Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
http://Petuapaje.blogspot.com
Hujung minggu, jalan-jalan di Pasaraya, perjalanan balek ke rumah singgah di gerai buah-buahan. ya..lah...kempen makan buah-buahan tempatan kepada diri sendiri, jadi kenalah beli buah-buahan tempatan.
Demi kesihatan, adalah satu pilihan yang bijak memasukkan buah-buahan tempatan sebagai menu sampingan. Banyak buah-buah tempatan sekarang ini berada di pasaran kerana teknik, teknologi penanaman secara moden dan berteknologi menghasilkan produk yang berlipat ganda.
Buah yang saya beli pada hari tersebut ialah buah pisang. Terdapat juga buah-buahan tempatan yang lain seperti betik, mangga, cempedak, buah mata kucing dan lain-lain lagi. Buah-buahan yang diimport dari luar negara juga tidak kurang permintaannya.
Buah yang saya beli pada hari tersebut ialah buah pisang. Terdapat juga buah-buahan tempatan yang lain seperti betik, mangga, cempedak, buah mata kucing dan lain-lain lagi. Buah-buahan yang diimport dari luar negara juga tidak kurang permintaannya.
Di gerai tersebut sempat juga saya mengajak adik-adik ini untuk bergambar. Mulanya enggan tetapi bila saya katakan akan dimasukkan ke dalam komputer dan satu dunia akan lihat, mereka pun akur untuk bergambar. Adik penjual buah...nanti kalau lawat entri kak ini...tunjukkan pada adik-adik berdua tu...tentu mereka gembira.
Sampaikan pesan kak juga supaya adik-adik tersebut belajar rajin-rajin muga suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kalau suatu hari nanti adik-adik sudah menjadi orang yang bijak dan pandai, sudah tentu adik-adik akan terkenal dan wajah adik-adik akan terpampang lagi dan ditatap diseluruh dunia.
http://Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment