uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday, 30 June 2012

Hari Keluarga Jabatan Pengangkutan Jalan Perlis 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Bersedia...

Cuaca sangat panas tetapi hari keluarga tetap berjalan lancar dan sangat meriah. 

Banyak acara yang disediakan seperti acara mewarna, bowling buag kelapa kering, mumia, rebut kerusi, isi air dalam botol, bawa bola pimpong dalam sudu, teka kacang, teka timbangan buah-buahan, lambungan kasih, solek pasangan, gubahan hantaran dan mencari harta karun.






Pertandingan mewarna

Acara diketegorikan mengikut kumpulan kanak-kanak, remaja, dewasa, wanita dan pasukan rumah kakitangan JPJ.


Semua kakitangan berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah. Beberapa cabutan Bonanza juga diadakan. Tahniah kepada yang mendapat rezeki lebih.

Terima kasih juga kepada Jawatankuasa Hari Keluarga kan.....kerana makanan yang disediakan juga sedap-sedap bermula dengan sarapan pagi, nasi goreng bertelor goreng.
Bowling buah kelapa

Waktu rehat pula disediakan laksa dan aiskrim. Makan tengahari berlaukkan ulam-ulaman, sambal belacan, ayam goreng berempah, kari ikan kering campur nenas dan terong. Memang sedap!
Mumia
Rebut kerusi
Perempuan pun berebut kerusi juga
Isi air dalam botol
Bawa bola pimpong dalam sudu
Berebut kerusi juga...
Lambungan kasih. Belon berisi air, kalau pecah, habis basah....... 
Solek menyolek pasangan...ada misai, macam mana nak pakai gincu?
Dah lawa...jadi apa pulak!
 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...