uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 5 June 2012

Berpisah Dalam Samar Cahaya Pagoda

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Cahaya Pagoda sebelah pagar buat suasana romantik
Mencari kelainan. Suasananya lebih romantik dalam samar-samar cahaya lampu Pagoda. Begitulah Majlis Perpisahan Pelajar Sesi Januari-Jun 2012.

Masak sendiri, hidangkan dan makan ramai-ramai, paling penting sedap dan mengenyangkan. Ayam bakar, daging bakar dan  hot-dog bercicahkan sambal kacang tanah sebab dagingnya telah diperap dengan perencah sate.

Semasa membakar lagi aromanya menyerbak, bila terhidu tiba-tiba terasa lapar.


Persembahan silat
 Nasi daging, buah tembikai, buah epal dan air oren. Hilang lapar, hilang dahaga, terutamanya dalam keadaan cuaca panas beberapa hari ini.

Beberapa persembahan diadakan seperti lagu perpisahan dengan diiringi petikan gitar dari beberapa orang pelajar. Persembahan silat ala beberapa perlawanan. Bergoleh, melompat, terjatuh dan sebagainya. Mestilah sakit dan melecet! Dah la kaki ayam, jatuh atas batu pula.

Persembahan lagu diiringi petikan gitar
Persembahan video juga diadakan mengimbas kenangan pelajar dari mula mendaftarkan diri sebagai pelajar sehinggalah menjelang hari perpisahan. Tayangan tersebut menjadi bahan sorak menceriakan suasana.

Perpisahan kali ini tidaklah sedih sangat kerana dalam suasana cahaya suram. Riak kesedihan di wajah kurang jelas kelihatan dan kurang berbekas kesedihan di hati sesama kawan. Air mata pun kuranglah bercucuran....
Bakar daging dalam gelap. Jangan lama sangat nanti tak perasan daging hangit
Lapar....sikit je ambil..diet ke?
Jangan diet malam ni...
Biar pun dalam gelap...janji kenyang
Dalam samar-samar cahaya...habis licin makan
Beratur. Sekejap lagi salawat Nabi dan bersalam-salaman
 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...