- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Salah satu aktiviti yang mencabar minda dan fizikal ialah meredah hutan sejauh 2.5kilometer ketika aktiviti Architecture day ke-6 diadakan. Sebelum meredah hutan dinasihatkan kepada pelajar-pelajar supaya tidak memakai bauan yang harum kerana dikhuatiri diserang lebah kerana kemungkinan seranga tersebut menyangka bunga harum yang mengandungi manisan.
|
Baca doa |
Pelajar-pelajar juga dinasihatkan tidak celupar atau mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak elok dan menunjukkan keegoan diri semasa berada didalam hutan. Bacaan doa mengiringi pemergian pelajar meredah hutan supaya perjalanan selamat dan sampai kembali.
|
Ambil gambar sebelum meredah hutan..... |
|
Berbekalkan air mineral dan sebuku roti..akhirnya perlu dimakan dan minum diawal perjalanan. Kalau tidak dimakan macam mana tangan hendak berpaut kesana-sini semasa mendaki, menurun dan meredah... |
|
0.5kilometer perjalanan sudah tercungap-cungap..kaki seakan tidak mampu untuk melangkah kehadapan..... |
Di awal perjalanan setengah kilometer pertama sudah mencabar minda untuk meneruskan perjalanan...atau pun tidak. Mengapa tidaknya, sudah tercungap-cungap pernafasan kerana mendaki lereng curam. Bila difikirkan kebaikan tercungap-cungap itu adalah salah satu senaman jantung, maka diteruskan juga.
|
Meniti titi ....basah dan licin... |
|
Tidak dilupakan membawa "First aid" dan "walkie-talkie" |
Meredah hutan memang satu aktiviti yang memenatkan kerana terpaksa menuruni bukit, memanjat bukit, meredah sungai, melangkah batang-batang kayu rebah, mengelak-elak dari tersangkut pokok berduri. Kadang-kadang terpaksa merangkak dan berjalan membongkok-bongkok....
|
Mengelongsorkan diri menuruni curam...
Meredah hutan, kadang-kadang terpaksa mengelongsorkan diri, kadang-kadang berpaut pada pokok-pokok kecil untuk menuruni bukit, badan pula berpusing-pusing tapi tempat berpaut tidak boleh dilepaskan
|
Nasib baik perjalan meredah hutan melintasi Taman Rekreasi Lata Mengkuang yang mempunyai aliran Sungai
Tepir. Bolehlah melepaskan lelah buat seketika...
Selepas dua hari aktiviti ini dijalankan...pelajar-pelajar masih keletihan...sakit urat tangan dan urat kaki....Paling menakutkan ialah kesan gigitan pacat pada kaki yang gatal dan kemungkinan jadi kudis..
http://Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment