uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday, 18 July 2012

Ceramah Penghayatan Ramadhan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh:     16hb. Julai 2012
Tempat:    Dewan IKMAS
Masa:       11.00 - 12.45 pagi

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Manzur bin Othman dari Makhtab Rendah Sains MARA Pendang. 

Harapan beliau kepada semua pendengar adalah semuga dipanjangkan doa supaya hayat kita sampai ke bulan Ramadhan setelah menempuhi bulan Rejab dan Sya'aban. Beliau mengalakkan kita berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'aban untuk melatih diri supaya apabila tiba bulan Ramadhan, tubuh badan kita sudah terlatih berpuasa dan mengerjakan amalan ibadah yang lain.


Beliau juga memberikan pengetahuan tentang waktu malam ( satu pertiga malam) yang afdal berdoa dan tidak ditolak oleh Allah subhanahuyataala. Malam-malam tersebut ialah:
1. Malam pertama bulan Rejab
2. Malam Nisfu Sya'aban
3. Malam Jumaat
4. Malam Hariraya Aidilfitri

"Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan kerana banyak rahmat Allah berikan untuk umatnya. Janji Allah, bulan Ramadhan adalah bulan rahmat Allah kerana merupakan bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka".

Puasa bukanlah budaya yang diturunkan dari satu jenerasi kepada satu generasi tetapi lebih kepada penghayatan dengan penuh keimanan. Oleh itu jadikanlah bulan Ramadhan sebagai permulaan semangat membara hadapi perjuangan hidup untuk mempertingkatkan ibadat kepada Allah".

Ramadhan akan datang lagi tapi kita belum tentu ada lagi didunia ini pada Ramadhan akan datang.

Beliau juga memberikan petanda kasih Allah kepada hambanya. Di antaranya ialah:
1. Apabila melihat gambar kaabah, kita teringin hendak ke Mekah mengerjakan Haji
2. Apabila melihat Mesjid, kita teringin hendak beribadat di dalamnya
3. Apabila teringat bulan ramadhan, kita teringin hendak buat persiapan berpuasa (berpuasa di bulan Rejab    dan Sya'aban)
4. Apabila datang hari Jumaat, pergi sembahyang Jumaat
5. Mendapat rakan yang baik yang mendorong kita melakukan kebaikkan juga.

Di antara rahmat Allah di bulan Ramadhan pula ialah:
1. Digandakan pahala segala amalan yang baik
2. Ditambat syaitan dari memperdaya umat Islam
3. Dibuka pintu Syurga
4. Di tutup pintu Neraka

Bala pula akan Allah turunkan jika kita menolak hukum Allah yang terkandung di dalam Al-quran, tidak menganggap ayat-ayat Al-quran adalah penwar penyakit, tidak membesarkan bacaan ayat-ayat Al-quran sebaliknya menyanjungi nyanyian artis.

Selain berpuasa di bulan Ramadhan, umat Islam juga digalakkan bersedekah kepada yang memerlukan pertolongan dan bantuan.

Ok....sehingga di sini sahaja dahulu. Jika ada maklumat yang disampaikan oleh Ustaz tersebut ada yang tertinggal, saya minta maaf. Semuga ceramah tersebut memberi hidayah kepada semua ....

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...