Potong! Kerat! |
Saya mula berpindah ke Alor Setar Kedah pada bulan Sya'aban lah kiranya pada masa itu. Pada sebelah petang saya dikejutkan dengan salam. Orang itu memperkenalkan dirinya sebagai jiran dan memberi saya satu tuperware yang berisi bubur asyura katanya.
Saya hanya mengucapkan terima kasih pada masa itu kerana perasaan sedikit terganggu kerana berada seorang diri di rantau orang di mana anak-anak masih tinggal di kampong.
Kalau Lapar...Makan! |
Sebelah malam saya pun membuka tuperware tersebut tetapi saya kehairanan kerana saya sangkakan bubur asyura tetapi sebaliknya adalah kueh. Kueh tersebut mengandungi kacang-kacang berbagai jenis, ada jagung, pisang, keledek dan macam-macam lagi. Oh! mungkin jiran saya tersebut tersilap beri.
Bila saya pergi ke tempat kerja, saya pun berceritalah dengan kawan-kawan. Kawan-kawan saya semua ketawakan saya. Mereka kata itu memang asyura sebelah negeri utara Malaysia.
Dah Siap...Agih! |
Sudah beberapa kali bubur asyura ini dibuat di tempat kerja. Kali ini minta maaf la sebab tak tolong...Batuk! Takut nanti orang ramai geli dan takut jangkitan kuman.
Tidak tolong buat kerja. Dah lapar makan juga jamuan yang dihidangkan. Jamuan nasi lemak, mee goreng dan teh kosong. Terima kasih.....
Pada Sebelah petang ada mesyuarat pula. Tau tau sudah siap dikacau dalam kawah dan dituang ke dalam tuperware.
Terima kasih juga beri saya satu tuperware bubur asyura....
Malam tadi dah makan. Ada sedikit lebihan...tidak habis. Maaf lah sekali lagi kerana tidak dapat menghabiskan....
No comments:
Post a Comment