uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday, 23 February 2012

Ingin Cemerlang Berblogging, RM$$$$$ Merujuk Kepada "DUIT"

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta seluruh dunia....... 
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Kecemerlangan bukan milik golongan tertentu sahaja tetapi adalah milik kepada mereka yang selalu berusaha untuk mendapatkannya. Peribahasa menyebut “usaha adalah tangga kepada kejayaan/kecemerlangan”.

Kita perlu memotivasikan diri kita kerana ia merupakan faktor pendorong seseorang untuk bertindak bagi mencapai matlamat yang diingini. Ini adalah kerana motivasi juga adalah proses dalam diri seseorang yang memberi tenaga, menentukan sikap dan menunjukkan arah matlamat yang ingin dicapai.

Kepentingan motivasi adalah untuk menaikkan semangat, merangsang pemikiran, mengerakkan tingkah laku dan menentukan kecemerlangan.

Bila anda ingin cemerlang? Mulakannya dari sekarang! jangan bertangguh! Orang yang bertangguh adalah orang yang rugi. "Masa itu ibarat emas" yang amat bernilai. Ubahlah diri kita menjadi insan yang cemerlang. 

Ciri-ciri orang yang cemerlang adalah seperti berikut:
Bersikap positif
Bersemangat tinggi
Bijak mengenalpasti dan mengambil peluang
Bijak menyelesaikan masalah
Cekal
Cekap mencari maklumat
Rajin dan mempunyai daya inisiatif
Merancang secara sistematik
yakin terhadap keupayaan diri
  
Seseorang yang ingin cemerlang perlu merujuk kepada”DUIT” yang bermaksud:
D = doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakal


Apa lagi? Ubahlah diri anda! Perbezaan yang wujud dalam diri orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah disebabkan oleh pemikiran dan sikapnya. Pemikiran dan sikap banyak dipengeruhi oleh motivasi yang timbul dalam diri sendiri. Jadilah diri anda sendiri, di mana anda berada adalah disebabkan oleh sikap mental anda terhadap diri anda dan orang lain.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...