

Contohnya bunga ini telah dijadikan element motif ukiran. Bila kita telah pernah memandang bunga ini, bila kita terpandang sahaja ukiran yang bermotifkan bunga ini. Secara automatik kita melihat ukiran kayu tersebut seolah-olah berwarna-warni biarpun warnanya hanyalah choklet tone kayu, maka kita terbayang betapa canteknya bunga-bunga tersebut walaupun dipersembahkan dalam ukiran kayu.



Saturday, 4 February 2012

Pelajar Sudah Teruja Untuk Melaksanakan Architecture Day Ke-7

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Sudah semestinya hati saya berbunga-bunga bila ada pelajar menyuarakan hasrat untuk membuat persiapan awal mengadakan Program Archi's Day pada awal Julai 2012. Kalau sebelum ini pelajar mula buat persiapan pada bulan Jun bagi program sesi ke-2. Pada fikiran saya, ini adalah satu petanda positif merujuk kepada program tersebut dan merujuk kepada perkembangan pemikiran pelajar yang terbabit.
Batu yang terdapat di Hutan Lipur Bukit Hijau. Kelihatan tompokan kulat .....
Bukit hijau
 
Bukit hijau

Bukit hijau

Friday, 3 February 2012

Program Mentoring Pegawai-Pegawai MARA Memberi Nilai Tambah Terhadap Perkhidmatan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Semasa mengadakan Program Achitecture Day pada 25hb. hingga 26hb. Januari 2012 di Bendang Man Resort, saya telah menerima panggilan untuk menghadiri program di Kuala Lumpur. Dalam hati...alamak...penat tidak habis lagi sudah kena ke Kuala Lumpur pula untuk menghadiri program. Program tersebut telah berlangsung dari 29hb. hingga 31hb. Januari.

Thursday, 2 February 2012

Ingin Berkenalan Dengan Blogger Dari Bandaraya Alor Setar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Saya mula berblogging secara serious pada akhir bulan September 2011. Ini maknanya baharulah lebih kurang 4 bulan. Masa yang saya peruntukkan untuk menjenguk blog saya sendiri tidak lah lama dalam sesuatu hari. Adalah lebih kurang 2 jam itu pun pada sebelah malam. Terkadang-kadang tidak ada mood untuk berblogging pun ada juga. Ada ketikanya saya hanya buat draf banyak-banyak. Bila ada masa bahurulah saya publishkan satu persatu pada setiap hari.

Wednesday, 1 February 2012

Meredah Hutan Mencabar Minda Dan Fizikal

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Salah satu aktiviti yang mencabar minda dan fizikal ialah meredah hutan sejauh 2.5kilometer ketika aktiviti Architecture day ke-6 diadakan. Sebelum meredah hutan dinasihatkan kepada pelajar-pelajar supaya tidak memakai bauan yang harum kerana dikhuatiri diserang lebah kerana kemungkinan seranga tersebut menyangka bunga harum yang mengandungi manisan.
Baca doa

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...