uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 31 July 2012

Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Tarikh:           30hb Julai, 2012
Masa:            9.00pagi
Tempat:         Anjung IKMAS
Penceramah:  Ustaz Aminuddin bin Abd Rahim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul-Aman)

Di antara ceramah beliau ialah menyarankan kita semua menjadikan bulan Ramadhan sebagai masa untuk membakar semangat  beramal ibadah dan mengandakan pahala. Pahala akan lebih digandakan lagi jika kita beramal di Madinah dan Mekah

Renungkan seketika dengan persoalan: Siapakah Pencipta kita? Untuk apa kita diciptakan? Kemanakah akhirnya kehidupan kita?


Jawapannya sudah tentu: Allahsubhanahuwataala yang menciptakan kita, kita diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan nantinya menuju ke alam akhirat.

Kita perlu bersyukur kepada Allah setiap kali kita bernafas kerana bermakna kita akan mendapat nikmat baru. Bila kita lupa kepada Allah bermakna kita lupa kepada diri sendiri sebagai hamba Allah.

Kebahagian akan dapat diperolehi bila kita bersyukur kepada Allah apatah lagi mendapat ganjaran pahala berlipat ganda macam mendapat tawaran jualan murah digedung membeli-belah seperti bulan Ramadhan.
Dilaksanakan segala ibadah adalah suatu keperluan untuk kebaikkan diri sendiri.

Orang yang bahagia adalah orang yang tenteram jiwa, mendapat taufik dan hidayah. Ustaz juga menyenaraikan 11 perkara cara mengubati hati untuk bahagia, di antaranya ialah:
1. Membaca Al-quran dan maknanya. (menyelamatkan dari api neraka)
2. Mengosongkan perut bermakna berpuasa
3. Kiamulai (sembahyang Tahajud) dimalam hari (ditawarkan doa mustajab dibulan Ramadhan) berdoa diwaktu sebelum sahur.
4.Bergaul dengan orang alim yang boleh memberi nasihat dan mendoakan kita
5. Bersedekah
6. Makanan yang halal dari sumber yang halal
7. Menziarah orang sakit tenat dan mendapat keinsafan
8. Menziarah kubur supaya mendapat kesedaran
9. Banyakkan beristagafar
10. Diam kecuali jika perlu
11. Jauhi golongan yang sesat dan batil kecuali kita brdakwah kepadanya dan boleh pula mengajak kepada kebaikkan.

Sekiranya ada maklumat yang tertinggal..harap maklum dan maaf...

 http://Petuapaje.blogspot.com

1 comment:

Abang Karu said...

salam ramadhan :)

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...