uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 6 December 2011

Majlis Perpisah IKMAS Penuh Sendu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Majlis Perpisahan dimulakan dengan doa, diiringi ucapan dari Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar dan Pengarah.



Ajenda seterusnya adalah penyampaian sijil-sijil dan penyerahan Tugas Presiden BPP kepada wakilnya.




Amanat Pengarah supaya pelajar meneruskan perjuangan untuk terus menimba ilmu, bagi yang ingin bekerja supaya menggunakan peluang sebaik mungkin dan jangan lupa menjaga nama baik Institusi





Saat awal majlis, semua kelihatan ceria samada pendidik, pelajar dan staf pentadbiran
 Sorakan pelajar bergema bila tayangan video pelajar-pelajar ditayangkan. Berbagai gelagat..Banyak udang banyak garam...ramai orang banyak ragamnya...
 Bila Selawat Nabi s.a.w berkumandang dan salam perpisahan dimulakan. Air mata mula bergenang-genang....
Salam, peluk dan cium bagai enggan berpisah...namun tuntutan masa hadapan, perlu ucap selamat tinggal jua...

kali ini memang saya cuba elak untuk menangis sebab kalau menangis kesannya dua hari sebak...jadi bila ambil gambar, tidaklah sedih sangat...cuma sebak dan bergenang air mata...hingga saat ini pun masih terasa kesedihannya...kememe....





 Nasi beriani...aromanya membuka selera....makan kenyang-kenyang...bajet kenyang sampai malam...malam nanti tidak perlu makan....save bajet....





Bertemu dan berpisah,adat manusia...Salam maju jaya untuk semua...Muga kejayaan mengiringi anda semua. Kami sayang anda semua...Sayang-sayang kami. Ibu-bapa anda lebih sayang lagi kepada anda. Sayangilah mereka dan berbaktilah kepada ibu-bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...