uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 3 July 2012

Pelaksanaaan Kegiatan Kokurikulum Di IKMAS

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Definisi:
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan berkumpulan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar kurikulum yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik kuliah, studio, makmal atau bengkel. Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum yang merangkumi semua pengatahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan. Kokurikulum menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan  insan yang bersepadu dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan Negara, kebudayaan, integrasi nasional dan sebagainya akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depannya. Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskan keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti  kependidikan dalam keadaan sebenar

Konsep:
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam atau di luar institusi mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti dengan andaian bahawa pelajar tidak dapat pengalaman tertentu di dalam sistem pembelajaran kurikulum, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai astatika serta sosial yang positif.Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan anggota masyarakat adalah perlu berasaskan kepada anggapan bahawa:        *Semua pelajar harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan    perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani).
*Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan
*Semua pelajar boleh dididik, boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya                 *Institusi bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat dan Negara
*Masyarakat juga bertanggungjawab memainkan peranan mendidik pelajar

Objektif: 
*Menyemai kesedaran pelajar-pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
*Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar-pelajar
*Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dikalangan pelajar di Institusi dan di antara Institusi lain
*Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam aktiviti yang diceburi
*Membina dan meningkatkan disiplin pelajar
*Mewujudkan budaya Institusi yang menarik dan mengembirakan
*Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara Institusi dan masyarakat
*Mewujudkan Institusi berwatak
*Menyediakan pelajar untuk mengikuti program khidmat Negara
*Mengukuhkan integarasi nasional

Strategi Pelaksanaan:
Untuk mencapai objektif tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaan:
*Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di Institusi
*Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan
*Melibatkan pelajar daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk pemupukan perpaduan
*Melibatkan pelajar dan pihak Institusi dalam aktiviti khidmat masyarakat
*Melibatkan Jawatankuasa Disiplin, Jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, Persatuam Ibu Bapa dan Pengajar-pengajar , Pengajar-pengajar dan Pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
*Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan
*Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua pelajar
*Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan
*Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak dari semasa ke semasa.

Kelab/Persatuan yang sedia ada di IKMAS:
BIL
NAMA KO-KURIKULUM

1

BCC/Kelab Canting Batik

2

CIC/Kelab Creativiti & Inovasi

3

JPAM/Pasukan Pertahanan Awam

4

PPI/Persatuan Pendidikan Islam

5

PBI/Persatuan Bahasa Inggeris

6

KBU/Kelab Bimbingan Usahawan

7

PRS/Pembimbing Rakan Sebaya

8

Kelab Kompang

9

Kelab Multimedia


Penilaian Kokurikulum IKMAS
4 komponen yang akan diambil kira dalam sistem pemarkahan kokurikulum:
BIL
KOMPONEN PENILAIAN
PERATUS PEMARKAHAN
1        
Berkemahiran (skills)
40%
2
Khidmat Masyarakat (social services)
           
20%
3
Pembangunn Sahsiah (Attitude Development)            
20%
4
Kedatangan (Attendance  85%)  
      
20%
JUMLAH
100%
*Markah keseluruhan adalah 100
*Markah Lulus adalah 50
*Semua pelajar semester 1 Wajib menjalani Ujian Kecenderungan Fardhu Ain (UKFA) pada awal semester
*Pelajar yang tidak melepasi UKFA adalah diwajibkan mengikuti Persatuan Pendidikan Islam (PPI) pada semester 1 dan mengikuti ko-kurikulum lain pada semester berikutnya.
*Pelajar yang melepasi UKFA , diwajibkan mengambil ko-kurikulum pilihan

Pecahan Penilaian:
Berkemahiran
*Penilai berkemahiran boleh dibuat dalam bentuk teori atau amali
*Pembahagian markah 40% untuk bahagian berkemahiran telah disediakan perincian tertakluk  kepada  kokurikulum masing-masing
*Contoh aktiviti-aktivi kemahiran seperti kemahiran berbahasa, bertukang, bertani, berkreatif, berpuisi, seni, berkawat, bermain alat muzik dll.

Khidmat Masyarakat
*Pemarkahan diambil kira dengan mengambil kira jumlah penglibatan pelajar dalam khidmat masyarakat kokurikulum terbabit seperti berikut:
*1 jam khidmat masyarakat = 2%
*10 jam khidmat masyarakat dapat dilaksanakan  = 20%
*Jam maksima = 10 jam
*10 jam bagi penglibatan khidmat masyarakat adalah tidak termasuk dalam 30 jam pertemuan mingguan kokurikulum
*Contoh aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong, melukis mural, tutor kelas computer, menjadi jawatankuasa surau, mewakili IKM dalam sebarang pertandingan, pembantu tutor dalam kelas bimbingan.

Pembangunan Sahsiah
Penilaian pembangunan sahsiah dinilai 5 kriteria seperti borang penilaian pembangunan sahsiah
Perkara yang dinilai adalah criteria:
*kepimpinan ( jika tiada jawatan disandang, maka tiada markah)
*Disiplin (segala peraturan, tanggungjawab dan kerja dipatuhi)
*Kerjasama (memberi pertolongan , bekerjasama dan bertanggungjawab)
*Kreativiti (berkeupayaan mengadaptasi kepakaran dan ilmu dalam menghasilkan output)
*Komunikasi (dapat berkongsi maklumat, idea dan fikiran dalam proses berinteraksi sesama ahli)
*Ketahanan (mempunyai daya tahan dan daya juang ke arah kekuatan rohani, jasmani, emosi dan mental)
*Berdikari  (mampu melakukan kerja dengan pengawasan yang minima)
*Komitmen (memperlihatkan sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu aktiviti yang disertai)

Tahap penilaian:
Tahap 1:          Penerimaan: sikap tahu dan sedar tetapi tidak mengikuti dengan sepenuh hati
Tahap 2:          Bertindakbalas: kesediaan untuk menerima, mematuhi dan melaksanakan, tetapi hanya pada diri sendiri
Tahap 3:          Mempengaruhi: Kesediaan untuk menerima, mematuhi, menyumbang idea, boleh mempengaruhi orang lain dan membentuk satu sistem nilai dalam kokurukulum
Tahap 4:          Perwatakan yang konsisten: Kesediaan untuk menerima, mematuhi, menyumbang idea, mempengaruhi dan berupaya mengekalkan atitut serta sistem nilai yang dibentuk dengan konsisten

Kedatangan:
*Jam pertemuan mingguan                             2 jam
*Bilangan minggu minimum/semester            15 minggu
*Jumlah jam pertemuan minimum/semester    30 jam
*Pelajar tidak hadir dengan sebab perlu mengemukakan: sijil cuti sakit, surat kebenaran bercuti dll
*Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab munasabah melebihi 15% daripada jumlah jam pertemuan dikira GAGAL ko-kurikulum
*Oleh itu pelajar perlu hadir 85% untuk lulus
*Kehadiran perlu direkod dalam buku kedatangan kokurikulum pelajar (buku rekod biru)
*Kehadiran lebih 85% dapat 20% dan LULUS
*Kehadiran Kurang 85% Gagal

Cadangan baru untuk dikemaskini:
*Kelab yang tidak mempunyai sillibus digugurkan dari senarai kokurikulum untuk memudahkan pemantauan
*Kelab tersebut boleh digantikan dengan kokurikum yang tersenarai dalam sillibus.
*Kelab yang dicadangkan perlulah berasaskan kepada kemudahan yang sedia ada dengan suasana dan persekitaran serta keperluan institusi/tempatan. Contohnya seperti kelab computer dan kelab keceriaan/lanskap
*Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada Pengajar yang cemerlang dalam penglibatan kokurikulum
*Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pelajar yang cemerlang dalam penglibatan kokurikulum
*Mengadakan aktiviti yang memerlukan penglibatan bilangan pelajar yang ramai untuk membuat Penilai Khidmat Masyarakat dalam tempoh 10 jam untuk mendapatkan 20%
*Menyelaraskan aktiviti yang diadakan oleh Institusi seperti program 5’s’, khidmat masyarakat dan lain-lain lagi sebagai Penilaian Khidmat Mesyarakat
*Mengambil kira penyertaan Pelajar dalam apa jua pertandingan mewakili Institusi/Negeri/Malaysia sebagai Penilaian Khidmat Masyarakat.

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...