Satu sessi taklimat telah pun di adakan oleh majikan. Bila persoalan apa, kenapa, mengapa dan bagaimana difahami oleh semua penjawat, maka tidak ada sebab lagi mengapa untuk tidak menandatangani perjanjian SBPA tersebut. Selepas sesi taklimat hampir satu jam, borang opsyen persaraan dan skim kenaikkan gaji telah diedarkan dan kesemua penjawat tanpa persoalaan yang banyak telah menandatangani borang-borang tersebut. Proses mengambil borang dan menurunkan tandatangan tersebut sangat cepat dan teratur, laris macam goreng pisang panas.
Arahan Cuepacs untuk tidak menandatangani borang tersebut nampaknya tidak memberi kesan. Rata-rata penjawat menyatakan mengapa baharu sekarang Cuepacs mengeluarkan kenyataan begitu begini yang membuatkan penjawat awam lebih keliru. Mengapa pihak Cuepacs tidak campur tangan semasa peringkat pihak kerajaan mengubal dan merancang skim perkhidmatan baru ini ? Segala-galanya telah diatur dalam tempoh masa yang lama, adalah mustahil gesaan-gesaan Cuepacs mampu merubah perancangan yang telah diatur.
Persoalaannya lagi, andai ada segelintir penjawat yang tidak menandatangani opsyen tersebut. Adakah Cuepacs bertanggungjawab membantu penjawat tersebut?
Dari gaji sekarang ke gaji skim baru memang terdapat perbezaan kenaikkan. Ada sesetengahnya hanya mendapat kenaikkan 4% dan ada yang hanya 6%. Sebagai penjawat awam, opsyen ini biarpun tidak tinggi tawarannya sekurang-kurangnya dapat juga memenuhi tuntutan perbelanjaan harian yang semakin meningkat kerana tiada jalan lain untuk menambahkan pendapatan.
Apa penjawat harapkan ialah pihak kerajaan dan dengan saranan dari Cuepacs supaya dapat mengkaji balik skim kenaikkan gaji dan jadual gaji yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah memberi penjelasan lebih terperinci kepada penjawat supaya tidak timbul kekeliruannya dikemudian hari. Penjawat juga mengharapkan sistem ini berjalan dengan lancar dan mendatangkan manfaat.
Semuga slogan kerajaan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" membuat semua penjawat awam tersenyum girang.
No comments:
Post a Comment