Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Tarikh: 25hb. Julai, 2012
Tempat: Anjung IKMAS
Masa: 9.00 pagi
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Samsudin, Penolong Pengarah cawangan Pengajian,
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dan beliau juga adalah merupakan Presiden BUKM-Badan Ugama Kebajikan MARA).
Pekerjaan adalah merupakan sebagai ibadat bagi umat Islam apabila mematuhi kehendak syarak. Pekerjaan itu pula dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat upah dan ganjaran pahala. Asas kepada setiap pekerjaan adalah dimulakan dengan niat.
http://Petuapaje.blogspot.com
Tarikh: 25hb. Julai, 2012
Tempat: Anjung IKMAS
Masa: 9.00 pagi
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Samsudin, Penolong Pengarah cawangan Pengajian,
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dan beliau juga adalah merupakan Presiden BUKM-Badan Ugama Kebajikan MARA).
Pekerjaan adalah merupakan sebagai ibadat bagi umat Islam apabila mematuhi kehendak syarak. Pekerjaan itu pula dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat upah dan ganjaran pahala. Asas kepada setiap pekerjaan adalah dimulakan dengan niat.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan kepada-Ku" (51:56 Adh-Dhariyat)
Setiap pekerjaan ada ganjaran dan ada tanggunjawab. "Setiap pekerjaan akan dipersoalkan" dan bekerja adalah sebagai satu kewajiban.
Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan" (9:105 Ataubah)
Menurut Riwayat Thabrani: Orang yang tidak diampun dosanya dengan solat 5 waktu, berpuasa, mengerjakan haji dan umrah, akan diampunkan dosanya jika orang itu ikhlas bekerja dan bersemangat dalam mencari rezeki.
Menurut riwayat Thabrani lagi: Allah SWT mencintai mukmin yang giat bekerja
Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di Syurga 'Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar: itu adalah keberuntungan yang besar"(9;72 Ataubah)
Jadi bagaimanakah dengan diri kita? Adakah pekerjaan kita akan membawa kita ke Syurga? Atau adakah rutin harian kita seperti robot? Diprogramkan atau bekerja bila diarahkan. Berbagai ragam atau urusan, tidak tahu tujuan diciptakan, penat bekerja hinga keletihan, kadang-kadang cuba menghiburkan diri. Itu adalah robot yang dicipta.
Andainya kita bekerja ibarat robot juga, maka kita perlukan transformasi jiwa dan rohani.
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya: dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia" (13:11 Ar-Ra'd)
Berintigriti dalam pekerjaan adalah satu ibadah. Nilai utama dalam berintigriti adalah rajin, tekun, berdisiplin, amanah, sabar, penyayang, bertanggungjawab dan ikhlas. Tidak berintrigriti pula adalah bekerja sambil lewa, cuai, membuang masa, salah guna kuasa, tidak menyimpan rahsia, pecah amanah dan rasuah.
Penyakit hati yang menyebabkan sesaorang itu tidak berintigriti pula adalah seperti sombong, takabur, tamak, hasad, pecah amanah dan suka memfitnah.
"Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, neraka lah tempatnya"
Cheklist ibadah kerja adalah: Solat 5 waktu, puasa, membayar zakat, menunaikan Haji bagi yang berkemampuan, menjaga hubungan keluarga, menjaga hubungan saudara mara, berbaik sesama jiran, menghormati rakan kerja dan menghormati ketua.
Bacalah Surah Al-A'raaf terjemahannya sebagai panduan perjalanan hidup.
Itulah di antara ceramah yang disampaikan oleh Ustaz tersebut. Jika ada maklumat yang terkurang, pohon kemaafan.
Program selepas itu adalah ceramah berkaitan "Program Outreach Bahagian Sumber Manusia Tahun 2012 dan telah tamat pada jam 12.45 tengahari.
Program selepas itu adalah ceramah berkaitan "Program Outreach Bahagian Sumber Manusia Tahun 2012 dan telah tamat pada jam 12.45 tengahari.
No comments:
Post a Comment